Meng-order Chicken Madghout! Sebenarnya dah beberapa kali saya singgah makan di Restoran Qasar Hadramawt di Perda Penang. Ianya sebuah restoran nasi arab yang ada di bahagian seberang Perai Penang ini. Setakat ini saya tidak tahu jika ada restoran makanan arab yang dibuka dikawasan seberang perai ini. Jika ada, anda boleh kongsikan alamatnya kepada saya dengan menurunkan komen dibawah. Adakah anda sukakan nasi arab? Apakah keistimewaan nasi arab ini pada anda? Adakah kerana saja ingin mencuba, mahu merasai makanan “middle eastern” timur tengah atau memang anda mengidam nasi dari jenis beras basmathi yang panjang panjang?
Entah kenapa semalam saya kerap sangat melihat post di Facebook yang memperlihatkan makanan arab yang telah dibuat packaging. Iaitu rempah masakkan nasi arab ready made. Ianya membuatkan saya terfikir akan rasa nasi arab di Restoran Qasar Hadramawt yang saya pernah singgah dulu. Rasanya sudah 5 bulan saya tidak merasa makanan nasi arab. Tetiba terfikir hendak membungkus sahaja nasi arab dan makan dirumah? Soalannya bolehkah “bungkus”?
Nasi Arab Chicken Madghout Sedap
Apabila singgah di Restoran Qasar Hadramawt Perda Penang. Saya terus bertanya samada makanan boleh dibungkus bawa balik. Dan berita gembiranya ianya memang boleh. Saya terus melihat menu yang disediakan untuk memesan nasi arab yang saya suka. Untuk pengetahuan anda pada dasarnya ada 5 jenis sajian nasi yang boleh anda cuba iaitu Chicken/Lamb Mandy, Chicken/Lamb Kabsa, Lamb/Chicken Madghout, Chicken/Lamb Magluba dan juga Lamb Haneeth.
Makanan di hidangkan dari dua jenis komponen iaitu samada dari ayam (chicken) ataupun daging kambing (lamb). Nama bagi “mandy, kabsa, madghout, magluba dan haneeth” adalah nama bagi nasi dan rasa nasi tersebut yang berbeza rasa. Jadi sila pilih masakkan nasi yang anda suka. Pendapat saya Mandy, Madghout dan Haneeth adalah paling sedap.
Semalam saya telah memesan Chicken Madghout iaitu nasi arab ayam. Masakkannya adalah dengan cara menggunakan “pressure cooker” dimana ayam dimasak sekali didalam nasi. Pada pendapat saya, tidak kira anda memilih atau memesan yang mana. Yang pasti nasi arab ini sedap. Senang cerita anda makan nasi pun sudah sedap tanpa memerlukan ayam mahupun daging kambing. Tetapi ayam dan kambing bakal menambah lagi selera makan anda. Lihat gambar diatas. Itulah dia bentul bungkusan order saya iaitu Chicken Madghout yang saya pesan untuk dimakan di rumah. Sedap bukan? Untuk pengetahuan anda, nasi Chicken Madghout ini hanya berharga RM26 untuk 1/2KG.
Leave a Reply