Baru baru ini saya telah masuk ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pembedahan Mastoiditis pada dalaman telinga. Dan saya telah duduk di wad selama 4 hari. Tiba tiba isteri bertanya kepada saya kenapa saya tidak menggunakan medical kad dan masuk dihospital swasta berbanding kerajaan. Dan kenapa tidak meminta pindah ke bilik wad hospital kerajaan yang lebih selesa dan meminta iaitu claim insurans kilang untuk kos bayaran perubatan dan lain lain. Jujur cakap, saya tidak tahu apa apa iaitu ZERO berkenaan prosedur klaim tuntutan insuran dan sebagainya.
Selepas ditanya berkenaan isu berkenaan, saya setuju dengan kenyataan beliau iaitu “rugi tidak buat claim apa apa sedangkan kita bayar”. Atas sebab tersebut saya mula menelefon agen insurans saya dan bertanyakan tentang hal ini. Kes saya adalah, saya masuk dan buat pembedahan di hospital kerajaan dan adakah saya boleh membuat tuntutan kepada insurans saya? Pertanyaan saya tersebut adalah kerana saya keliru dalam 1 hal ini iaitu adakah kita boleh buat tuntutan insuran kos rawatan dan pembedahan jika masuk hopsital kerajaan?

Pengalaman Membuat Tuntuan Claim Insurans Kilang
Pertanyaan saya itu dijawab sebagai tidak boleh KECUALI saya boleh membuat tuntutan kos wad sahaja. Kos wad, rawatan ubat dan pembedahan saya di hospital kerajaan (GH) adalah sebanyak RM142. Ini saya perlu bayar sendiri. Namun pihak insurans akan membuat bayaran kos wad iaitu bermalam di wad mengikut pakej insurans yang saya ambil sebelum ini. Oleh kerana saya mengambil pakej medical card AIA Takaful, pelan saya menawarkan kos bayaran wad sehari semalam adalah RM100. Saya duduk wad selama 4 hari maka tuntutan wad yang saya boleh claim adalah sebanyak RM400.
Itu adalah berkenaan insurans peribadi yang saya telah ambil sebelum ini. Saya seorang pekerja swasta iaitu pekerja kilang. Saya pun ada membuat potongan insurans setiap bulan. Saya pun terus menelefon bahagian klinik pada kilang saya dan bertanyakan hal ini. Rupa rupanya pelan pakej insuran yang saya ambil di kilang juga ada menawarkan pelan perlindungan kos wad, kos rawatan dan juga kos pembedahan. Saya boleh buat tuntutan claim insurans kilang untuk wad dan juga bil hospital.

Oleh kerana insurans kilang saya juga menawarkan bayaran tuntutan wad sebanyak RM100 sehari semalam, maka untuk 4 malam saya mendapat sebanyak RM400 juga seperti medical card insurans AIA saya. Dan saya juga boleh claim RM142 untuk bil hopsital. Ini bermakna, jumlah tuntutan insuran yang saya dapat dari kilang adalah sebanyak RM542. Oleh kerana saya boleh membuat tuntutan claim untuk kedua dua insuran iaitu dari kilang dan juga insurans peribadi, maka jumlah keseluruhan total claim yang saya dapat adalah sebanyak RM942.
Di dalam kes saya, saya telah masuk (admit) hospital kerajaan, telah masuk wad, menerima rawatan, telah bayar bil hopsital dan telah keluar (discharge) dari hospital. Jadi saya telah mendapat surat bil hospital dan surat keluar wad (discharge note). Oleh kerana saya mahu claim insurans kilang, maka saya perlu berikan bil hospital dan surat discharge note. Dan untuk claim insurans peribadi AIA pula, oleh kerana saya hanya boleh claim wad sahaja, maka saya perlu berikan surat discharge note sahaja. Mereka mungkin akan meminta nombor akaun bank untuk proses penghantaran wang tuntutan insurans. Jelas?
Posting artikel ini adalah untuk memberitahu kepada anda pengalaman saya membuat tuntutan claim insuran jika masuk ke hospital kerajaan. Ini bukan posting artikel tentang cara buat tuntutan insurans kalau masuk hopsital swasta ya. Harap anda jelas.

Cuma apa yang ingin saya kongsikan dengan anda adalah, anda dan saya tidak tahu bila kita akan terkena musibah. Kita tidak tahu bila kita akan kemalangan atau terkena penyakit. Minta dijauhkan lah. Akan tetapi benda benda seperti ini kita tidak tahu bila kita akan terkena. Jadi dengan adanya persediaan seperti insurans ini, paling tidak kebimbangan kita dari segi kewangan bolehlah kita berasa lega sedikit. Tuntutan insurans wad RM100 sehari dapat mengurangkan kebimbangan kita apabila kita tidak boleh bekerja dan tiada gaji? Setuju?
Ada orang cakap, insurans peribadi tidak ambil pun tidak mengapa. Sebab bil hospital kerajaan dikatakan murah. Walaupun memang ada benarnya tetapi tidaklah tepat 100%. Kelebihan tersebut hanya untuk pekerja sektor awam kerajaan ya. Kalau anda pekerja swasta, anda tetap kena bayar walaupun masih dikira murah berkali kali ganda berbanding hospital swasta. Contohnya macam saya seorang pekerja kilang, jadi kena pastikan yang tempat kerja kita ada mencarum insurans melalui potongan gaji agar boleh membuat tuntutan claim insurans kilang kalau berlaku apa apa yang tidak diingini. Jelas? BYE!!!