Pernah tidak anda ternampak akan iklan tentang buat duit dengan hanya menjawab survey ringkas? Dan anda yang tidak pernah terlibat pasti akan mengabaikan iklan sebegitu bukan? Tetapi ada “sesetengah” blogger kalau anda rajin mencari, akan terjumpa dengan blogger yang memang pernah membuat duit dengan program survey tinjauan kaji selidik ini? Sebenarnya apakah survey ini? Dan apakah yang mereka buat dan apakah yang anda perlu buat? Saya sendiri sama juga seperti anda yang bingung dengan perkara ini.
Beberapa minggu lepas saya agak kerap terjumpa iklan dan ada juga membaca tentang program buat duit dengan hanya menjawab tinjauan kaji selidik ringkas. Di sebabkan kerap nampak dan ada perasaan ingin tahu samada betulkah program sebegini boleh buat duit, maka saya cuba daftar dan melihat bagaimaa program tersebut di jalankan. Nampaknya ianya benar yang ianya memang melakukan tinjauan kaji selidik iaitu survey.
Jana Pendapatan Online Dengan Program Tinjauan Kaji Selidik
Jadi kenapa tinjauan kaji selidik ini membayar anda? Dari apa yang saya faham setelah mencuba sendiri menjawab survey mudah yang diberikan, saya dapati pihak yang melakukan survey ini mahukan anda menjawab tinjauan kaji selidik dengan ikhlas dan mereka perlukan maklumat ini untuk projek mereka. Kalau hendak anda sendiri yang SUDI memberikan maklum balas, rasanya berapa ramailah yang akan sudi. Orang Malaysia semuanya bukanlah rajin akan perkara sebegini.
Jadi dengan adanya sedikit imbuhan, maka program ini dapat mendapatkan maklumat yang mereka minta. Di sini saya akan jelaskan serba ringkas akan apakah bentuk soalan dari survey tinjauan kaji selidik yang saya lalui. Bentuk soalan yang ditanya adalah berdasarkan apakah kategori yang saya suka untuk saya jawab. Saya memilih kategori kekeluargaan dan soalan yang di tanya adalah seperti berikut
- Berapakah gaji bulanan saya
- Berapakah jumlah tanggungan keluarga
- Bilangan adik beradik
- Berapa yang masih bersekolah
- Bilangan ahli keluarga yang bekerja
- Penyakit apa
- Berapakah kos rawatan
- Barangan yang dibeli
- Dan sebagainya.
Setiap survey ada yang ringkas dan ada yang agak payah. Paling ringkas anda hanya perlu menjawab hanya 10 soalan sahaja. Itupun dalam bentuk pilihan a,b,c,d. Dan setiap tinjauan kaji selidik yang anda jawab akan diberikan ganjaran dalam bentuk mata yang dipanggil sebagai “point”. Mata inilah nanti akan anda tukarkan kepada duit.
Senarai Website Survey Yang Boleh Anda Cuba
- PanelPlace – ini adalah website survey yang paling baik setakat ini
- PanelStation – antara website survey kaji selidik yang boleh anda cuba
- ValuedOpinions – antara website survey kaji selidik yang boleh anda cuba
- YourVoice – antara website survey kaji selidik yang boleh anda cuba
Mudah cerita, survey tinjauan kaji selidik yang dilakukan mampu memberikan input berguna kepada mana mana individu/syarikat yang mahu mendapatkan gambaran tentang sesuatu perkara. Adakah anda akan dapat duit? Jawapannya YA tetapi tidak semua. Anda perlu memilih program menjawab survey yang memang menyatakan mereka akan membayar anda dengan cash tunai. Ini kerana ada survey yang hanya memberikan anda pilihan menukarkan point kepada hadiah (gift) ataupun baucar (voucher). Anda berminat? Kalau berminat mari daftar sekarang dengan klik link di atas ini. Selamat mencuba.