Saya tidak pasti samada anda sedar atau tidak. Yang dunia sekarang sedang ke arah menggunakan kaedah pembayaran secara tanpa tunai yang orang sebut sebagai CASHLESS. Sebab itu ada banyak pihak yang mula menawarkan fungsi e-wallet sebagai menjadi pemain penting di dalam kaedah pembayaran tanpa tunai. Sebelum ini saya sudah mendaftar dan mengaktifkan e-wallet BigPay dari AirAsia. Tujuan adalah untuk mengambil kelebihan dan menjimatkan wang ketika membuat pembelian tiket flight AirAsia. Dan semalam pula pihak Maybank menyusul dengan e-wallet mereka sendiri iaitu Maybank Anywhere Everyone (MAE). Sudahkah anda mendaftar Maybank E-Wallet anda sendiri?
Mesti ada tertanya tanya. Bukankah sekarang kalau kita membeli belah menggunakan kad debit atau kad kredit itu sudah dikira sebagai membuat bayaran tanpa tunai (cashless)? Kenapa perlu ewallet pula. Dan sebenarnya apa beza Maybank E-Wallet dengan akaun savings Maybank sendiri? Kalau sama fungsinya, kenapa kena ada e-wallet pula? Saya sendiri salah seorang yang terfikirkan akan hal ini. Tetapi saya akan jawab dari apa yang saya faham ya. Kalau salah sila betulkan saya.

Paparan akaun Maybank E-Wallet pada Maybank2U
Panduan Mengaktifkan Maybank E-Wallet (MAE) Untuk Pengguna Maybank2U
Sistem e-wallet ini semacam akaun bank online yang perlu kita topup dahulu. Macam akaun prepaid. Kena topup dahulu dan kemudian baru boleh guna. Ada perbezaan sedikit yang saya nampak. Ianya lebih kepada bagaimana cara kita menggunakan wang yang kita ada dan juga dapat memberikan lebih keselamatan. Biasanya akaun simpanan berbentuk topup (ewallet) akan membuatkan kita berbelanja berdasarkan bajet. Dan kenapa ianya lebih selamat kerana segala duit perbelanjaan dan pembayaran kita akan ditolak melalui akaun e-wallet dan bukannya akaun simpanan (savings) online banking kita. Jelas?
Adakah saya sudah mendaftar dan mengaktifkan Maybank E-Wallet saya? Jawapannya adalah sudah!!!. Ini kerana saya adalah pengguna online banking Maybank2u. Jadi kenapa tidak saya terus menggunakan kelebihan yang ada. Malah sistem ewallet ini adalah dari pihak bank sendiri. Sudah tentu ianya lebih selamat (secure), dan kalau pun berlaku kehilangan wang, sudah tentu ianya dijamin oleh pihak bank. Dan saya pasti pihak Maybank akan terus menawarkan lebih banyak kelebihan ketika menggunakan wallet Maybank mereka.

Paparan Maybank ewallet MAE
Cara Daftar/Aktif E-Wallet Maybank (Untuk Pengguna Maybank2u)
- Maybank2u Apps (android) – sila install aplikasi Maybank2u ini pada smartphone anda
- Sila jalankan (run/open) aplikasi Maybank My ini
- Sila login akaun online banking Maybank anda
- Akan ada menu “Say Hello To MAE”, sila klik menu tersebut
- Sila klik pada “Experience MAE Now”
- Selepas itu sila isi maklumat Email, Negeri dan nombor Invite Code.
- Pada rungan Invite Code, sila masukkan mab12131 dan kemudian klik CONFIRM
- Anda diminta untuk topup Maybank E-Wallet minima sebanyak RM10 untuk pengaktifan
- Sila klik “Savings Account” dan masukkan jumlah RM10 minima dan klik “OK”
- Kemudian sila klik “Proceed” dan klik sekali lagi “CONFIRM & PAY”. Done
- Sekarang akaun Maybank MAE E-Wallet sudah diaktifkan. Tahniah
- Anda boleh klik “My Dashboard” untuk melihat setting penawaran yang ada
- Selamat mencuba.
Panduan cara bagaimana ingin mendaftar dan mengaktifkan akaun Maybank E-Wallet ini adalah untuk pengguna yang mempunyai akaun online banking Maybank2u sahaja. Sebenarnya ewallet MAE dari Maybank ini juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun tiada akaun Maybank2u. Cumanya saya tidaklah berkongsikan caranya bagaimana. Yang pasti anda kena install aplikasi Maybank juga sebagai asas pengunaan. Saya harap kepada yang memang mempunyai akaun Maybank2u boleh ikuti step ini dengan mudah dan tanpa masalah ok. Selamat mencuba.
[…] Maybank Anywhere, Everywhere (MAE). Saya sendiri adalah salah seorang pelanggan mereka yang telah mengaktifkan Maybank MAE wallet beberapa hari lepas. Namun ada satu benda yang saya terlepas pandang ketika itu iaitu terdapat satu […]