Sudahkah anda kemaskini income tax anda? Jika anda tidak tahu bagaimana untuk kemaskini secara online, ada baiknya anda terus sahaja ke pejabat LHDN untuk meminta bantuan mereka bagi membantu anda mengisi maklumat borang BE dengan betul. Kalau salah nanti, akan jadi masalah dikemudian hari. Kalau terlebih banyak tidak mengapa, kalau terkurang, anda harus pula menambah wang sendiri. Bagaimana dengan cukai taksiran pendapatan anda tahun ini. Adakah anda menghadapi lagi keadaan cukai pendapatan terlebih bayar?
Pada mula mula kerja dahulu. Saya langsung tidak tahu apa itu cukai pendapatan terlebih bayar. Maklumlah, setiap bulan di potong mengikut kadar tangga gaji terhadap cukai pendapatan yang telah ditetapkan. Tetapi pelik, kenapa boleh terlebih bayar. Malah siap boleh dapat semua wang cukai yang telah dipotong sebelum ini. Bagi yang baru mula bekerja dan pertama kali dapat borang EA memang pening mahu mengisi maklumat sedemikian.
Cukai Pendapatan Terlebih Bayar Masuk Akaun Bank
Sebenarnya apa yang dipotong terus dari gaji kita untuk dibayar sebagai cukai pendapatan memang betul potongannya. Tetapi kita boleh mendapat “rebat” disebabkan kita mempunyai bukti yang boleh ditunjukkan yang banyak wang kita setiap bulan terpaksa membayar pelbagai benda. Contohnya insurans, potongan zakat, bil hospital, perbelanjaan anak, pembelian komputer dan sebagainya. Dengan data pembelanjaan anda ini, anda boleh dapat diskaun atau rebat yang mana dalam bentuk cukai pendapatan terlebih bayar. Itu sebab selalunya akan dapat balik wang cukai yang telah dipotong. Cumanya ianya sedikit atau banyak bergantung kepada maklumat yang kita berikan.
Bila Wang Cukai Pendapatan Terlebih Bayar Di Pulangkan
Jadi bagaimana cukai pendapatan terlebih bayar ini dipulangkan? Sekarang sudah semakin mudah. Anda harus mengemaskini maklumat akaun bank dan wang hasil dari cukai pendapatan terlebih bayar akan ditransfer terus ke akaun bank kita. Cepat atau lambat bergantung kepada semakkan dari pihak LHDN sendiri.
Saya telahpun mengemaskini cukai pendapatan saya sejak 2 minggu lepas. Dan hari ini saya telah menerima cukai pendapatan terlebih bayar yang telah dimasukkan ke dalam akaun bank. Lihat gambar di atas. Itulah wang yang saya dapat hasil dari lebihan potongan cukai pendapatan. Sedikit atau banyak tidak kisah. Asalkan boleh dapat “sedikit” pulangan yang mana wang ini boleh digunakan untuk membuat apa apa pembayaran yang lain. Bagaimana dengan anda? Sudah terima wang cukai pendapatan terlebih bayar dari pihak lembaga hasil dalam negara?
5 Comments
wah..rezeki masuk tu bro..besar manfaatnya tu..
adakah GST membebankan rakyat? huhu
ermmm
Belum lagi ni dah sebulan dan ni