Didalam tenpoh berblogging, saya pasti ramai diantara kawan kawan yang rajin menukar theme blog bukan? Ada pelbagai sebab kenapa anda selalu atau sering mencari theme website yang sesuai buat anda. Ada yang memang jenis tidak suka untuk menggunakan satu theme untuk jangka panjang. Ada yang mencari kerana inginkan theme blog yang ringan. Dan ada juga kerana faktor SEO. Apa pun alasan anda, saya pasti anda pernah mengalami satu keadaan dimana Featured Image Tidak Muncul di halaman homepage. Ini suatu yang menyusahkan bukan?
Ada WordPress theme yang membolehkan anda untuk memaparkan blog post di homepage secara penuh, content limit dan sebagainya. Bagi yang jenis content limit kebanyakkan memaparkan “Featured Image” di homepage dan sedikit content. Akan tetapi masalah yang timbul adalah bukan semua theme website akan automatik memaparkan “Featured Image”. Ada yang terpaksa melakukannya secara manual. Iaitu dengan pergi (edit) semula kepada artikel, dan kemudian upload image untuk Featured Image supaya Featured Image Tidak Muncul sebelum ini terpapar semula di homepage.
Selesaikan Masalah Featured Image Tidak Muncul
Mungkin itulah penyelesaiannya kepada masalah Featured Image Tidak Muncul di halaman homepage website anda? Anda terpaksa melakukan secara manual. Bagaimana jika anda ada 100, 200, 300, 500 atau lebih artikel? Adakah anda sanggup untuk melakukan dan update Featured Image untuk kesemua artikel? Saya sendiri sudah melaluinya dan ianya memang memeritkan. Atas sebab itulah di artikel ini saya ingin berkongsikan penyelesaiannya kepada anda agar ianya juga dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi ini.
Tips ini hanya terpakai kepada pengguna WordPress sahaja. Saya inginkan anda untuk melawat halaman plugin di admin dashboard WordPress anda dan tekan “Add New”. Sila taipkan perkataan “Post Featured Image Generator“. Setelah dijumpai, sila download dan install plugin berkenaan. Dari nama plugin tersebut saya rasa anda pasti akan dapat mengagak akan fungsi plugin ini bukan? Setelah install dan active-kan plugin tesebut. Sila lawat plugin “Post Featured Image Generator” dibahagian setting. Dibahagian setting tersebut sila pilih “Batch Generation” dan kemudian sila tekan “Generate” (lihat gambar dibawah). Biarkan ianya berjalan seketika. Setelah siap, selalunya 90% artikel Featured Image Tidak Muncul akan berjaya di update dan muncul dihalaman homepage.
Jika masalah Featured Image Tidak Muncul masih ada lagi selepas menggunakan plugin ini (hanya sesetengah artikel sahaja), anda hanya perlu edit semula artikel yang bermasalah tersebut dan hanya perlu tekan “update” sahaja tanpa melakukan apa apa terhadap content artikel. Ianya akan secara automatik memaparkan featured image (auto Thumbnail). Ada banyak lagi plugin seperti ini di luar sana. Anda bebas menggunakannya. Untuk kes saya, saya hanya menggunakan plugin ini untuk menyelesaikan masalah Featured Image Tidak Muncul dan berjaya menyelesaikannya. Saya harap jika selepas ini anda menghadapi masalah seperti ini, maka ikutilah tips panduan ini. Selamat berblogging.
8 Comments
terima kasih tipnya ni bro. insyaAllah dapat bantu ramai blogger.
saya harap begitulah.. 🙂
Salam sdra amin … info yang baru dan berguna ni. Cuma akak nak tanya betul ke tak penggunaan plugin yg terlalu banyak akan mempengaruhi proses loading blog? Pernah dengar pendapat mengatakan ia akan memberatkan lagi blog kita ..
MEMANG BETUL PENDAPAT tu. Untuk pengetahuan akak, blog kita yang kosong menggunakan RAM dan CPU pihak hosting dan akak sendiri tahu hosting yang kita pakai adalah dari “shared hosting” iaitu pakai bersama sama dengan blog org lain. Setiap blog akan pakai “resourse” hosting tersebut. Kalau kita pakai theme yang berat, plugin yang berat, ini semua makan “resource” dan memang mempengaruhi loading blog. Ada kalanya ada blog tu pakai plugin banyak tapi xder plak berat, itu mungkin terjadi apabila beliau pakai hosting yang “mahal” dan sistem yang tinggi. Senang cerita ada pelbagai faktor la samada lambat atau x. Ada juga kes blog xda pakai plugin pun berat, sebab apa? sebab hosting yang dipakai jenis yang lemau. So faham kan… 🙂
biasanya aku pilih theme yang support benda nih.
kalau ada support ok lah
featured image penting supaya dapat menarik minat pembaca..
betul tuh, kalau kosong blog jadi suram