Resume Kerja adalah salah satu bentuk maklumat peribadi yang menerangkan secara ringkas akan maklumat seperti nama, umur, pendidikkan, pengalaman kerja, kelebihan diri dan sebagainya. Ianya ibarat sebuah kertas yang mengandungi maklumat untuk dijual atau dipamerkan kepada majikan supaya majikan dapat menilai atau mengetahui serba ringkas berkenaan maklumat pekerja yang ingin di temuduga. Jika majikan tertarik dengan resume kerja, maka majikan akan memanggil si pencari kerja untuk ditemuduga agar pilihan majikan tepat sesuai dengan maklumat yang terdapat di resume kerja
Perlu diketahui untuk membuat dan mengetahui cara menulis resume kerja anda seharusnya tahu perkara paling basic dahulu iaitu apa yang perlu diletakkan didalam resume kerja anda. Anda jangan terlalu pening dengan template resume kerja. Bentuk template resume kerja ada pelbagai tetapi kebanyakkan di Malaysia ini kita biasanya menggunakan bentuk yang simple dan mudah sahaja. Yang penting mempunyai maklumat ringkas berkenaan anda yang diingini oleh majikan anda.
Panduan Membuat Resume Kerja
Begini, didalam contoh resume terbaik yang anda harus punyai, perkara asas yang perlu ada didalam resume anda adalah Personal Data (Nama, IC, Gender, Email, No Phone, Alamat rumah), Education Background (SPM, Diploma, Degree), Carrier Objective, Skill Languages, Work Experience, dan juga Reference. Maklumat ini adalah asas utama tetapi anda boleh juga menambah perkara lain yang dapat menambah kekuatan dan kebolehan anda didalam menarik majikan agar tertarik untuk menemuduga anda
Contoh Surat Resume Kerja Bahasa Malaysia
Dibawah ini adalah gambar contoh resume kerja yang biasa digunakan di Malaysia ini. Lihat gambar dibawah ini. Ianya tidak lah sesusah mana seperti yang difikirkan kebanyakkan orang. Yang susah adalah anda pertama kali mengambil tahu apa itu resume apabila anda mula hendak memohon kerja menggunakan resume. Betul?
Download Contoh Resume Kerja
Sebelum saya memberi anda muat turun contoh resume kerja, ada baiknya calon calon pencari kerja dan graduan universiti tamat pendidikkan membuat persediaan mental dan fizikal secara ringkas. Resume yang cantik dan lengkap pun tidak berguna jika diri sendiri tidak menyiapkan diri sendiri ketika dipanggil temuduga. Apa yang patut anda lakukan ketika dan semasa di temuduga interview kerja. Kita tidak mahu majikan tertarik dengan penampilan resume kerja terbaik anda tetapi kecewa dengan persiapan dan penampilan anda ketika di interview kerja. Anda yang rugi bukan. Apa pun baca tips temuduga kerja di link yang saya berikan ini. – [ Baca Tips Interview Kerja di Sini ].
37 Comments
Tq. download dulu sbg rujukan kemudian 🙂
boleh, silakan download.. 🙂
Memang xde pengalaman langsung dalam bab2 resume ni..hehe
takper, bolrh download, hehe
huhuhu…dah lama sangat tinggalkan bab2 ni… dulu masa lepas study, berlambak2 resume yg diprint out… lani keja kat umah saja…
suri rumah lagi best, hehehe
Memang terbaik laaaaaaa
download ler
gambar kena paling hensem. skill kena power. kalau ada skill terlebih power highligh dengan warna atau boldkan.
tapi yang paling penting nak minta kerja ni ialah skill komunikasi.
betul tuh, yang paling penting last sekali ada komunikasi
aduhh , guane nak buek neh , aku pung pening dah neh , berattt .
aduhh guane nak buek eh , aku teraii banyok kali pung dok jadi apo ehh , beratt .
apa yang x jadi tuh bro
Terima Kasih admin kerana memudahkan kerja saya 🙂
sama sama itu pun nak terima kasih x payah la 🙂 😀
hehe
kat mne nk dowload resume?
kat sebelah kanan dalam artikel diatas “Sila Download Contoh Resume Kerja di Sini”
Tq..already download as reference for searching jobs
admin tak upgrade ke resume v1 v2 v3 dan seterusnya, mesti seronok download resume pelbagai design :D, ana dah 10thn tidka berkerja bawah orang sebab company dah tutup terpaksa kerja sebab nak kawin dah ahah
thx for the info bro, sesangat la membantu. next week dh nak interview ni. nasib baik dpt contoh resume. dpt pendekkn masa. salute. 😀
Perkongsiaan yang sangat baik dan membantu…
Ooo gitu caranya nak tulis resume yg utk memikat hati majikan dan bukan sekedar resume copy paste lagi syok sendiri yg bakal ditongsampahkan. Jgn biarkan resume anda syok sendiri di ketepian pantai yg indah..
Sebelum menulis resume kena baca banyak panduan. Amat penting baca panduan agar kita tahu cara nak tulis resume lengkap. Kena elakkan buat resume sambil lewa.
tak dapat bukak lah link tu. huhu 🙁
Boleh x lepas ini buat format resume dalam bentuk bahasa malaysia tolonglah :'( B|
:/
BM atau BI sama sahaja tuan, lagi pula dalam resume tiada ayay berbelit belit, ringkas sahaja