Setahun yang lalu saya pernah menuliskan pengalaman saya pertama kali membeli aircond rumah dari brand Panasonic. Dan kini setelah 1 tahun berlalu, saya ingin kongsikan pengalaman saya menggunakan penghawa dingin Panasonic ini. Jadi anda paling tidak akan mendapatkan sedikit review jujur dari saya tentang jenama ini samada terbaik atau tidak. Namun review ini subjektif ya kerana ianya bergantung kepada model. Brand jenama mungkin sama tetapi model siri berbeza maka pengalaman menggunakannya juga pasti berbeza. Jelas ya.
Ketika membeli penghawa dingin Panasonic dari model CS-PV9TKH dan berharga RM999 ketika itu iaitu setahun lalu. Dan model ini mempunyai kuasa sebanyak 1HP dan dari siri non-inverter. Niat hati pada awal awal pembelian adalah mahu gunakan aircond pada waktu tidur antara pukul 10 malam ke 6 pagi sahaja. Itu adalah niat awal dan saya sendiri pertama kali membeli dan menggunakan penghawa dingin di rumah. Namun perlaksanaan tidak seperti apa yang saya rancangkan.

Review penggunaan penghawa dingin Panasonic selepas setahun
Review Penghawa Dingin Panasonic
Saya mula membuka aircond pada pukul 9 malam dan akan terus membuka dan membiarkan ianya berjalan sampai siang hari kalau saya tidak bekerja. Kerap juga membiarkan aircond terpasang sampai jam 6 petang dan baru tutup suiz. Dan bila malam, buka semula. Kalau waktu siang tiada sesiapa di rumah baru tutup suiz. Inilah rutin pengguna aircond di rumah kami. Mudah cerita, kami sentiada buka bila kami ada di rumah.
Untuk pengetahuan anda, penghawa dingin Panasonic kami dipasang di bilik utama dan pintu bilik memang tidak pernah ditutup. Dengan gaya penggunaan aircond seperti ini, berapa agaknya bil elektrik rumah kami? Ketika ketiadaan sistem penghawa dingin rumah, bil elektrik secara bulananya adalah dalam lingkungan RM50 sebulan. Ketika sudah ada penghawa dingin, bil elektrik menjadi RM90-RM120 sebulan. Boleh dikatakan bil elektrik naik sekali ganda.
Bila saya sendiri menghadapi keadaan di mana bil elektrik melambung naik tinggi seperti ini. Barulah kita boleh faham kenapa ada sesetengah rumah orang lain yang “mampu” kena bayar bil elektrik sangat tinggi seperti RM300, RM500 atau lebih dalam sebulan. Anda lihatlah berapa biji aircond yang mereka pakai dan pasang. Ada logiknya kenapa bil elektrik mereka melambung tinggi.

Aircond rumah berkualiti dan senyap dari Panasonic
Website Online Shopping Popular Malaysia
- Shopee – website online shopping popular di Malaysia
- Lazada – website online shopping paling popular di Malaysia
Ada satu benda yang hendak saya kongsikan. Bila bercakap tentang servis aircond. Sampai saat ini saya dapati yang kesejukkan penghawa dingin Panasonic rumah saya masih lagi sejuk tanpa masalah walaupun sudah setahun. Akan tetapi rasa angin dari kipas aircond terasa seperti sedikit kurang. Hal ini kerana kipas iaitu blower aircond sudah berhabuk dan perlu diservis. Apa yang boleh saya kongsikan adalah, aircond rumah boleh diservis untuk 1 tahun sekali. Biasanya servis akan membersihkan kipas aircond dan tambah gas aircond agar tetap sejuk.
Review jujur dari saya selepas setahun menggunakan penghawa dingin Panasonic model CS-PV9TKH ini adalah saya sangat berpuas hati. Saya berikan skor markah sebanyak 8.5/10. Cumanya di dalam kes saya yang menggunakan aircond dengan kerap yang menyebabkan bil elektrik naik tinggi, saya dan anda sepatutnya memilih penghawa dingin rumah dari jenis “Inverter” untuk mendapatkan lebih penjimatan pengunaan tenaga elektrik. Itu sahaja. Lain lain semuanya ok. Panasonic terbaik. BYE!!!.
Leave a Reply