Malam semalam adalah tarikh kepada kejadian gerhana bulan yang disebut sebagai fenomena gerhana bulan darah. Sebenarnya saya terlepas mengikuti dari awal akan perkembangan ini kerana mungkin kurangnya pendedahan di media social. Saya dapat tahu pun ketika semasa hendak keluar pada malam hari dan ternampak ramai penduduk sekitar melihat objek di angkasa. Kebanyakkan kanak kanak dan belia remaja melihat bulan di langit. Pelik dengan tindakkan mereka tetapi terus dapat menangkap maksud tindakan mereka dan bertanya adakah mereka sedang melihat “gerhana bulan”?. Jawapan mereka “YA”.
Artikel ini bukanlah penyampaian berita sebenar melainkan perkongsian peribadi melihat fenomena gerhana bulan pada semalam hari. Dari carian di internet, saya dapati fenomena semalam di panggil sebagai fenomena gerhana bulan berdarah ataupun disebut sebagai “Blood Moon“. Ianya menggambarkan keadaan bulan ketika berlakunya gerhana bulan dan warna menjadi merah. Semalam ketika melihat bulan, saya tidak nampak akan “warna merah” pada bulan. Mungkin pada lokasi tertentu kita dapat melihat warna “blood moon” tersebut. Tetapi pada lokasi saya tidak. Hanya warna cahaya biasa. Lihat gambar dibawah.
Fenomena Gerhana Bulan “Merah Darah”
Oleh kerana saya mengetahui akan fenomena gerhana bulan ini lewat. Maka tiada kesempatan untuk saya membuat persiapan mengambil gambar yang lebih baik untuk fenomena gerhana bulan berdarah ini pada 8 Oktober 2014 lepas. Gambar diatas adalah gambar yang saya ambil ketika berlakunya gerhana menggunakan Samsung Galaxy S4. Ianya bukanlah kamera yang baik untuk menangkap gambar dengan imej yang jauh dan lebih berkualiti. Tetapi dari gambar kita masih boleh melihat bulan dalam keadaan separa penuh.
Gambar Bagaimana Fenomena Gerhana Bulan Terjadi dan Apa Itu Blood Moon
Sedikit penerangan tentang bagaimana fenomena gerhana bulan ini terjadi. Pada dasarnya kajian gerhana yang melibatkan matahari, bulan dan bumi ini ada dua iaitu Gerhana Matahari dan juga Gerhana Bulan. Dan kejadian fenomena gerhana yang terjadi pada waktu malam ini kita sebuat sebagai Gerhana Bulan. Ianya terjadi apabila BUMI BERADA DIANTARA MATAHARI DAN BULAN. Proses ini menyebabkan cahaya matahari tidak sampai kepada bulan secara penuh apabila bayang bumi menutupi bulan
Kenyataan Tarikh Gerhana Bulan Untuk Solat Majlis solat Sunat Gerhana Bulan
4 Comments
terlepas nak tengok. waa..
rugi ooo
Dapat ambil gambar bulan penuh semalam didalam cuaca jerebu.
bro ada post kat blog x