Sengaja hendak berceloteh hari ini tentang asset digital crypto iaitu Ripple atau XRP ya. Saya baru sahaja membeli dan sudah menerima coin Ripple XRP yang dibeli di Shopee. Beli untuk suka suka sahaja. Bukan boleh buat pelaburan pun. Hanya tambah semangat dan kerana minat sangat sangat dengan potensi coin XRP ini untuk jangka panjang. Bagaikan melabur saham dalam kaunter syarikat yang kita tahu akan naik dan meningkat harganya berkali kali ganda pada masa depan. Saya tidak lagi mahu terlepas peluang dan inilah sebab kenapa saya memilih XRP. Jelas ya.
Ramai salah faham berkenaan Ripple dan juga XRP. XRP adalah COIN krypto yang dicipta oleh syarikat Ripple. Bila orang beli cryptocurrency, orang sebenarnya sedang membeli coin krypto seperti BTC, ETH, BCH, LTC, XRP dan lain lain. Kita tidak membeli Ripple ya. Harap anda maklum perbezaan antara Ripple dan juga XRP. Cumanya oleh kerana XRP dibuat oleh syarikat Ripple, maka bila orang sebut Ripple, maka fahamlah kita yang mereka maksudnya adalah coin XRP dan begitulah sebaliknya. Yang penting ianya merujuk kepada benda yang sama. Jelas?

Melabur Dalam Coin Ripple XRP
Dari berita berita yang disebar dan dikongsikan, dikatakan bahawa apabila kes syarikat Ripple di Mahkamah berkenaan isu “security” oleh SEC selesai, maka Ripple mahu menyenaraikan syarikat mereka di papan bursa saham. Dan kalau betul itu terjadi, maka anda dan saya akan berpeluang untuk membeli saham syarikat Ripple. Dan atas sebab inilah kenapa saya membeli coin Ripple XRP ini. Ianya kerana saya mahu membeli saham dari syarikat teknologi yang berpotensi menjadi the next Google, Facebook, Microsoft, Intel, AMD, Amazon dan juga Tesla.
Syarikat syarikat seperti Google, Facebook, Microsoft, Intel, AMD, Amazon dan juga Tesla yang saya sebutkan ini bermula dengan harga murah ketika mula mula di dagangkan pada pasaran saham. Dan selepas itu harga saham syarikat tersebut melonjak naik berkali kali ganda berdasarkan prestasi syarikat tersebut yang memberangsangkan. Kita ambil contoh syarikat Facebook dan juga Tesla ya. Anda lihat harga saham ketika IPO (awal) dan harga terkini (semasa/sekarang).
Saham | Harga IPO (Awal) | Harga Semasa/Sekarang | Description |
---|---|---|---|
USD 42 (2012) | USD 360 (August 2021) | Social Media | |
Tesla | USD 17 (2010) | USD 717 (August 2021) | Syarikat Kereta Elektrik |
Cuba lihat table di atas ini. Dalam masa 10 tahun (anggaran), harga saham Facebook naik sebanyak 8.5 kali ganda dan harga saham Tesla naik sebanyak 42 kali ganda. Syarikat syarikat ini masa awal awal didagangkan memang harganya murah. Namun ianya memiliki potensi untuk jangka panjang. Bagaimana dengan syarikat Ripple pula? Ada potensi?
Bagi saya, syarikat RippleNet ini ada potensi sangat besar kerana ini ianya adalah salah satu syarikat yang mahu mentransformasikan transaksi kewangan dunia terutamanya pihak bank. Dan “KALAU” berjaya dengan plan rancangan mereka, syarikat ini sudah pasti akan menjadi salah satu syarikat yang sangat penting dan sangat bernilai di masa akan datang. Jadi tidak salah kalau kita dan saya sendiri untuk mula melabur pada coin dan syarikat ini dari SEKARANG!!!.

Syarikat Ripple belum selesai kes mahkamah maka syarikat ini belum ke peringkat mahu di dagangkan di pasar bursa. Jadi ketika artikel ini ditulis, anda dan saya belum boleh lagi membeli saham Ripple ketika ini. Dan apa yang boleh anda buat sekarang adalah dengan membeli coin XRP terlebih dahulu. Insyaallah kalau syarikat ini di dagangkan dan berjalan dengan baik, coin krypto XRP juga akan meningkat naik harganya juga. Pelaburan asset digital seperti XRP ini adalah pelaburan untuk jangka panjang.
Beli Coin XRP Digital/Fizikal Online Malaysia
- [ LUNO ] – sila klik, daftar, login dan beli coin crypto XRP digital di sini
- [ Shopee ] – sila klik, daftar, login dan beli coin XRP fizikal di sini
Bagaimana dengan ramalan dan jangkaan harga XRP? Ketika artikel ini ditulis (August 2021), harga bagi 1 XRP = USD1.05. Ramai yang menjangkakan harga 1 XRP = USD3 – USD10 sebelum hujung tahun 2021 ini berakhir. Walau bagaimanapun ini adalah ramalan dan jangkaan sahaja. Ini bukanlah nasihat kewangan ya. Anda sendiri yang menentukan apa yang perlu anda beli, cara labur dan berapakah yang perlu anda laburkan. Anda buat keputusan sendiri dan anda bersedia dengan risiko kerugian kalau berlaku. Itu semua di atas tanggungkjawab anda sendiri ya.
Anda nampak apa yang saya cuba hendak cerita dan sampaikan? Saya beli XRP kerana berpendapat yang ianya boleh pergi jauh dan menguntungkan untuk jangka panjang. Dan saya beli coin Ripple XRP yang fizikal seperti ini adalah sebagai tanda saya suka dan support coin krypto XRP dan syarikat RippleNet untuk melangkah lebih jauh. Saya mahu menjadi yang terawal melabur dalam coin crypto dan syarikat yang berpotensi besar pada hadapan yang bakal menguntungkan saya. Saya tidak mahu ketinggalan lagi. Syarikat blockchain adalah syarikat masa hadapan. BYE!!!.