Kisahnya seorang pekerja yang bernama Aminah telah pergi ke tempat kerja seperti biasanya pada hari Isnin. Tetapi beliau ada menceritakan yang adik lelaki beliau telah demam, batuk dan selsema beberapa hari. Ini menyebabkan rakan rakan sepejabat seperti sedikit bimbang. Aminah pun bimbang. Cumanya pada anggapan pertama beliau mungkin si adik itu demam biasa. Adik beliau telah ke hospital berseorangan dan gejala yang dialami adalah tanda tanda bagi penyakit coronavirus. Dan selepas ujian swab dilakukan, adiknya sah positif covid-19. Satu pejabat Aminah segera diminta balik, kuarantin diri di rumah dan tunggu pihak KKM untuk membuat bancian berkenaan close contact Covid-19.
Keesokkan harinya bermulalah episod yang pihak hospital iaitu KKM telah menelefon Aminah agar beliau dan ahli keluarga untuk membuat ujian “swab test”. Dan selepas membuat ujian tersebut, alangkah terkejutnya Aminah yang beliau sekeluarga telah positif jangkitan covid-19. Akan tetapi Aminah tidak menunjukkan apa apa gejala. Ibunya juga tidak menunjukkan apa apa gejala. Melainkan bapa beliau mula menunjukkan tanda gejala demam, dimasukkan wad dan keesokkan harinya mengalami sesak nafas, batuk berkahak, dan telah dimasukkan ke ICU. Begitulah hebatnya serangan wabak coronavirus ini menyerang mangsa. Ada pesakit yang mampu bertahan dan ada pesakit yang tidak mampu.

Surat kuarantin coronavirus dari kementerian kesihatan Malaysia
Kisah Sebenar Close Contact Covid-19 Malaysia
Bagaimana adik Aminah yang pertama sekali bergelaja dan dimasukkan ke wad hospital? Kesan demam, batuk dan selsema semakin pulih dan sembuh dalam beberapa hari. Dan ketika di dalam wad hospital, hanya diberikan ubat demam, ubat batuk dan ubat selsema sahaja. Langsung tidak ada ubat covid-19 yang diberikan sebab memang wabak coronavirus ketika artikel ini ditulis (13 December 2020) masih belum ada ubat iaitu vaksin. Ini menunjukkan yang tubuh badan kita memang boleh melawan wabak covid dengan syarat sistem imun badan mestilah kuat. Ini adalah kisah bagaimana close contact Covid-19 menyerang ahli keluarga sendiri.

Pemakaian gelang pink tanda telah membuat ujian saringan Covid-19
Bagaimana dengan rakan sepejabat Aminah? Selepas Aminah dan ahli keluarga sah positif Covid, ke semua mereka dimasukkan ke dalam wad hospital untuk di kuarantin. Pihak hospital mendapatkan nama dan nombor telefon bagi kontak rapat Aminah. Semua rakan yang rapat dengan Aminah ketika bekerja diwajibkan menjalankan ujian swab test. Sampel cecair akan diambil dari rongga hidung dan juga tekak mulut. Dan ketika itu jugalah ke semua close contact Aminah dipakaikan dengan gelang pink sebagai tanda wajib kuarantin selama 2 minggu.
Ujian swab test adalah ujian pertama. Selepas rakan rakan Aminah disahkan “negatif”, maka mereka diwajibkan untuk ujian yang kedua pula iaitu pengambilan sampel darah pada hujung jari. Dan selepas disahkan “negatif” pada kali kedua juga, maka barulah gelang pink akan dipotong dan rakan close contact Covid-19 Aminah ini boleh bebas untuk bergerak ke mana mana. Ingat ya, keputusan swab test mengambil masa 1-3 hari dan keputusan ujian blood test pula hanya 1 hari sahaja. Ambil masa 1-2 minggu juga untuk selesaikan kesemuanya proses ini.

Keputusan ujian saringan oleh close contact Covid-19
Isunya di sini adalah, orang yang positif covid biasanya ada 2 pilihan sahaja. Samada tubuh badan mampu melawan coronovirus atau tubuh badan lemah untuk menghadapi serangan virus corona ini. Mahu atau tidak mahu, bagi orang yang sihat dan tidak terkena covid, memang kena jaga diri, ikuti SOP, dan ambil tahu apakah pemakanan yang bagus untuk meningkatkan sistem imun badan kita. Ramai yang menggalakkan memakan buah yang mengandungi vitamin c, boleh ambil pil tablet vit c/e, pengambilan garam bukit syifa dan sebagainya.
Sistem kekebalan tubuh adalah faktor penting ketika ini. Sebab itulah ketika ini, ketika diberitakan ada seramai 1000 orang positif covid seluruh Malaysia, pihak KKM juga mengatakan ada 1000 orang pesakit covid yang lain telah sembuh dan bebas dari covid. Majoritinya sembuh dengan sendiri. Tidak ada apa apa ubat ajaib pun. Ianya adalah tentang imun badan kita sendiri. Disebabkan wabak covid-19 mudah tersebar antara manusia, sila amalkan penjarakkan sosial, elak tempat sesak manusia, jaga SOP dan elak diri anda dari menjadi mangsa bagi close contact Covid-19 dari orang lain. Jaga diri. BYE!!!
Leave a Reply