Salam. Sepanjang berblogging ini pasti ramai blogger yang telah menjana hasil dari jualan produk digital iaitu eBook. Tetapi ada satu persoalan yang bermain di minda saya adalah kenapa tidak saya hasilkan sendiri produk eBook. Sebenarnya buah fikiran untuk memiliki ebook sendiri telah lama difikirkan iaitu apabila melihat blogger Hairul yang mempunyai beberapa ebook milik beliau dan beliau adalah blogger sepenuh masa. Bukanlah cita cita saya untuk menjadi blogger sepenuh masa tetapi melihat rakan mampu membuat duit hasil dari ebook. Maka dari situ niat untuk menghasilkan ebook sendiri tercetus.
Hasrat untuk memiliki ebook sendiri tertunda banyak kali lantaran beberapa sebab iaitu tidak mempunyai idea dan juga tidak tahu cara untuk membuat ebook itu sendiri. Setelah membuat kajian, dengan tidak berpandukan pertolongan dari sesiapa, saya merasakan proses untuk membuat ebook sehinggalah mempunyai sistem “opencart” nya yang tersendiri agak susah dan complicated. Tetapi nasib agak baik apabila rupa rupanya sistem “Ashadee” mempunyai sistem opencart mereka sendiri. Kepada yang tidak mahu pening pening, kita boleh menggunakan sistem pembayaran dari Ashadee itu sendiri. Cumanya kita perlu membayar sedikit komisen kepada Ashadee apabila terdapatnya jualan ebook.
Pendapatan Melalui eBook Sendiri
Untuk permulaan, pengalaman di dalam dunia blogging dan berhasil mendapatkan jualan dari ebook melalui blog membuatkan saya terfikir untuk membuat ebook tentang affiliate. eBook sendiri yang pertama ini tidak perlu terlalu susah. Cukup dengan berkongsikan akan pengalaman diri sendiri akan bagaimana saya membuat jualan ebook melalui blog. Saya pun tahu diluar sana ramai blogger seperti saya yang “dulu” yang “blur” dan tidak faham langsung akan apa itu affiliate. Jadi disini, ebook Panduan Asas Affiliate ini diharap dapat membantu newbie diluar sana tentang affiliate.
Alhamdulillah, sejak menjadi advertiser lebih kurang 2 minggu yang lalu. Semalam adalah kali pertama mendapatkan hasil jualan dari eBook sendiri iaitu sebanyak 2 jualan. Satu kepuasan yang cukup memuaskan. Dan perlu diketahui yang 2 jualan ebook itu bukan dari saya tetapi dari 2 blogger yang berlainan. Terima kasih kepada mereka kerana sudi mempromosikan ebook saya.
Secara ringkasnya, ebook sendiri yang saya buat adalah bertajuk Panduan Asas Affiliate. Ianya pengenalan asas tentang affiliate itu sendiri. Dituliskan seringkas yang boleh untuk mudah difahami TERUTAMANYA untuk blogger baru (newbie). Dan Panduan Asas Affiliate ini juga menfokuskan kaedah untuk membuat jualan produk digital hanya dari blog. Secara mudah ianya sebuah panduan affiliate yang bagus untuk blogger baru tentang cara membuat duit dari blog mereka menggunakan produk affiliate.
Dan kepada blogger lama atau baru yang berhajat untuk mempromosikan ebook saya iaitu Panduan Asas Affiliate bolehlah berbuat demikian dengan melawat Ashadee. Produk ebook saya ada disana. Saya rasa inilah kepuasan tahap yang seterusnya dengan memiliki ebook sendiri. Terima kasih rakan rakan..
11 Comments
hoho. lepas ni banyak dah salesnya.
hang lagi banyak titan
Hohoho.kira heibat dah ni bila bleh buat ebook sendiri.
tahniah
mak lagenda pun boleh
Tanniah sudah mendapatkan hasilnya.
Kenapa bro tidak mengunakan sistem affiliate menguruskan urusan pembelian dan agen affiliate?
saya ada buat tetapi gagal dan error
aminnn
Tahniah, lepas ini boleh makan cendol banting puas-puas 😉
tahniah bos! tulis sekali je In Shaa Allah untung dia berkali-kali boleh dapat ni
jom la bro Sabree tolong promote