Semasa saya mula mula diperkenalkan dengan takaful ini, saya ada pandangan skeptikel yang negatif tentang insurans ini. Perkara utama adalah MEMBAZIR. Kenapa saya katakan begitu? Ini kerana pada pandangan saya, buat apa saya perlu membayar RM150 setiap bulan sedangkan duit tersebut saya tidak dapat apa apa. Malah saya akan lagi terasa MEMBAZIR apabila saya tidak masuk hospital atau terkena apa apa penyakit. Inilah apa yang saya fikir dahulu. Namun kini, pemahaman saya silap dan ternyata sebenarnya ada banyak faedah insurans takaful yang membawa kebaikkan pada saya.
Saya bukanlah seorang ejen insurans. Saya hanya pemegang polisi insurans dari PruBSN yang telah pun setahun menggunakannya. Kadang kala terfikir, kita sudah ada hospital kerajaan dan buat apa kita perlukan kad insurans peribadi ini jika perkhidmatan yang ditawarkan di hospital kerajaan Malaysia sudah terbaik. Perkara perkara sebegini perlu di ambil berat bagi ejen takaful untuk menghilangkan polemik salah faham terhadap keperluan memiliki insurans peribadi ini dikalangan orang ramai. Ini adalah apa yang orang ramai faham. Kena jelaskan dengan jelas barulah orang awam akan nampak akan kepentingan dari faedah insurans takaful ini.

Kepentingan Dan Kelebihan Dari Faedah Insurans Takaful
Begini, majoriti pekerja di Malaysia adalah dari golongan pekerja swasta. Dengan kata lain, jika berlaku masalah kesihatan atau apa jua penyakit yang luar dari pesakit biasa (pesakit luar), maka kita (pekerja swasta) akan perlu membayar bil perubatan meskipun anda mendapatkan khidmat dari hospital kerajaan. Yang murah pada hospital kerajaan adalah sakit sakit dalam bentuk sakit biasa yang kita sebut sebagai pesakit luar. Tetapi bagaimana dengan pembedahan, sakit yang memerlukan anda untuk duduk di wad selama beberapa hari, minggu atau lebih. Adakah anda pernah terfikir akan hal ini. Itu sebab saya mahu menceritakan serba sedikit tentang faedah insurans takaful ini kepada anda.
Saya akan ceritakan kepada anda 2 situasi. Saya tidak memaksa anda. Akan tetapi hendak memberikan sedikit gambaran kepada anda. Begini. Anda pekerja swasta. Kita tidak meminta tetapi katalah pada suatu hari anda sakit dan di masukkan ke hospital. Anda terpaksa duduk di hospital selama seminggu (7 hari). Dalam masa 7 hari, berapakah kos ubat ubatan anda? Dan dalam masa 7 hari ini juga anda TIDAK BEKERJA. Dengan kata lain duit tidak ada.
Soalan saya, bagaimanakah anda hendak membayar yuran bil hospital anda? Dan bagaimanakah anda untuk anda mencari duit bagi menampung 7 hari cuti sakit anda itu? Anda peru bayar duit ubat dan anda tiada gaji selama 7 hari. Saya hendak tahu bagaimana anda uruskan permasalahan ini. Kalau anda anda duit silakan. Jika duit pun tiada, bagaimana? Itu kalau anda sakit 7 hari. Kalau anda kerap sakit dan duduk di hospital pun lama. Anda ingat majikan akan terus menerima anda. Kebarangkalian besar anda akan tetap akan dipecat akhirnya. Ini risiko.
Saya mahu anda membaca artikel ini iaitu Faedah Takaful di sini. Saya harap selepas anda baca, anda akan nampak kepentingan dan faedah insurans takaful buat anda lagi lagi jika anda seorang pekerja swasta. Soalan tambahan yang lain. Pasti anda akan tertanya tanya soalan seperti in iaitu. Syarikat saya sudah membekalkan insurans, jadi kenapa saya perlu mendapatkan insuran yang lain? Jawapannya mudah, kalau anda sakit teruk, syarikat pecat anda selepas itu, anda mahu pakai insurans yang mana selepas itu? Anda boleh nampak? Kelebihan yang lain adalah anda boleh “claim” elaun wad untuk kedua dua insurans. Terbaik bukan.