Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Kerja › Gaji Kerja Kilang Di Pulau Pinang (Penang)

Gaji Kerja Kilang Di Pulau Pinang (Penang)

Review By admin / 6 years ago — Kerja, Swasta

Salah satu negeri yang menawarkan peluang pekerjaan terbaik adalah negeri Pulau Pinang. Dan peluang pekerjaan bergaji tinggi adalah dalam bidang pekerjaan swasta. Dan sudah tentu majikan swasta dari luar negara khususnya dari eropah dan juga Amerika menawarkan tangga gaji yang agak menarik berbanding kilang swasta dari Malaysia atau Asia. Adakah gaji kerja kilang di Penang ini menarik? Bagi saya ianya sangat menarik dan tambahan pula kos sara hidup yang bagi saya lebih sedikti rendah berbanding di Johor Bahru atau Kuala Lumpur.

Saya adalah lulusan Diploma. Maka saya hanya akan berkongsikan dengan anda akan pengalaman gaji kerja kilang di Pulau Pinang ini untuk lulusan Diploma sahaja. Pertama sekali untuk lulusan Diploma iaitu graduan fresh, anda kena faham yang kebiasaannya gaji asas yang diberi adalah dalam lingkungan RM1300 hingga RM1600. Kalau anda dapat lebih dari itu, itu bermakna anda bernasib baik. Dan kena lihat juga apakah status kerja anda itu adakah permanent atau contract.

Contoh slip gaji kerja kilang di Pulau Pinang

Contoh slip gaji kerja kilang di Pulau Pinang

Gaji Kerja Kilang Di Penang

Jika anda mendapat kerja atau panggilan terus melalui kilang. Maka anda ada peluang mendapat status pekerjaan sebagai perkerja tetap (permanent). Tetapi ianya memerlukan anda melalui tempoh percubaan mungkin selama 3 bulan, 6 bulan atau 9 bulan. Dan jika kerja anda baik dan tiada masalah, anda akan ditukar dari pekerja contract kepada permanent. Dan kebiasaannya ada sedikit kenaikkan gaji dan anda akan mendapat manfaat (benefit) yang pekerja tetap dapat.

Bagaimana dengan kenaikkan gaji? Kenaikkan gaji kerja kilang kebiasaannya akan naik setahun sekali. Setiap kilang berbeza bulan manakah kenaikkan gaji itu berlaku. Seperti di kilang saya, kenaikkan gaji dibuat pada setiap bulan September setiap tahun. Kenaikkan gaji tertinggi adalah sebanyak 5% dan paling rendah sebanyak 1%. Ada juga kilang di Penang yang memberikan kenaikkan gaji tahunan maksimum 10%. Bergantung jenis kilang. Seperti kilang saya, walaupun kenaikkan maksimum hanya 5%, tetapi pekerja bertaraf diploma pada bulan March setiap tahun akan diberikan “profit sharing” sebanyak 70% dari gaji asas pekerja tersebut. Itu belum lagi bonus tahunan 1 bulan gaji pada setiap hujung tahun.

Itu adalah tentang naikkan gaji kerja kilang di Penang yang biasa saya lihat dan pernah saya lalui. Kenaikkan gaji yang lain pula adalah dengan cara berpindah kilang. Anda mungkin mendapat tawaran kerja dari kilang lain. Maka anda boleh memilih samada untuk “counter offer” pada bos anda sekarang untuk mendapat kenaikkan gaji atau pergi kepada kilang yang lain yang menawarkan anda kerja. Kenaikkan gaji jika berpindah kilang selalunya memberikan anda peluang kenaikkan gaji lebih cepat dan tinggi. Ianya sesuatu yang biasa kalau gaji anda RM1500 menjadi RM1800, kemudian menjadi RM2200, kemudian RM2600 atau lebih jika anda pindah kilang lain. Saya harap perkongsian ringkas berkenaan gaji kerja kilang Penang ini menarik buat anda. Sekian.

Related posts:

Antara Kilang Gaji Mahal Yang Ada Di Pulau PinangCara Mencari Kerja Kilang Gaji Mahal Di Penang Menerima sepucuk surat berkenaan kenaikkan gaji tahunanBerapakah Kenaikkan Gaji Tahunan Jika Kerja Kilang Jabil adalah salah satu kilang di Pulau Pinang yang terbaikSenarai Kilang Di Pulau Pinang Yang Popular

bentuk gaji kerja kilang berapakah gaji kerja kilang gaji kerja kilang gaji kerja kilang Penang gaji kerja kilang Pulau Pinang kenaikkan gaji kerja kilang slip gaji kerja kilang

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

User Reviews and Comments

  1. biskut marie says
    14/11/2016 at 4:48 pm

    Jadi gaji anda yang terakhir RM2600. Wow.!!

    Reply
    • admin says
      14/11/2016 at 6:35 pm

      hehe, pandai pandai lah kira

      Reply
  2. Xoxo says
    14/08/2019 at 6:19 pm

    Boleh share kerja kilang mana?

    Reply
    • admin says
      17/08/2019 at 8:57 pm

      Venture Electronics

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in