Bilik air di rumah saya baru sahaja melakukan sedikit proses pengubahsuaian iaitu renovasi seperti memasang plaster siling. Dan proses tersebut menyebabkan jubin lantai bilik mandi kami kelihatan kotor akibat cat dan juga simen. Memang nampak ketara dan sangat kotor. Selepas cuci lantai mozek kami dengan air dan sabun pun masih tidak hilang. Kesan kekotoran pada jubin mozek akan lebih ketara ketika lantai kering. Sental dengan berus pun masih tidak hilang. Bagaimana hendak buat? Ada cara yang paling mudah dan senang hendak cuci lantai?
Selepas membuat carian di internet dan Youtube, rupa rupanya masalah lantai mozek kotor ini ada cara dan jalan penyelesaiannya. Ada cecair khas dari asid yang dibuat khusus untuk menanggalkan kesan kotoran degil seperti cat dan juga simen pada lantai jenis mozek. Cumanya anda dinasihatkan beberapa perkara penting sebelum membeli cecair chemical asid mozek tersebut. Kalau tersalah cara guna mungkin kurang berkesan, bawa masalah kepada jenis mozek anda dan juga boleh membahayakan kesihatan anda. Maklumlah cecair chemical ini adalah diperbuat dari asid. Harap maklum.

Cara Cuci Lantai Mozek Guna Asid
Pertama sekali sila cari dan beli cecair pencuci lantai mozek di kedai hardware atau kedai cat. Ianya berharga RM3 untuk botol kecil dan RM12 untuk botol besar. Kalau di tempat saya cecair tersebut di tulis sebagai “MOSAIC CLEANER”. Kalau di tempat lain ianya dijual sebagai acid mosaic, tile cleaner, mosaic fluid, cement tile remover, pencuci mozek, tile acid dan sebagainya. Walau apa pun sebutannya, ianya adalah sebuah bekas cecair chemical yang berisi kandungan asid yang sesuai untuk membuang dan membersih kotoran cat dan juga simen yang melekat pada pada lantai mozek di bilik air anda.
Lantai mozek di rumah biasanya terbahagi kepada 2 jenis. Tile mozek di ruang tamu dan bilik tidur biasanya akan menggunakan kepingan mozek yang licin dan kilat. Sedangkan tile kepingan mozek di bilik air iaitu bilik mandi akan menggunakan mozek dari jenis yang kasar untuk mengelakkan kita berasa licin dan terjatuh di dalam bilik air. Penggunaan cecair asid terhadap mozek yang bersifat licin dan kilat akan menyebabkan permukaan mozek menjadi rosak. Dan ianya sesuai digunakan untuk lantai mozek yang bersifat kasar. Jelas ya.

Di sebabkan ianya mempunyai kandungan asid hydrochloric acid iaitu sebanyak 8% di dalam bekas cecair chemical cuci lantai mozek tersebut. Maka cara gunanya perlukan digunakan dengan berhati hati. Sila pakai pelitup muka untuk elak terhidu dalam tempoh masa lama. Pastikan ruang bilik air ada tingkap terbuka untuk pengaliran udara yang baik. Dan sila pakai sarung tangan untuk mengelakkan tangan terkena secara terus dengan cecair asid tersebut. Jelas ya.
Cecair asid pencuci lantai mozek boleh anda tuangkan terus kepada kotoran tersebut untuk kesan yang lebih kuat. Biasanya orang akan campurkan dengan sedikit air di dalam bekas baldi dan barulah dituang ke lantai mozek bilik air. Biarkan selama 10 minit untuk memberikan asid bertindak menghakis kotoran degil pada lantai mozek dan kemudian barulah di gosok lantai mozek dengan berus. Selepas itu bolehlah anda cuci dan bilas lantai mozek anda dengan air. Proses untuk mencuci lantai mozek menggunakan asid mozek memang mudah sahaja.

Website Beli Pencuci Lantai Mozek
- Shopee – anda boleh mencari dan membeli mozek cleaner di sini
- Lazada – anda boleh mencari dan membeli mozek cleaner di sini
Ianya agak berkesan untuk membuang kotoran gam, cat dan simen yang besar dan degil. Tetapi kadang kala kesan pembersihan nampak kurang berkesan apabila air pada lantai mozek telah kering, masih nampak ianya tidak terlalu bersih. Ketika ini anda boleh mengulang proses cuci lantai mozek dengan cecair fluid asid tersebut dan memberus lantai anda dengan lebih kuat sedikit. Insyaallah boleh hilang ke semua kesan kesan tidak bersih pada lantai jubin mozek anda. Jelas ya.
Video di atas ini saya kongsikan dengan lebih detail dan jelas bagaimana cara untuk cuci lantai mozek dengan asid menggunakan chemical yang bernama mosaic cleaner. Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama kali saya. Nasihat tambahan saya, jangan terlalu kerap menggunakan asid pencuci lantai mozek seperti ini. Oleh kerana ianya adalah bersifat asid, maka kekerapan penggunaan boleh menghakis simen anda dan boleh berikan kerosakkan lebih lebih lagi kalau lantai mozek anda adalah lantai jubin bilik air/mandi dan anda tinggal di rumah bertingkat seperti kondo atau apartment. Bukan apa, takut lantai berlaku kebocoran dan susahkan orang lain pula. Harap maklum. BYE!!!.
3 Comments
Bagus kalau boleh guna asid ni kalau lantai mozek yang kotor teruk
website tuan/puan menarik
Nice tq share ilmu