Saya pernah menulis artikel tentang pengalaman saya memohon dan membeli rumah Pr1ma Permatang Pauh di Pulau Pinang. Dan bila pihak pemaju menyatakan yang proses projek rumah tersebut sudah siap 95%, maka ramailah pembeli rumah yang sudah membeli berkira kira tentang kos kos yang perlu dikeluarkan ketika mendapat serahan kunci nanti. Dan antara yang dibincangkan sesama pemilik rumah Prima ini adalah berkenaan kos untuk membuat kabinet dapur. Adakah murah atau mahal. Kalau ada yang murah, buat dengan siapa dan dari mana.
Yang menariknya, ahli ahli pembeli rumah Pr1ma telah membuat group di Whatsapp dan juga Telegram. Jadi ramailah ahli yang berbincang sama sendiri. Isu utama yang dibincangkan adalah berkenaan design reka bentuk kabinet itu sendiri dan isu kedua adalah berkenaan kos harga. Biasalah, kalau ada yang murah sudah tentu mahukan yang lebih murah. Cumanya kalau boleh dapat yang berkualiti dan design rekaan pun cantik. Mahukan kualiti material yang tahan lama. Biasanya orang macam inilah. Bukan semua orang ada duit dan modal yang besar.
Harga Kabinet Dapur Rumah Yang Murah
Jadi pada beberapa minggu lepas saya berkesempatan untuk melawat 2 kedai yang menyediakan servis perkhidmatan mereka bentuk kabinet dapur. Kalau dulu biasa sangat dengar yang kos untuk membuat kabinet untuk dapur ini hanya dalam RM6K lebih sahaja. Sekarang rata rata paling murah pun mesti RM8K. Itupun paling murah. Kalau hendak dapatkan rekaan dan material yang dikatakan lebih baik memang harga menjadi RM9K-13K lah. Memang mahal. Tetapi kedai seperti ini menawarkan khidmat yang professional menurut saya. Jadi harga seperti ini adalah biasa. Kenapa?
Jujur cakap, orang dulu buat kabinet dapur guna khidmat tukang buat rumah yang biasa sahaja. Ala yang pandai buat rumah, simen batu, plaster syiling dan sebagainya. Jadi sudah tentulah mereka pandai untuk membuat kabinet dapur juga. Asalkan ada design, cakap hendak macam mana, guna material apa, lepas itu siap. Itu sahaja. Tidak ada pelan reka bentuk yang canggih canggih. Dan memang tidak menggaji juru reka bentuk designer yang perlu bayar kos upah mereka yang mahal pun. Jadi tidak hairan kalau murah. Boleh sahaja. Asalkan khidmat mereka terbaik.
Cumanya di dalam kes seperti kedai kedai yang menawarkan servis mereka bentuk pelan kabinet dapur yang professional ini, mereka menggajikan juru reka bentuk yang pakar. Mereka membayar gaji yang mahal untuk mereka yang pandai guna software reka bentuk pelan rumah. Software ini memudahkan urusan mereka untuk mereka bentuk kabinet dapur dengan mudah. Selepas siap mereka bentuk, kita sebagai pelanggan pun berpuas hati, maka kita perlu pilih pula material yang akan digunakan untuk membuat kabinet dapur itu nanti. Jadi sudah tentulah kos seperti ini sedikit mahal.
Kalau tanya saya, berbaloikah mengupah mereka yang professional ini? Jawapan saya berbaloi dan bergantung kepada bajet anda juga. Ada bajet besar, boleh guna khidmat mereka yang professional ini. Sebab biasanya khidmat yang professional dari kedai seperti ini pasti akan menawarkan kualiti yang baik dan juga jaminan kerosakkan dalam tempoh tertentu. Jadi ada rasa selamat juga kalau ada masalah ketika masa jaminan warranty diberikan. Setuju?
Website Untuk Beli Produk Keperluan Rumah
- Lazada – anda boleh mencari produk barangan keperluan rumah di sini
- Shopee – anda boleh mencari produk barangan keperluan rumah di sini
Khidmat “orang kampung” pun boleh. Sudah tentu lebih murah. Mereka buat kabinet dapur berdasarkan pengalaman mereka. Kalau anda boleh dapatkan khidmat orang kampung yang telah lama membuat kerja kerja kabinet dapur dan pelanggan ramai berpuas hati, maka tidak salah pun guna servis mereka. Malah kita akan dapat sebuah kabinet dapur yang murah, cantik dan berkualiti juga. Cumanya kena risik risiklah siapa bekas pelanggan mereka. Kalau mereka kata ok, maka oklah.
Setuju tidak kalau saya katakan yang “harga” adalah perkara yang subjektif. Modal bajet masing masing. Akan tetapi design reka bentuk kabinet dapur boleh anda dapat idea di IKEA atau di HomePro. Selepas anda mendapat idea bagaimana rupa bentuk kabinet yang anda mahukan, barulah anda guna khidmat orang kampung atau juru reka bentuk professional untuk membuat kabinet dapur idaman anda. Saya pernah ke butik design kabinet dapur rumah di Kubiq Penang. Ok juga. Anda boleh cuba ke sana kalau berminat.