Saya sudah beberapa kali menggunakan produk keluaran jenama Xiaomi terutamanya produk smartphone dan juga powerbank. Dan sepanjang menggunakan produk barangan keluaran Xiaomi semuanya adalah baik dan berkualiti. Beberapa hari lepas terbaca satu artikel berkenaan teknologi yang pihak Xiaomi ada bekerjasama dengan satu jenama untuk menghasilkan mesin gunting rambut. Tertarik dengan iklan tersebut, saya terus membelinya dan tujuan utama adalah untuk kegunaan saya sendiri dan juga mahu gunting rambut bayi iaitu anak saya.
Kenapa saya hendak membeli mesin gunting rambut? Sebenarnya saya sendiri berminat hendak membeli mesin gunting rambut sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) lagi. Ketika itu adalah kali pertama saya tidak memotong rambut dalam tempoh yang agak lama. Ada cuba menyuruh isteri menggunting rambut saya menggunakan gunting rambut dan hasilnya tidak memuaskan. Orang lelaki mahu memotong rambut kerana mudah berasa rimas lagi lagi kalau rambut sudah agak panjang atau tebal.

Hair Cutter Enchen Versi HummingBird
Pengalaman Gunting Rambut Bayi Dengan Hair Cutter Enchen Xiaomi
Dan sejak PKP itulah saya mula merasakan yang setiap rumah memang patut kena ada mesin gunting rambut yang mudah alih (portable). Dapatkan yang kecil pun sudah memadai. Kalaulah berlaku perintah kawalan pergerakkan lagi, semua kena duduk rumah semula, memang masing masing orang lelaki akan cepat panjang rambutlah. Jenama mesin guntung rambut ini adalah ENCHEN dan saya belinya di Shopee dengan harga RM39.00 sahaja. Memang murah. Ianya dari jenis mudah alih (portable). Murah, mudah dan bersaiz kecil. Sangat sesuai untuk anda yang mahu menggunting rambut bayi anda. Cubalah.

Rambut anak sebelum potong rambut
Rambut anak saya yang berumur 10 bulan sudah panjang. Sebelum ini saya memang tercari cari sebuah alat mesin potong rambut yang kecil dan sesuai baby dan untuk kanak kanak. Dan model ENCHEN ini memang kena dengan spesifikasi yang saya mahukan. Bukan apa, kalau besar yang jenis mahal dan berat, kuasa getaran (vibrate) mungkin kurang disukai oleh budak kecil bawah 2 tahun. Biasanya kalau bersaiz kecil ini kuranglah kuasa getaran walaupun masih ada rasa getaran tersebut. Jadi tiadalah masalah kalau hendak potong rambut anak di rumah sendiri.

Kepala baby selepas gunting rambut bayi dengan mesin Enchen Xiaomi
Dan semalam saya sendiri baru pertama kali mencuba untuk memotong rambut anak saya (10 bulan) menggunakan mesin gunting rambut Enchen Xiaomi ini dan hasilnya memuaskan. Ianya mampu gunting rambut bayi dengan baik tanpa masalah. Mata pemotong rambut tajam dan memotong dengan lembut. Jadi saya dapat memotong rambut anak saya dengan mudah dan cepat. Saiznya yang tidak terlalu besar memudahkan lagi proses memotong rambut baby. Terbaiklah Xiaomi.

Xiaomi Enchen Hair Clipper boleh anda beli di Shopee
Website Online Shopping Popular Malaysia
Bagaimana cara saya gunting rambut bayi menggunakan mesin gunting rambut dari Enchen Xiaomi ini? Saya bukan pakar. Malah tiada pengalaman pun menggunting rambut orang. Hanya berdasarkan pengalaman menggunting rambut sendiri di kedai gunting rambut. Biasanya mereka akan gunakan sikat rambut untuk dijadikan sebagai ukur ketebalan dari kulit kepala. Jadi saya gunakan konsep yang lebih kurang sama sahaja. Cumanya saya gunakan sikat rambut baby lah sebab lebih kecil dan nipis.
Lihat saya gambar dan juga video yang saya kongsikan di atas ini. Biasanya bayi 10 bulan, bukan reti duduk diam diam. Jadi agak susah juga lah untuk kita gunting rambut mereka. Cumanya kitalah kena tabah dan cari cara macam mana hendak gunting rambut bayi dengan mudah dan cepat. Kena pandai teknik sebagai ibu dan ayah. Cuba belajar untuk tarik perhatian mereka kepada siaran kartun di tv misalnya. Jadi dapatlah menyebabkan mereka fokus dan pandang ke hadapan. Jadi mudahlah sikit proses untuk potong rambut mereka. Selamat mencuba.
Leave a Reply