Simkad BeMobile adalah syarikat telco bertaraf MVNO di Malaysia. Dan syarikat BE MOBILE menggunakan rangkaian network dari pencawang CelcomDigi. Dan kelebihan paling utama BeMobile adalah dengan adanya program emas digital. Dan salah satu akaun yang menguruskan transaksi jual beli emas adalah dari akaun DNAR Storage Account (DSA). Akaun ini anda boleh beli emas, jual emas, simpan emas dan tukarkan emas digital yang anda beli kepada emas fizikal. Ke semuanya ini boleh anda lakukan melalui akaun DSA emas BeMobile ini.
Begini, syarikat BeMobile telah bekerjasama dengan pembekal emas (ToyyibGold) untuk menawarkan fasiliti emas untuk program BE MOBILE. Dengan kata lain, pembekal emas kepada syarikat BeMobile adalah dari syarikat ToyyibGold. Jadi syarikat BeMobile boleh menjalankan program pelaburan emas digital dengan kerjasama ToyyibGold. Dan salah satu program emas yang telah berjalan dengan lancar di bawah jenama BeMobile adalah melalui akaun DNAR Storage Account.

DNAR Storage Account (DSA)
Sebenarnya zaman sekarang sudah mudah untuk membuat apa apa pelaburan emas. Ke semuanya boleh dilakukan secara online. Dan pembelian emas adalah dalam bentuk digital. Kenapa digital dan bukannya fizikal? Sebab digital dapat memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk membeli emas dalam nilai yang kecil. Dalam program BeMobile misalnya melalui akaun DNAR Storage Account (DSA) ini, anda boleh membuat pembelian emas digital serendah 0.02 gram sahaja yang mana harga semasa cuma bernilai RM7 sahaja. Mana ada emas fizikal yang boleh dijual serendah 0.02 gram. Betul?

Bukan semua orang mampu untuk membeli emas sebagai simpanan atau pelaburan. 1 gram emas fizikal pun sudah bernilai RM300 (2023). Tetapi kalau anda cuma ada modal RM50 sahaja sebulan untuk dijadikan sebagai simpanan, aset pelaburan apa yang sesuai untuk anda? Sudah tentulah emas dalam bentuk digital. Tetapi jangan risau, program pelaburan emas BeMobile adalah patuh syariah yang mewajibkan syarikat pembekal emas ada stok simpanan emas sebenar. Dengan kata lain, program emas digital BeMobile di backup dengan emas fizikal emas sebenar.
Tidak percaya? Sebab itulah dalam program emas digital BeMobile, anda dibolehkan untuk menukarkan emas digital kepada emas fizikal serendah 1 gram. Bila boleh tukar emas digital untuk dapatkan emas fizikal, maka tidak ada isulah kalau berkenaan emas BeMobile itu scam atau menipu dan tidak patuh syariah. Harap maklum ya.

Akaun Jual Beli Emas BeMobile (DSA)
- Boleh beli emas serendah 0.02 gram
- Boleh jual emas serendah 0.02 gram
- Tukar emas digital kepada emas fizikal serendah 1 gram
Saya ringkaskan sekali lagi. Akaun DSA adalah singkatan kepada DNAR Storage Account. Sebuah fasiliti kemudahan untuk melakukan transaksi beli emas digital, jual emas digital, simpan emas digital dan tukarkan emas digital kepada emas fizikal. Dan akaun DNAR Storage Account ini di integrasi sekali di dalam aplikasi BeMobile. Harap anda clear dan faham ya.
Cara Daftar/Register DNAR Bemobile
- [ App Bemobile + DNAR ] – sila muat turun (download) aplikasi Bemobile terlebih dahulu dan pasang (install). Anda boleh terus cari di Google Play (Android) atau di App Store (Apple iOS)
- [ Daftar DNAR ] – sila klik link ini untuk mendaftar/register DNAR. Sila pastikan link ini membawa anda proses register menggunakan aplikasi Bemobile + DNAR ya.
- Sila pastikan anda buat KYC iaitu upload IC depan belakang
- Sila upload gambar selfie bersama MyKAD
- Sila update maklumat berkenaan nombor akaun bank anda
- Sila selesaikan ke semua ini pada bahagian profile untuk pengesahan ya
- [ Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan apa apa berkenaan DNAR atau BeMobile. Boleh join atau tidak. Terpulang.
Jadi macam mana hendak gunakan fasiliti DNAR Storage Account (DSA) dari BeMobile ini? Tidak perlu buat apa apa pun. Hanya anda perlu jadi pengguna kepada simkad BeMobile dengan mendaftar melalui link di atas ini. Dan secara automatik, anda boleh menjadi pengguna kepada fasiliti jual beli emas dalam program emas digital BeMobile ini. Akaun DNAR Storage Account BeMobile akan terus boleh digunakan tanpa masalah.