Nampak sudah sampai masa kena tukar alternator baru untuk kereta Perodua Viva saya ini. Bila start engin jer terus keluar nyalaan lampu bateri. Kalau terus pakai dan abaikan boleh menyebabkan bateri kereta cepat habis. Mahu tidak mahu memang kena ganti alternator yang baru. Untuk pengetahuan anda yang alternator ini berperanan dan berfungsi PENTING dalam kenderaan kerana ianya mewakili peranan untuk mengawal aliran arus elektrik yang stabil dalam kereta. Jadi kalau tiada duit hendak mendapatkan alternator yang ori, dapatkan alternator recon pun sudah memadai buat seketika.
Secara umumnya, saya bukanlah seorang yang tahu tentang kereta. Jadi saya tidak tahu akan apa itu “Recon”. Apa yang saya faham “ori” bermaksud yang asli dan “recon” bermaksud bukan ori dan berharga lebih murah. Dan oleh kerana kekurangan bajet akibat banyak wang mengalir keluar di bulan ini, saya menerima cadangan untuk menggunakan alternator recon untuk mengganti alternator yang telah rosak ini.
Harga Alternator Recon Yang Baru
Proses untuk menukar alternator lama kepada alternator recon tidak lah lama. Ianya hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Mungkin anda berasa lama untuk 1 jam ini. Ini kerana sebelum hendak menukar alternator yang baru, bengkel kereta terpaksa membiarkan kereta rehat buat sementara kerana mahukan engin dan komponen kereta termasuk alternator menjadi sejuk. Ini kerana ketika anda sampai ke bengkel, semua komponen berdekatan engin sangat panas. Jadi susah untuk membuka alternator ketika panas. Harap anda faham.
Setelah siap semuanya. Saya bertanyakan kepada pemilik bengkel. Apakah jenis alternator yang digunakan pada kereta Perodua Viva 850cc saya. Jawapan yang diberikan adalah, mereka menggunakan alternator recon. Mereka mengatakan, kalau pemilik kereta tidak bertanya mahukan alternator jenis yang bagaimana, mereka akan memberikan yang recon sahaja kecuali sebaliknya diatas permintaan pemilik kenderaan.
Website Beli Barang/Produk Aksesori Kenderaan
- Lazada – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk, barang dan aksesori kereta di sini
Harga alternator recon siap pasang termasuk upah hanyalah berharga RM260 sahaja. Tetapi jika anda mendapatkan alternator original seperti jenama Denso, maka anda perlu menyediakan wang sekurang kurangnya RM400 – RM500 sebagai persediaan. Namun begitu, dunia bengkel kereta banyak yang kaki menipu. Anda bayar harga original tetapi mereka berikan anda alternator recon. Nasib anda tidak baik. Kalau anda tidak mahu ditipu dan mahu tahu selok belok dunia kenderaan, apa kata dapatkan panduan di bawah ini. Selamat mencuba.
3 Comments
Huhu…kereta viva saya ada ke tak menda ni ekk?macam tak ada jer..tak perasan pulak sebelum ni..
mestilah ader bro, hehe
salam tn. nak tanya pasal tanda alternator bermasalah/rosak. sebelum ini dah 3 kali perasan lampu bateri menyala. so memang syak la alternator rosak sebab bila cabut bateri enjin mati. tapi bila start balik selepas 2/3 minit gitu (lampu bateri masih nyala) lepas tekan minyak je lampu bateri padam. try la cabut bateri lagi tak mati plak enjin. lampu bateri tak menyala lagi walaupun dah hidup.matikan enjin. cuma sekarang ni perasan lampu bateri nyala bila lepas sehari tak hidupkan enjin. saja biarkan kot-kot padam lampu tu tapi tak juga lepas tekan minyak sikit terus padam lampu bateri.
alternator nak rosak ke atau carbon brush dh haus atau masalah connection pada bateri? belum cek lagi sebab takut kena tipu. sebelum kena tipu baik ambil tau dulu…