Entah kenapa, hati mula rasa hendak buat duit dengan YouTube. Walaupun saya tidak sehebat mana, tetapi saya dan anda pasti mengakui sendiri yang anda dan saya sebenarnya paling kurang sudah berjaya dan tahu untuk buat duit dengan iklan adsense, nuffnang, affiliate lazada dan lain lain affiliate. Namun pelik atau tidak, anda pasti bersetuju dengan saya, tidak ramai blogger Malaysia kita yang benar benar serius untuk jana pendapatan melalui kandungan video di YouTube. Kenapa? Dan sebab apa?
Kalau kita buka YouTube, kandungan bahan video luar negara sangat banyak. Dan kalau anda aktif men-subscribe channel di YouTube, anda pasti akan perasan banyak juga channel channel persendirian yang bagus untuk anda tonton mengikut kehendak anda. Tetapi berapa banyak channel video dari Malaysia yang anda perasan ada di Malaysia? Sangat sedikit bukan? Sudahlah sedikit, berapa banyak pula yang anda tahu mereka memang buat duit dengan YouTube? Pasti tidak tahu bukan?
Langkah Pertama Buat Duit Dengan YouTube
Disebabkan sedikit itulah sangat jarang atau hampir tiada bacaan dari blogger Malaysia yang berkongsi pengalaman dan pendapatan sebenar mereka dengan YouTube. Kalau material bahan seperti ini sangat kurang di dalam dunia blogger Malaysia, bagaimana untuk mengajak dan menarik minat blogger Malaysia untuk buat duit dengan YouTube betul? Pernah tidak anda terfikir mahu menjana pendapatan pasif melalui YouTube? Saya pasti ada di antara anda yang pernah terfikir akan hal ini.
Saya tahu, masalah umum yang melanda orang kita apabila diajak untuk buat duit dengan YouTube adalah berkenaan MAHU UPLOAD VIDEO APA??? Tidak ramai dari kita termasuk saya juga yang mampu merakam video sendiri. Ramai dari kita yang “penyegan” dan malu. Dan faktor lain adalah masalah tidak tahu hendak buat video apa. Masalah ini berpunca kerana kita terlalu fikir yang berat berat berkenaan masalah ini. Mahu buat video professional dan sebagainya. Sebenarnya video simple pun sudah cukup.
Saya mahu beritahu anda satu hal sahaja. Pasaran pemasaran video di Malaysia sangat kurang. Persaingan sangat rendah. Pemasaran di blog sudah ramai malah dikira sudah tepu. Peluang bagi kita semua untuk buat duit dengan YouTube dan memperbanyak material video berbahasa Malaysia di YouTube dan sudah tentu permintaan penonton video di kalangan orang Malaysia pun akan tinggi dan seterusnya kita berjaya jana income. Langkah pertama, mari dapatkan panduan dan rujukan untuk jana pendapatan bersama YouTube dengan klik link di bawah ini. Sekian
3 Comments
Tak pernah lagi main adsense sama ada di blog atau di youtube. Mungkin nanti nak cuba jugak.. 😀
boleh la tunjuk ajar sikit mcm mana nk dpt pasif income melalui youtube.. urgent!!
perbanyakkan video tuan, buat video yang orang akan cari dan tonton, lagi banyak video, lagi banyak income dapat