Salam kepda pembaca. Siri pengenalan asas tentang Simkad BeMobile telah saya ceritakan sebelum ini. Antara kelebihan terbesar di dalam program BE MOBILE adalah berkenaan “program emas” iaitu menawarkan ganjaran dalam bentuk emas digital setiap kali membuat apa apa pembayaran secara online termasuk membayar bil telco simkad sendiri. Dan sekarang, syarikat BeMobile mengorak langkah dengan lebih jauh dengan memperkenalkan pula program terbaru iaitu DNAR Trade Account (DTA). Jom teruskan pembacaan anda.
Program emas Bemobile disebut sebagai DNAR Exchange. Dan melalui program ini, di kembangkan lagi beberapa fasiliti kemudahan yang disediakan agar ianya lebih menarik dan berbaloi untuk disertai. Pengguna BeMobile boleh melakukan proses jual beli emas digital, mendapatkan emas fizikal, kembangkan simpanan emas, pembiayaan emas dan lain lain. Saya akan ceritakan ke semuanya di artikel yang lebih khas untuk setiap fasiliti emas yang ditawarkan oleh pihak BeMobile. Di artikel ini, saya akan fokuskan kepada akaun DTA dari BeMobile ini ya.

DNAR Trade Account (DTA)
Anda pernah dengar tentang saham dan dividen Bank Rakyat. Kalau anda biasa dengar, anda pasti tahu yang Bank Rakyat menawarkan kadar dividen sebanyak 15% setahun dari jumlah pegangan unit amanah/saham yang pelabur beli. Katakan anda beli saham bank Rakyat bernilai RM1000. Maknanya dividen yang anda akan dapat selepas setahun adalah sebanyak RM150. Jelas? Faham?
Rakyat Trustee Berhad (RTB) + BEMOBILE
Di Be Mobile pun sama juga. Anda boleh memiliki saham syarikat Be Mobile serendah RM100. Dan kadar dividen yang diberikan adalah sebanyak 10% SETAHUN!!!. Dan dana pelaburan ini di uruskan oleh syarikat yang bernama Rakyat Trustee Berhad (RTB). RTB adalah syarikat amanah yang menawarkan produk perkhidmatan seperti Wasiat, Pusaka, Hibah dan Amanah. Dan syarikat RTB juga telah menjalinkan kerjasama dengan BeMobile dengan menguruskan dana amanah di dalam program DNAR Trade Account (DTA) BeMobile.
Konsep DNAR Trade Account (DTA) ini menggunakan kaedah “WAKALA TRUST FUND” di mana pelanggan iaitu pelabur iaitu anda melantik pengurus untuk melakukan transaksi bagi kadar keuntungan jangkaan yang dipersetujui. Dan wakil amanah akan melaburkan jumlah tersebut ke dalam portfolio pembiayaan komoditi. Lihat gambar di atas ini untuk lebih faham ringkasannya.

Tawaran Harga Wakala Trust Fund
- 1 Unit = RM1
- 1 Lot = 100 unit
- 1 Lot = RM100
- Minima Pelaburan = 1 Lot = RM100
- Pulangan Pelaburan (36 bulan);
- Tahun 1 = 10% (0% pengeluaran principal)
- Tahun 2 = 10% (50% pengeluaran principal)
- Tahun 3 = 10% (100% pengeluaran principal)
Bila modal (prinsipal) dan keuntungan (dividen) boleh di ambil? Berdasarkan perkongsian di atas ini, modal anda hanya boleh dikeluarkan hanya selepas 2 tahun iaitu sebanyak 50% dari apa yang anda laburkan dan sebanyak 100% selepas 3 tahun. Dividen pula boleh anda keluarkan setiap tahun dan ambil 100% tanpa masalah. Jelas? Faham?

Kelebihan Melabur 100 Lot
- 100 Lot = Mobile Stokis = RM10,000 (36 bulan royalti 1.5%)
- 500 Lot = Area Stokis = RM50,000 (72 bulan royalti 2.0%)
- 1000 Lot = Master Stokis = RM100,000 (Lifetime royalti 2.5%)
Saya pernah kongsikan berkenaan program Stokis BeMobile di artikel ini. Kos untuk menjadi stokis di dalam program BeMobile adalah sama dengan apa yang dipaparkan di atas ini. Cumanya kelebihan membeli dana amanah (trust fund) dengan minima 100 Lot akan melayakkan anda secara automatik telah menjadi ejen yang bertaraf mobile stokis. Jadi dividen dari DNAR trade account anda dapat dan royalti sebagai stokis pun anda akan dapat. Dapat 2 dalam 1 sekaligus.
Kalau anda tanya saya, anda ada modal minima RM10K, patutkah anda melabur untuk menjadi stokis BeMobile atau laburkan ke semua duit dalam program dana amanah DNAR Trade Account (DTA) ini. Jawapan yang saya boleh berikan adalah, anda patut laburkan duit anda ke dalam DNAR Trade Account (DTA) dan secara automatik anda juga telah melayakkan diri anda untuk menjadi stokis secara tidak langsung. Dividen dapat. Royalti pun dapat. Jelas? Faham?

Boleh atau tidak beli dana amanah (trust fund) melalui DNAR Trade Account tanpa menggunakan simkad BeMobile? Jawapannya adalah tidak boleh. Ini kerana program asal adalah program telco BeMobile. Dan kemudian dikembangkan penawarannya hanya kepada pengguna simkad BeMobile. Dengan kata lain, kelebihan ini ditawarkan hanya kepada ahli iaitu user kepada sim BeMobile. Jelas? Faham?
Cara Daftar Aplikasi Bemobile
- [ App Bemobile ] – sila muat turun (download) aplikasi Bemobile terlebih dahulu dan pasang (install). Anda boleh terus cari di Google Play (Android) atau di App Store (Apple iOS)
- [ Daftar BeMobile ] – sila klik link ini untuk mendaftar/register BeMobile. Sila pastikan link ini membawa anda proses register menggunakan aplikasi Bemobile ya.
- Sila pastikan anda buat KYC iaitu upload IC depan belakang
- Sila upload gambar selfie bersama MyKAD
- Sila update maklumat berkenaan nombor akaun bank anda
- Sila selesaikan pada bahagian profile untuk pengesahan ya
- [ Whatsapp ] – ini adalah group Whatsapp kendalian saya untuk saya uruskan pertanyaan, pembelian dan pendaftaran (register) ahli baru BeMobile. Masuk ke dalam group selepas daftar. Buat bayaran RM10 (tak termasuk kos pos) kepada saya. Dan saya akan poskan simkad kepada anda. Selesai.
Ada kawan tanya. Apa kelebihan BeMobile. Mudah ja nak jawab. BeMobile adalah program guna simkad dapat emas. Itu sahaja jawapan yang paling asas. Sebab apa? Sebab memang tidak ada pun apa apa kad sim di Malaysia yang menawarkan ganjaran reward emas setiap kali kita guna simkad tersebut kecuali BeMobile. Tanya diri sendiri lah. Sejak bertahun anda guna dan bayar bil sim kad anda, apa yang anda dapat? Dengan BeMobile, anda dapat emas dan boleh melabur dengan emas pula melalui DNAR Trade Account (DTA) ini. Menarik? Jom daftar sekarang!!!.