Beberapa hari lepas saya berkesempatan ke Entopia – Penang Butterfly Farm atau bahasa lebih mudah adalah taman rama rama pulau pinang. Saya tidak pernah tahu akan kewujudan tempat tersebut. Dan apabila diajak ke sana, saya hanya bersetuju sahaja kerana mahu bersiar siar meluangkan masa bersama. Jauh perjalanan untuk ke sana kerana taman rama rama ini terletak di Batu Ferenggi. Kalau hari cuti, jalan memang sesak ke sana. Rancang perjalanan anda ok.
Setelah sampai ke taman rama rama tersebut. Saya nampak yang ianya tertulis perkataan besar iaitu ENTOPIA. Nampak kawasan ini macam sangat baru. Dan ketika artikel ini ditulis, saya cuba membuat sedikit semakan di internet dan ternyata Penang Butterfly Farm ini baru sahaja dibuka pada bulan Mei 2016 lepas. Boleh dikatakan baru sahaja sebulan di buka.

Taman Rama Rama – Penang Butterfly Farm
Dan nampaknya ianya masih belum lengkap lagi. Fasa ke 2 akan diteruskan sehingga selesai. Dengan kata lain, ketika beberapa hari lepas, saya nampaknya belum merasai kepuasan yang menyeluruh kerana masih belum siap sepenuhnya. Tidak mengapa. Untuk pengetahuan anda, harga tiket adalah RM39 seorang. Dan jika fasa 2 siap nanti, kemungkinan harga tiket taman rama rama Penang ini akan menjadi RM49 untuk dewasa.
Apa pendapat saya terhadap taman rama rama Pulau Pinang ini? Bagi saya, apabila saya membayar RM39, saya sebenarnya menggambarkan yang saya akan dikelilingi oleh rama rama yang sangat banyak. Tetapi nampaknya ianya tidak begitu. Rama rama ada banyak. Tetapi ianya banyak di pohon pohon bunga dan pokok. Saya membayangkan melihat rama rama berterbangan di sana sini sehingga kagum. Adakah imaginasi saya keterlaluan, hehhehee.
Website Untuk Booking Hotel/Homestay/Flight/Bas
- Agoda – anda boleh tempah/booking tiket bilik hotel di sini
- AirBnB – anda boleh tempah/booking homestay di sini
- AirPaz – anda boleh tempah/booking tiket kapal terbang di sini
- BusOnlineTicket – anda boleh tempah/booking tiket bas di sini
Secara keseluruhan ianya adalah sangat baik. Dan saya pasti ianya akan ditambah baik dari masa ke semasa kerana ianya masih dalam proses melengkapkan fasa yang seterusnya. Ada rama rama, ada spesis haiwan kecil seperti serangga kecil yang hidup dalam dunia rama rama dan bermacam lagi. Jom lihat gambar yang saya kongsikan di atas ini dari taman rama rama Penang. Selamat melancong.
6 Comments
Taman rama-rama di Pulau Pinang dah lama ditubuhkan. Taman ni mempunyai pasukan pengurusan yang amat cekap yang menguruskan taman dengan beratur dan berkualiti.
Pernah sampai sekali time ke Penang dulu, patutnya dengan bayaran macam tu ada la sikit souvenir kan?
Makcik saya tinggal di Teluk Bahang Pulau Pinang. Rasanya di sana pun ada satu taman rama-rama, sata tak pasti adakah ianya tempat yang sama, yang sudah ditukar lokasinya, atau taman rama-rama yang tuan cerita dalam artikel di atas adalah tempat baru.
Mungkin Entopia ni belum siap sepenuhnya, tapi dari apa yang tuan ceritakan, saya rasa taman rama-rama di Cameron lagi best kut. Saya pernah pergi ke sana baru-baru ni.
Kebetulan pusat rawatan Islam saya tutup, saya luangkan masa bersama dengan keluarga untuk pergi bercuti ke sana, atas permintaan isteri.
Wahhh.. cambest je tempat nie
perkongsian yang menarik…teruskan update
terima kasih di atas kesudian membaca