Semalam saya dihubungi oleh seseorang melalui Whatsapp group Quantum Metal kendalian saya yang mahu bertanyakan tentang Quantum Metal. Beliau bertanyakan kepada saya bagaimana cara untuk upgrade jadi introducer Quantum Metal. Jawapan yang saya berikan adalah, siapa penaja beliau. Ini kerana di dalam program Quantum Metal, setelah beliau melepasi beberapa syarat tertentu, beliau perlu meminta bantuan leader iaitu upline beliau untuk mengupgrade akaun beliau dari user biasa kepada status introducer. Jawapan yang beliau berikan adalah TIADA PENAJA kerana beliau mendaftar Quantum Metal terus dari website iaitu terus dari HQ.
Sebenarnya ini adalah kes saya yang pertama. Dengan kata lain saya baru sahaja pertama kali bertemu dengan individu yang mendaftar terus ke website Quantum Metal tanpa melalui mana mana penaja iaitu referral. Jadi tidak ada jawapan untuk masalah dan pertanyaan beliau. Saya ajukan soalan tersebut kepada upline iaitu leader saya. Dan jawapan yang beliau berikan ada 2 iaitu anda perlu meminta bantuan HQ sendiri atau perlu tukar penaja terlebih dahulu. Apa maksudnya? Mari saya jelaskan.

Perujuk/Penaja/Referral Quantum Metal Sdn Bhd
Referral Quantum Metal Sdn Bhd. Jika anda mendaftar terus melalui website, penaja anda adalah Quantum Metal Sdn Bhd iaitu direct terus pada syarikat. Jadi apa apa masalah anda perlu bertanya dan meminta tolong dari syarikat melalui live chat atau email. Sebenarnya proses ini melecehkan. Anda sanggup untuk bertanya apa apa soalan melalui live chat atau melalui email sambil menunggu balasan reply dalam tempoh yang lama?
Pengalaman saya sendiri, bila saya live chat, lebih dari 1 jam baru ada agent yang online untuk reply pertanyaan saya. Memang penatlah. Itu dari pengalaman sayalah. Mungkin pengalaman anda berbeza. Seperti kes di atas ini, anda bertanya macam mana hendak jadi introducer di live chat. Kalau anda tanya pada waktu malam pun bukan akan ada yang akan menjawab. Mereka hanya akan menjawab pada hari dan waktu bekerja sahaja. Kalau anda selesa dengan cara ini, silakan.
Cara yang kedua pula anda boleh tukar referral Quantum Metal. Maknanya anda tukar penaja anda dari Quantum Metal Sdn Bhd kepada agent introducer iaitu saya. Saya adalah seorang introducer. Anda boleh mendaftar di bawah saya. Apa yang saya tawarkan kalau anda bertukar referral kepada saya? Saya akan invite anda untuk masuk ke dalam group Whatspp yang besar yang di dalam ada leader leader Quantum Metal. Jadi anda boleh mendapatkan info, maklumat dan bertanya apa apa soalan yang anda mahu tahu. Group Whatsapp kami juga aktif membuat sesi live zoom untuk ahli yang mahu tahu tentang program Quantum Metal lebih mendalam.
Saya tidak kongsikan link group Whatsapp tersebut di dalam mana mana artikel Quantum Metal yang saya kongsi di dalam blog ini ya. Link invitation group Whatsapp yang saya hanya adalah group Whatsapp kendalian saya sahaja untuk anda yang berhajat untuk tukar referral atau mendaftar di bawah saya sahaja. Hanya selepas anda disahkan memang mendaftar bawah saya, barulah saya invite anda secara personal ke dalam Whatsapp group yang satu lagi yang ada leader apa semua. Harap anda faham ya.
Apa syarat untuk jadi introducer dalam Quantum Metal? Sebelum ini syaratnya ada dua iaitu samada anda beli minima 3 unit GAEX5 atau 1 unit GAEX10. Syarat terbaru pula adalah hanya boleh beli minima 1 unit GAEX10 barulah akaun Quantum Metal anda akan diupgrade kepada akaun Introducer. Siapa yang akan upgrade akaun anda? Yang akan upgrade akaun anda kepada akaun introducer adalah leader yang bertaraf dealer. Siapa dan di mana dealer tersebut? Sebab itulah anda mesti kena daftar di bawah upline anda. Mereka yang bertaraf dealer inilah yang akan membantu anda. Jelas?
Kalau anda berada di dalam situasi masalah ini, saya jemput anda untuk bertukar referral anda dari Quantum Metal Sdn Bhd kepada saya selaku penaja anda. Sila ikuti step di bawah ini.

Template Cara Tukar Link Referral/Penaja Quantum Metal
- Selepas mendaftar, sila pastikan akan anda tidak aktif iaitu tidak ada membuat pembelian emas dalam tempoh 60 hari.
- Jika ada buat apa apa transaksi jual beli emas, sila pastikan akaun anda tidak aktif berbuat demikian dalam 1 tahun.
- Sila edit template di bawah ini (warna merah sahaja) kepada info anda dan emailkan kepada care@qbeb.org dan cc kan kepada moham29577@yahoo.com.
- Tajuk email tulis ini (Subject) – Change of Referral – Dormant Account
- Kandungan email tulis ini : I would like to request Quantum Metal Sdn Bhd to change my referral. Here are my details
- Name : XXXXXXX
- IC : XXXXXXX
- Mobile Number : XXXXXXX
- Email : XXXXXXX
- Date Join : XXXXXXX
- Current Referral Name : XXXXXXX (Nama Penaja Anda *rujuk gambar di atas ini)
- Reason : Dormant Account / More than 60 days
- Change to;
- New Referral / Reseller : MOHAMAD AZUAN BIN RAZALI
- Email : moham29577@yahoo.com
- New Referral IC : 851213015915
- Date : 2 June 2023 (sila tukar dengan tarikh terkini)
- Jangan lupa, selepas edit dan isikan dengan maklumat anda, sila email kepada care@qbeb.org dan cc kan kepada moham29577@yahoo.com ya.

Anda akan dapat email yang menyatakan proses permohonan anda telah berjaya ataupun tidak ya. Selepas anda berjaya menukar penaja (referral) anda di bawah saya, anda bolehlah masuk ke dalam group Whatsapp yang saya telah kongsikan link nya di bawah ini ya.
Register Quantum Metal
- [ QuantumMetal ] – sila klik link ini untuk mendaftar jika anda belum daftar jadi ahli QM.
- [ WhatsappQuantumMetal ] – jom masuk Whatsapp group kendalian kami di sini jika ada apa apa yang kurang faham berkenaan proses pendaftaran, cara tukar pindah link referral tajaan Quantum Metal dan apa apa tentang melabur emas dalam Quantum Metal ya.
Saya ulang sekali lagi. Jika anda mendaftar direct terus melalui website Quantum Metal, anda sebenarnya menjadikan syarikat Quantum Metal sebagai referral anda. Segala pertanyaan atau apa apa urusan anda perlu melalui email atau live chat sahaja. Cadangan saya, untuk memudahkan urusan, sila tukar penaja iaitu referral anda kepada saya. Dan saya juga boleh membantu dan mengupgrade akaun anda kepada introducer, dealer dan lain lain jika anda berminat. Jelas? Faham? Jom daftar under saya sekarang juga. BYE!!!.