Di Malaysia, program affiliate tidak begitu banyak. Dan pada umumnya, program affiliate yang diketahui oleh blogger adalah didalam bentuk “eBook” sahaja. Boleh dikatakan pasaran affiliate yang boleh digunakan oleh “business owner” masih sangat kecil dan ini menyumbang kepada skop program yang kecil yang boleh diterokai oleh para pengiklan atau “publisher”. Dikalangan blogger, rasanya program dari Jomniaga (Ashadee – Nama baru) adalah suatu yang biasa. Dan selain selain dari ashadee kita juga ada program dari Klikjer yang juga turut menyediakan perkhidmatan affiliate buat blogger.
Semasa saya cuba mencari dan mencuba program affiliate dari luar negara, saya perasan yang memang mereka anda banyak seperti shareasale, clickbank, jvzoo, web hosting, software dan pelbagai lagi. Tapi seperti yang orang kata, lagi besar duit yang bakal kita dapat lagi tinggilah persaingan yang perlu kita hadapi dan saya sendiri terpaksa menyetujuinya kerana untuk bersaingan dengan luar negara kita perlu mempunyai blog berbahasa english dan sudah tentulah pengusaan didalam bahasa englih perlu maksimal untuk menarik dan memujuk pelanggan agar membeli. Itu perkara yang susah bagi saya.
Program Affiliate Dari Klikjer
Saya sudah agak lama dengan program affliate dari ashadee ini. Dan program affiliate dari Klikjer sudah lama saya dengar tetapi tiada rasa tarikkan untuk ikut serta. Malah saya sendiri telah daftar (sign-up) tetapi tidak melakukan apa apa promosi. Mungkin kerana “interface” website Klikjer yang kurang menarik dan kurang mesra pengguna membuat saya agak perlahan untuk bermula dengan Klikjer. Tetapi yang menghairankan, ada beberapa orang blogger selalu sahaja membuat entry update tentang komisen terbaru beliau dengan Klikjer. Ini membuat saya ingin juga mencuba affiliate dari Klikjer.
Ya, saya telah memilih satu produk di Klikjer dan hanya melakukan satu artikel promosi dan hasilnya semalam saya telah menerima komisen yang pertama dari Klikjer. Komisen yang pertama ini memang sangat sangat memain peranan untuk meningkatkan keyakinan saya untuk terus bersama dengan Klikjer. Kenapa kita perlu bergantung kepada satu sumber sahaja bukan kalau kita diberi peluang untuk mencuba di tempat yang lain. Saya harap selepas ini, saya akan aktif dikedua dua tempat untuk menhasilkan pendapatan yang lebih tinggi lagi dan seterusnya meningkatkan lagi pendapatan bulanan blog ini setiap akhir bulan. Adakah anda pengguna Klikjer?
7 Comments
puteri baru juga cuba klikjer ni..mudah mudahan ada juga hasilnya nanti.
Tahniah ye 🙂
puteri memang hebat, habis lah saya lepas nih
ciktom pun sama dah lama register klikjer cuma tak pernah promosi sebab dia punye interface tak best sgt…huhu…tapi ashadee skang kelam kabut byk error404 bil tukar link lain plk…
tu la, nak kena tunggu semua advertiser update dulu baru kita update
saya tahun lepas beriklan di beberapa blog.Alhamdulilah jumlah tercapai rm300+-.Sekarang komisyen klikjer naik dari 30% ke 70%
Ashadee ada daftar tapi system payment dan kaedah komisyen saya hold dulu.hehehe
wahh dah banyak yer bro dapat
tahniah, tahniah, tahniah… kitorang pun nak dapet komisyen pula