Saya berpengalaman menggunakan banyak penyedia web hosting terbaik di Malaysia ini. Akan tetapi pada kali ini saya hanya ingin berkongsi akan 2 penyedia web hosting yang bagi saya terbaik di Malaysia ini berdasarkan pengalaman sendiri. Dan saya pasti akan ada 2 jenis orang yang matlamat mereka berbeza antara satu sama lain. Oleh sebab inilah saya akan memperkenalkan hanya 2 sahaja web hosting pada kali ini untuk tatapan dan maklumat bersama bagi yang berminat hendak membuat blog baru dengan domain berbayar.
MURAH & PRAKTIKAL – Pelanggan web hosting yang pertama selalunya adalah dari kalangan orang yang baru dan pertama kali hendak membuat blog. Mungkin beliau ada pengalaman menulis blog tetapi menggunakan blogspot yang percuma. Dan kini mahu beralih kepada domain berbayar. Atau memang dari kalangan yang tidak tahu apa apa tentang dunia blog tetapi mahu terus guna dan beli domain berbayar. Selalunya pengguna di dalam kategori ini menginginkan sebuah penyedia web hosting yang murah dan praktikal.
2 Senarai Hosting Terbaik Di Malaysia
MAHAL SEDIKIT & PRESTASI CEMERLANG – Pelanggan dari jenis yang berikutnya ini pula menginginkan sebuah penyedia hosting yang agak hebat tetapi masih boleh dikira tidak terlalu mahal. Individu yang ingin menginginkan hosting yang agak baik ini adalah selalunya dari kalangan blogger yang mahu membuat website dengan tujuan yang agak khusus dan memerlukan sebuah hosting yang prestasi baik. Web hosting sebegini selalunya menyediakan ruang storan lebih besar, laju, support email yang pantas, bandwidth lebih besar, dan mempunyai reputasi down time yang baik. Bagi saya ini salah satu penyedia hosting terbaik di Malaysia yang ada.
INGAT! Apa yang saya cadangkan ini kedua duanya mengikut pengalaman peribadi adalah dari kalangan penyedia hosting yang baik. Murah tidak semestinya teruk dan sedikit mahal pula anda dapat apa yang anda bayar. Kenapa saya gunakan “sedikit mahal”? Ini kerana di Malaysia ada banyak lagi yang memberikan pakej yang sama tetapi jauh lebih mahal. Jadi apa yang saya paparkan ini adalah hosting terbaik di Malaysia yang berbaloi dengan pakej yang mereka berikan.
Perbandingan Antara Murah Praktikal Dan Sedikit Mahal – kedua dua pakej adalah pakej ASAS dari penyedia web hosting yang berlainan
Pakej Asas Dari Murah Praktikal (RM60 Setahun)
- 400 MB Storage Space
7 GB Monthly Bandwidth
1 MySQL Databases
200 Sub Domains
Pakej Asas Dari Mahal Sedikit (RM190 Setahun)
- 10 GB Storage Space
50 GB Monthly Bandwidth
5 MySQL Databases
Unlimited Sub Domains
Untuk pengetahuan anda. Hosting yang anda beli adalah lebih kurang sama dengan pakej anda beli pakej internet broadband. Apabila anda guna anda perlu tahu akan kuota bandwidth yang anda guna. Begitu jugalah sama dengan pakej hosting. Cumanya selalunya jarang berlaku habis bandwidth pada pakej hosting anda kecuali blog anda menerima trafik yang sangat sangat tinggi.
Jika anda lihat kedua dua pakej di atas. Apa yang anda nampak? Kedua duanya menawarkan pakej yang berlainan bukan? Kedua duanya ada kelebihan masing masing. Jika anda blogging seperti biasa maka anda perlu ambil pakej yang murah sahaja dan jika ada perlukan yang lebih advance, maka dapatkanlah pakej yang sedikit mahal kerana tawaran storage dan juga bandwidth yang besar.
Kedua duanya samada Murah atau Mahal adalah dari penyedia hosting terbaik di Malaysia. Sila klik pada link di bawah untuk memilih hosting yang anda mahukan samada mahal ataupun murah. Bergantung kepada keperluan anda;
Website Untuk Membeli Domain/Webhosting
- NetKL – syarikat penyedia hosting termurah di Malaysia
- ServerFreak – syarikat penyedia hosting popular di Malaysia
- Exabytes – syarikat penyedia hosting terkenal di Malaysia
- Bluehost – syarikat penyedia hosting popular luar negara
- Hostgator – syarikat penyedia hosting popular lua
Selepas anda pilih hosting yang anda mahukan dan telah membuat bayaran. Anda perlu memasang sendiri atau membuat sendiri website anda samada mahu guna sistem WordPress atau Blogspot. Selalunya penyedia hosting tidak membantu dalam hal ini. Anda sendiri kena lakukan. Anda boleh baca artikel ini iaitu Cara Install WordPress untuk panduan anda membuat dan mengaktif onlinekan website anda. Ada apa apa yang tidak faham anda boleh berikan komen dibawah untuk saya jawab. Saya harap dengan artikel panduan hosting terbaik di Malaysia ini dapat membantu anda membeli hosting yang dicadangkan sahaja dari review yang positif oleh ramai blogger. Sekian
Leave a Reply