Apa sebenarnya Public Mutual ini? Begini, anda sebenarnya boleh sahaja untuk terus membeli saham saham syarikat di Malaysia yang anda mahukan. Anda boleh menjana keuntungan melaluinya. Saya pasti anda setuju dengan asas pelaburan iaitu anda melabur dengan tujuan untuk mendapat untung dan meningkatkan hasil dari pelaburan awal anda. Tiada siapa yang mahu rugi. TETAPI adakah anda tahu akan cara yang betul dan pasti yang anda boleh berjaya mendapat untung. Adakah anda pasti anda tidak akan rugi. Pelaburan ada untung pasti ada rugi.
Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah jika anda tiada ilmu di dalam mana mana prospek pelaburan, adakah apa yang anda buat itu betul? Boleh jadi anda bernasib baik anda mendapat untung. Tetapi pelaburan tanpa ilmu itu adalah sesuatu yang berisiko tinggi. Kalau anda telah belajar dan mempunyai ilmu pelaburan yang baik, maka silakan menguruskannya sendiri. Bagaimana jika anda tiada apa apa ilmu? Di sinilah terletaknya peranan Public Mutual ini untuk anda.
Pelaburan Mudah Dengan Public Mutual
Kenapa dengan Public Mutual? Antara tujuan penubuhan Public Mutual adalah dengan memberi anda peluang untuk melabur dengan cara membeli unit saham melalui Public Mutual sendiri. Maksudnya, anda membayar kepada Public Mutual dan pihak Public Mutual lah yang akan membuat kajian, selidik, mengkaji unit dana, prestasi dana dan sebagainya dan akhirnya membuat pelaburan dengan niat untuk meningkatkan keuntungan. Secara mudahnya, Public Mutual ini ibarat orang tengah yang berpengalaman dan professional yang membantu kita untuk membuat pelaburan dengan betul dan selamat. Kita perlukan pakar untuk menguruskan wang kita. SETUJU?
Buka Akaun Dan Pelaburan Minima Public Mutual
Untuk memulakan pelaburan melalui Public Mutual, anda dikehendakki membuka akaun dengan wang pelaburan sebanyak minima RM1000 (wajib). Dan selepas itu anda boleh dengan “rela” atau “paksa” untuk membuat pelaburan tambahan sebanyak minima RM100 sebulan. Apa makna rela dan paksa yang saya maksudkan. Rela bermaksud ikut suka anda bila masa anda mahu membuat pelaburan tambahan (minima RM100) pada mana mana bulan yang anda suka ibarat anda mahu menyimpan. Paksa pula bererti anda telah menandatangani perjanjian yang memestikan anda melabur minima RM100 setiap bulan. Rela dan paksa hanya term yang saya sendiri gunakan sahaja.
Risiko Pelaburan
Berbaloikah membuat pelaburan dengan Public Mutual? Kita mesti RELEVEN dan OBJEKTIF yang mana mana pelaburan pasti ada untung dan rugi. Perkara ini harus diterima kerana ianya adalah hakikat. Tetapi berdasarkan reputasi, pelaburan melalui Public Mutual adalah dari jenis risiko rendah “Low Risk”. Dengan kata lain, majoriti pelaburan adalah positif dan mencatatkan keuntungan. Yang berbeza adalah samada dividen yang anda terima itu tinggi atau rendah. Itu sahaja. Dividen berdasarkan track record mencatatkan keuntungan dividen sebanyak 9% – 12%.
Public Mutual Untuk Orang Islam
Adakah pelaburan melalui Public Mutual ini HALAL? Pelaburan melalui Public Mutual mempunyai 2 kategori dan sudah tentu salah satunya adalah “Syariah Compliant”. Dan sudah tentu ianya memberikan peluang buat individu yang beragama Islam untuk membuat pelaburan tanpa was was. Contoh pelaburan yang halal menerusi Public Mutual adalah seperti di atas ini. Ianya menunjukkan sebilangan syarikat terbesar di mana wang di laburkan. Jangan risau, maklumat pelaburan didedahkan supaya anda sendiri tahu dimana wang anda dilaburkan.
Bagaimana untuk memulakan pelaburan bersama Public Mutual? Anda seharusnya mencari agen dikawasan berdekatan dengan tempat anda untuk memudahkan urusan. Bagi anda yang tinggal di Penang, saya ingin memperkenalkan kepada anda akan rakan saya yang menjadi wakil Agen Public Mutual untuk menguruskan pendaftaran pelabur baru bagi kawasan di Pulau Pinang ini. Tidak kisah samada anda ingin masuk terus atau hanya ingin mendapatkan maklumat terlebih dahulu tidak mengapa. Tiada paksaan kepada anda. Jika anda berminat, anda boleh menghubungi rakan saya melalui maklumat dibawah ini untuk temujanji masa dan tempat. Katakan anda mendapat maklumat dari (Wan – MyRujukan) untuk lebih mudah dikenali. Selamat melabur.
Nama Agen Public Mutual (Kawasan Penang) – Siva Neson
No Tel – 0125976467
Official Website : http://www.publicmutual.com.my/Home.aspx
18 Comments
Bagus ye public mutual ni. Tak pernah dengar pula. Kalau nak melabur dengan risiko yang rendah, saya fikir Public Mutual adalah jalan yang terbaik.
cara mencegah sakit sendi
memang betul..sebagai pelanggan public mutual saya mengakuinya!
Thanks di atas penerangan, Sedikit sebanyak tahu tentang public mutual., nak masuk ni kena ada ilmu yang banyak pasal pelaburan.
Pelaburan public mutual kelihatan seperti mudah.. kalau yang tak mampu nak melabur ratus-ratus ribu boleh la start dgn yang macam ni kot..
saya dah melanggan public mutual patuh syariah sejak 5 tahun lepas..duit yang dilaburkan terus dilabur tanpa perlu saya mengambil sebarang Dividen..
public mutual ni, ada dana yg bagi insuran sekali yer.
Salam.. Sy berminat nk tahu lbh lanjut pasal public mutual ni.. Thanks atas maklumat diatas..
Salam Nurul. Nurul duduk mana ya. Maksud saya, Nurul duduk Pulau Pinang ker? Kalau Penang, boleh terus jumpa kawan saya, nanti saya susun masa untuk Nurul
Aku ada invest.. Tapi dah keluarkan semua masa nak kahwin hari tuh.. Hehe.. Simpan dari zaman bljar
dah lama ke jadi agent….ikut pengalaman saya promosi dlm talian adalah menjadi satu kesalahan dan boleh di ambil tindakan….lebih2 lagi direct guna nama company….sekadar mengingatkan sebab dah ada yang terkena.
Thanks For Sharing i am not understand your words and lagnauge but Comments for as blogger :p
Public mutual memang menguntungkan untuk jangka masa panjang. Ada duit lebih masuk sana.
Allhamdullilah dapat lah sikit-sikit buat duit simpanan hari tua…
11.81% pulangan setahun adalah baik berbanding dengan skim simpanan yang lain. Akan hubungi agent
11.81% pulangan setahun Adalah baik berbanding skim simpanan yang lain. Akan hubungi agent .tk
Boleh saya tahu objective untuk penubuhan public mutual??
Salam Eika, pasal objektif MAAF saya kurang pasti sebab saya bukan agen. Tetapi dari apa yang diberitahu dan apa yang saya faham adalah Public Mutual memberi peluang kepada kita untuk melabur dalam pelaburan saham tetapi melalui pihak mereka. Senang cerita mereka panggil pakar pelaburan yang uruskan pelaburan tersebut. Kurang risiko berbanding kita yang terus pergi labur dalam saham
hye admin, saya just nak tahu sama ada dividen setiap tahun tu boleh ambil ke tak untuk kegunaan diri ataupun kene ambil semua sekali??