BeMobile adalah sebuah syarikat telekomunikasi bertaraf MVNO yang menumpang dan menggunakan rangkaian network dari pencawang Celcom dan juga Digi. Telco BE MOBILE menawarkan simkad jenis prepaid dan juga hybrid postpaid. Dan kelebihan utama yang ditawarkan adalah dalam bentuk ganjaran (reward) emas digital. Ke semua ganjaran yang diperolehi akan terus di masukkan ke dalam akaun emas yang bernama DNAR Reward Account (DRA). Saya akan menjelaskan secara ringkas berkenaan fasiliti ini untuk penjelasan yang lebih menyeluruh.
Kenapa program simkad ada kaitan dengan emas pula. Apa tujuannya? Ya bukan semua orang akan suka beli emas. Dia hendak pakai simkad sebab dia nak langgan data internet dan panggilan call sahaja. Jangan risau. Ya kita setuju bukan semua orang berminat hendak beli emas dan simpan emas. Tetapi majoriti pasti akan suka bila dia boleh dapat emas percuma dengan menggunakan kad sim BeMobile. Ha macam mana? Menarik? Jom saya ceritakan.

DNAR Reward Account (DRA)
Begini, syarikat BeMobile telah bekerjasama dengan pembekal emas (ToyyibGold) untuk menawarkan fasiliti emas bagi pihak dan program BE MOBILE. Antara kelebihan yang ditawarkan kepada pengguna kad sim BeMobile adalah, setiap kali anda membuat bayaran bil telco anda sendiri, 10% dari bayaran tersebut akan dipulangkan semula dalam bentuk reward ganjaran emas digital. Dan emas digital ini boleh anda kumpul, simpan untuk ditukarkan kepada emas fizikal atau anda jual semula untuk dapatkan duit semula dan masuk ke akaun bank anda. Menarik? Memang pun!!!.
Ganjaran Rewards 10% Emas BeMobile
- Anda langgan pakej telco RM50 sebulan
- Anda bayar bil telco RM50. Automatik terus dapat reward 10% emas digital
- Emas digital anda bernilai RM5 dalam bentuk gram emas
- Gram emas yang bernilai RM5 akan terus masuk ke akaun DNAR Reward Account (DRA)
- Emas digital ini boleh anda simpan, kumpul, tukar kepada emas fizikal atau terus jual semula untuk dapatkan duit.
- Anda juga boleh bayar apa apa bil lain seperti bil elektrik, bil air dan lain lain dan tetap akan dapat reward ganjaran berupa emas digital yang akan terus masuk ke akaun DSA ini
Sedikit info. Untuk melayakkan anda mendapat rebat, rewards ganjaran sebanyak 10%, anda wajib melanggan validity simkad BeMobile. Ianya adalah kemudahan untuk memanjangkan tempoh simkad anda untuk kekal aktif selama setahun dengan harga langganan RM30 sahaja. Tetapi jika anda terus bayar bil telco anda setiap bulan, validity anda akan dinaikkan dari setahun kepada 2-3 tahun. Anda boleh klik untuk membaca lebih detail. Kalau anda tidak langgan validity simkad, reward ganjaran hanya ditawarkan sebanyak 5% sahaja setiap kali anda buat bayaran bil telco anda ya.
Jujur tanya pada diri anda sendiri. Anda dan saya telah menggunakan kad sim bertahun tahun. Kita bayar bil telco atau topup reload prepaid simkad kita sampai hari ini tidak dapat apa apa pun walaupun RM1. Kalau ada penyedia rangkaian telekomunikasi yang menawarkan ganjaran 5% dalam bentuk reward pun dah berbaloi sangat sangat. Apatah lagi BeMobile boleh berikan 10% dalam bentuk reward ganjaran emas. Memang berbaloi baloi.
Cara Daftar/Register DNAR Bemobile
- [ App Bemobile + DNAR ] – sila muat turun (download) aplikasi Bemobile terlebih dahulu dan pasang (install). Anda boleh terus cari di Google Play (Android) atau di App Store (Apple iOS)
- [ Daftar DNAR ] – sila klik link ini untuk mendaftar/register DNAR. Sila pastikan link ini membawa anda proses register menggunakan aplikasi Bemobile + DNAR ya.
- Sila pastikan anda buat KYC iaitu upload IC depan belakang
- Sila upload gambar selfie bersama MyKAD
- Sila update maklumat berkenaan nombor akaun bank anda
- Sila selesaikan ke semua ini pada bahagian profile untuk pengesahan ya
- [ Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan apa apa berkenaan DNAR atau BeMobile. Boleh join atau tidak. Terpulang.
Jadi macam mana hendak gunakan fasiliti DNAR Reward Account (DRA) dari BeMobile ini? Tidak perlu buat apa apa pun. Anda hanya perlu jadi pengguna kepada simkad BeMobile dengan mendaftar melalui link di atas ini. Selepas anda mendaftar dan login akaun BeMobile. Aplikasi BeMobile akan memaparkan akaun DNAR Reward Account dan anda boleh terus menikmati fasiliti tersebut tanpa masalah. Selepas langgan validity (tiada paksaan/tidak wajib), setiap kali anda bayar bil BeMobile, anda akan dapat semula 10% reward ganjaran dalam bentuk emas digital ya. BYE!!!.