Tagline “If you don’t own your wallet, you don’t own your crypto” memang memberikan satu narasi yang baru. Ianya memberikan kesedaran kepada kita yang bila bila krypto exchange seperti Coinbase, Binance, Luno dan lain lain boleh tutup kedai tanpa kita sempat bersedia. Dan kalau itu berlaku, ke semua coin token krypto yang kita ada di exchange tersebut boleh lesap dalam sekelip mata. Sebabnya adalah kerana kita tidak menyimpannya sendiri. Sebab itulah kenapa kita kena ada crypto hardware wallet sendiri contohnya seperti LEDGER.
Saya pernah berjual beli krypto di exchange C-CEX dan CoinExchange suatu masa dulu. Sekarang kedua dua crypto exchange tersebut sudah tiada. Dengan kata lain, coin token crypto yang saya pernah ada di dalam exchanger tersebut hangus begitu sahaja. Bukan boleh buat apa pun. Hendak bertanya kepada siapa pun tak tahu. Kita bukan kenal pun dengan orang dan siapa di sebalik exchanger tersebut. Setuju?
LEDGER – Crypto Hardware Wallet
Macam kes crypto exchange yang terbaru dari US iaitu FTX. Bila ada masalah dan terpaksa istihar bangkrup, semua aset krypto yang kita ada akan hangus burn macam itu sahaja. Yelah, website terus tidak boleh akses. Kita boleh berbuat apa? Ketika ini adakah kita baru tersedar yang rupa rupanya kita memang tidak memegang dan menjaga sendiri coin, token krypto yang kita beli di exchanger tersebut. Orang lain yang tolong jaga. Kalau mereka lari? Memang bye bye lah coin krypto yang kita telah beli sebelum ini. Setuju?
Sebab itulah kita kena ada dan beli CRYPTO COLD STORAGE seperti Ledger misalnya. Saya sendiri telah beli dan memiliki Ledger Nano S dan juga Ledger Nano S Plus. Sebab paling utama adalah kerana hendak membeli kyrpto aset digital di mana mana exchanger seperti Coinbase, Binance dan Luno. Dan kemudian transfer ke dalam crypto hardware wallet yang saya miliki iaitu Ledger Nano untuk saya jaga dan simpan sendiri crypto asset digital yang telah saya beli.
Berita yang terbaru, sepertinya bank bank di US cuba untuk memutuskan akses kewangan untuk orang awam boleh membeli krypto. Jika tiada akses kewangan dari bank, maka transaksi pembelian coin token krypto di exchanger akan menjadi sukar. Dan kemudian pihak undang undang US Securities and Exchange Commission (SEC) pun seolah olah mengambil tindakkan undang undang kepada crypto exchange di US untuk menyekat kemajuan dunia cryptocurrency.
Website Beli Hardware Wallet Ledger Nano Online
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
- [ Ledger ] – terus beli direct dari official website
Tidak kisahlah apa berita negatif yang sedang melanda dunia cryptocurrency. Secara mudahnya kita dapat faham yang ada kemungkinan masa depan coin krypto yang kita telah beli di crypto exchanger mungkin akan dikenakan pelbagai sekatan sehingga kita tidak boleh mendapatkan apa apa coin token krypto aset digital yang telah kita beli. Jadi, jalan selamat yang boleh kita fikirkan buat masa sekarang adalah kita simpan sendiri aset crypto yang kita telah beli di exchanger. Faham?
Sebenarnya ada sangat banyak jenama dan jenis jenis crypto hardware wallet di pasaran. Cumanya brand LEDGER adalah salah satu jenama yang popular dan terpercaya. Dan produk Ledger adalah dari jenis cold storage/wallet yang menawarkan kemampuan boleh menyimpan private keys secara offline. Jadi tidak terdedah dengan ancaman online dan lebih selamat. Kalau hendak beli Ledger Nano, sila klik link di atas ini ya. BYE.