Ramai sebenarnya yang masih terkeliru dan salah faham dengan perbezaan antara download dan upload. Sebab itu bila tanya tentang kelajuan internet, ramai hanya melihat “download” semata mata dan tidak ambil tahu tentang “upload”. Sebab itu ada di antara kita yang bila mahu upload gambar atau video di media sosial tiba tiba marah kerana beranggapan sepatutnya internet mereka laju dan tidak patut berlaku masalah internet yang lambat. Adakah anda salah seorang dari mereka? Jika ya, anda patut membaca artikel ini supaya anda faham selepas ini.
Pertama sekali, maksud download adalah “muat turun” dan upload adalah “muat naik” di dalam bahasa melayu Malaysia. Jelas ya. Apabila anda sedang membaca blog/website, membuka social media atau menonton video, anda sebenarnya sedang menarik bahan tersebut kepada anda untuk dipaparkan di skrin komputer atau smartphone anda. Proses ini dinamakan sebagai download. Dan apabila anda mahu proses tersebut menjadi lebih lancar dan lebih laju, anda kena pastikan yang langganan pakei internet anda iaitu DOWNLOAD SPEED anda mesti lebih laju dan tinggi.
Apa Itu Download Dan Upload Internet
Apabila anda post gambar di media sosial seperti di Facebook dan Instagram atau anda mahu upload video di YouTube, anda sebenarnya sedang meletakkan bahan tersebut di internet. Proses ini dinamakan sebagai upload. Dan apabila anda mahu proses tersebut menjadi lebih lancar dan lebih laju, anda kena pastikan yang langganan pakei internet anda iaitu UPLOAD SPEED anda mest lebih laju dan tinggi. Jelas? Jadi ada beza antara keduanya ya.
Jadi apabila anda mahu melanggan pakej internet, sila pastikan tujuan kegunaan anda terlebih dahulu. Adakah anda mahu buat kerja kerja bermain internet, baca sosial media, tonton YouTube atau mahu meletakkan bahan di internet? Step ini sama dan terpakai ketika anda mahu membeli pakej internet untuk simkad di smartphone atau pakej internet untuk rumah anda. Majoriti pengguna biasa hanya perlu melihat kelajuan download speed sahaja. Yang buat duit di YouTube contohnya kena cari pakej internet yang menawarkan upload speed yang lebih laju. Jelas?
Contoh paling mudah. Sila lihat gambar pertama di atas ini. Ini adalah pakej internet ketika zaman Streamyx sebelum ini. Katakan anda melanggan pakej internet 4Mbps. Cuba lihat kelajuan ketika memuat turun iaitu download speed di tawarkan setinggi 4Mbps. Biasanya dengan kelajuan seperti ini, anda buka internet, buka social media dan tonton YouTube memang tidak ada masalah. Cuba lihat pula kelajuan ketika memuat naik iaitu upload speed cuma di tawarkan setinggi 512Kbps SAHAJA. Kalau anda mahu upload video di YouTube anda akan terasa sangat sangat lambat. Kenapa? Sebab kelajuan upload tidak sampai 1Mbps pun. Faham?
Cara Langgan Unifi Online
- [ Unifi Home ] – ini adalah laman website untuk anda membuat langganan pakej internet unifi. Daftar sekarang!!!
Oleh kerana saya memang mahukan internet yang fokus kepada kelajuan memuat naik iaitu upload speed, maka saya beralih kepada pakej internet Unifi pula. Unifi menawarkan download speed sebanyak 30Mbps dan upload speed sebanyak 10Mbps. Anda bayangkan kalau zaman Streamyx kelajuan upload hanya 512Kbps dan sekarang ketika Unifi pula, kelajuan upload setinggi 10Mbps. Memang banyak bezalah. Ketika guna Streamyx, satu video upload ambil masa lebih dari 1 jam. Dan ketika pakai Unifi, proses upload video hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit dan siap untuk satu satu video. Memang berbeza sangat sangat masa yang digunakan.
Ada sesetengah dari anda yang mungkin seorang yang suka download banyak benda dalam bentuk fail yang besar. Jadi kenalah lihat download speed pakej langganan internet tersebut. Lagi laju memang lagi best. Cepat sahaja proses mendownload fail tersebut. Kesimpulan yang boleh saya beri tahu anda adalah, kelajuan download dan upload speed ini penting untuk anda yang memerlukan kelajuan internet dari kebiasaan untuk urusan yang anda mahukan. Pengguna biasa mungkin tidak perasan sebab hanya pengguna semata mata. Bagi anda yang ada sebab untuk mendapatkan lebih kelajuan internet, sila lihat perkara ini ya. BYE!!!