Saya tidak pernah tahu pun kalau sarung tilam atau cadar tilam di bilik tidur ada satu pelapik khas yang boleh dibeli untuk mengelakkan tilam kita dari kotor. Yang saya tahu hanya sarung cadar tilam dan tidur sahaja. Pelapik tilam saya hanya tahu dari seorang rakan yang ada membuat rumah homestay. Jadi bila tidak pernah pakai dan gunakan pelapik tilam, maka sudah tentulah tilam akan menjadi kotor dengan sebab air kencing, air liur, air susu anak dan sebagainya. Jadi bila mahu pindah rumah, kena angkat tilam naik lori. Jadi malu pula. Terpaksalah cari mana mana servis cuci tilam berdekatan dengan rumah.
Saya sebenarnya sudah pernah mendengar tentang perkhidmatan mencuci seat kereta. Cuma tidak tahu pula kalau tilam bilik tidur pun mereka ada servis cuci juga. Atas sebab tersebut saya cuba menghubungi perkhidmatan mencuci tilam rumah. Mereka datang membawa alat cuci tilam seperti penyedut hampagas vacum dan botol bahan kimia. Dan ini adalah pengalaman pertama kali saya sendiri melihat bagaimana service cuci tilam dilakukan di depan mata. Jujur cakap, kalau hendak buat sendiri memang lenguh tangan dan berpeluh juga. Maklumlah kita tidak ada mesin khas untuk membasuh tilam.
Servis Cuci Tilam Penang
Sebelum ini saya ada juga cuba cuba mencuci tilam. Biasalah, bubuh air sabun sedikit dan sental pakai berus. Hasilnya memang tidak memuaskan langsung. Sudahnya air sabun terus serap masuk ke dalam tilam. Tilam jadi basah. Kalau pakai perkhidmatan cuci tilam seperti ini, mereka akan gunakan sabun dan bahan kimia khas. Dan bahan kimia termasuk sabun tersebut memang sesuai untuk melunturkan kesan kotoran pada tilam. Kemudian mereka akan gunakan mesin untuk menggosok kotoran tersebut. Dan proses akhir mereka gunakan vakum penyedut untuk menyedut air kotoran tersebut.
Nampak macam mudah. Walaupun pakai mesin berus dan vakum penyedut, ianya masih memerlukan 2 orang untuk kerja mencuci tilam tersebut. Memang penat. Jadi kalau mereka minta bayaran RM200 pun bagi saya secara peribadi memang berbaloi sangat sangat. Sudahlah mereka penat, lenguh tangan, selepas itu kita hendak bayar murah pula. Memang tidak patutlah. Untuk pengetahuan anda, tilam kotor memang jadi sangat sangat bersih walaupaun tidaklah nampak cantik seperti baru beli.
Berapa harga cuci tilam? Mereka kenakan cas sebanyak RM160 untuk tilam jenis queen. Oleh kerana saya mahu cuci 2 tilam, maka kos total adalah RM320. Mereka hanya minta RM300 untuk cuci 2 tilam jenis queen. Mahal? Tidaklah. Bagi saya berbaloi kerana mereka akan berus dan cuci tilam kita dari semua sisi. Bukan berus atas permukaan tilam sahaja. Mereka juga akan berus pada kawasan tepi tilam. Mudah cerita seluruh tilamlah.
Perkhidmatan Cuci Tilam
- [ Pulau Pinang/Kulim ] – 017-4330200 (Hilmi)
Selepas dicuci, tilam akan di dirikan, kipas dan tingkap bilik akan dibuka. Tujuannya adalah untuk pengaliran udara dan tilam yang lembab tadi akan cepat kering. Jangan risau, tilam yang baru lepas dicuci bukannya basah. Cuma lembab sedikit sahaja. Jadi perlukan udara yang keluar masuk untuk mengeringkan permukaan tilam.
Cuma sedikit nasihat saya kepada anda selepas saya melihat sendiri proses mencuci tilam tersebut. Rupanya kita memang tidak digalakkan mencuci tilam sendiri. Ini kerana kita tidak ada alat yang sesuai lagi lagi penyedut vakum. Kalau anda basuh seperti biasa, tilam akan basah, spring di dalam tilam yang bersifat besi akan mudah karat. Malah hama atau kuman pada tilam pun tidak dibuang dengan baik. Kecuali anda ada mesin cuci tilam tidak mengapalah kalau hendak cuci sendiri. Saya harap perkongsiaan saya ini sedikit sebanyak memberi info kepada anda. BYE!!!.