Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Produk › Huawei Nova 4 Malaysia Versi 8GB RAM

Huawei Nova 4 Malaysia Versi 8GB RAM

Review By admin / 4 years ago — Produk, Smartphone, Teknologi

Isteri saya sudah lama menggunakan smartphone android dari brand Oppo sejak 3 tahun lalu dan ketika itu model Oppo F1 adalah antara yang hebat. Kenapa? Kerana ketika itu telefon pintar jenama Oppo sedang menggiatkan promosi mereka untuk memperkenalkan smartphone yang hebat dalam bidang “Selfie Expert”. Mudah cerita, kalau tangkap gambar selfie memang gambar akan menjadi cantik. Namun 3 tahun sudah berlalu. Dan urusan terkini sudah tidak dapat menampung kerja kerja terkini dan terpaksa beralih arah kepada Huawei Nova 4. Saya akan cerita sebab kenapa isteri saya menukar brand dari Oppo kepada Huawei pula.

Pengalaman menggunakan Oppo, ianya sebuah smartphone yang berkualiti. Kenapa? Kalau anda perasan, spesifikasi brand Oppo selalunya agak rendah tetapi dijual dengan harga lebih mahal dari pesaing yang lain dalam kategori spesifikasi. Mungkin “mahal” terletak dari kualiti binaan. Pengalaman isteri saya pakai Oppo F1 memang begitulah apa yang beliau rasa. Oleh kerana RAM hanya serendah 3GB, internal storage hanya 16GB, maka ianya mudah penuh dan tidak boleh melakukan apa apa kerja dengan lancar apabila storage penuh dan diminta untuk delete mana mana fail. Dan masalah “lag” sudah mula ketara.

Beli smartphone jenama Huawei di kedai

Beli smartphone jenama Huawei di kedai

Sebab Kenapa Beli Huawei Nova 4

Atas sebab itulah kenapa isteri saya ingin menukar smartphone yang lain. Dulu masa beli Oppo, daya tarikkannya adalah pada kamera. Sekarang mahu tukar brand yang lain yang kameranya juga adalah hebat. Maka calon pilihan adalah Huawei. Oleh kerana terpengaruh dengan iklan kamera power dari Huawei dari model yang menggunakan kanta “Leica”, maka isteri mula berminat hendak mendapatkan smartphone dari brand jenama Huawei pula. Namun oleh kerana bajet hanya dibawah RM2K, maka smartphone Huawei dengan spesifikasi tinggi dengan harga tersebut adalah Huawei Nova 4 sebagai piliha utama.

Pandangan hadapan Huawei Nova 4

Pandangan hadapan Huawei Nova 4

Leica? Untuk Huawei Nova 4 ini memang tidak ada. Namun Huawei Nova 4 ini di datangkan dengan spesifikasi kamera yang bagus juga sebenarnya. Dengan adanya 3 buah kamera di belakang sudah pasti tangkapan gambar dan video akan menjadi lebih baik. Kalau hendak banding dengan smartphone Oppo F1 yang sudah 3 tahun berlalu, rasanya memang sudah sangat sangat jauh kualiti tangkapan dan rakaman yang dihasilkan. Di bawah ini adalah spesifikasi Huawei Nova 4 yang isteri saya pilih.

Pandangan belakang Huawei Nova 4

Pandangan belakang Huawei Nova 4

Spesifikasi Huawei Nova 4 Malaysia

  • Saiz Skrin – 6.4 FullHD+
  • RAM / Internal Storage – 8GB + 128GB
  • CPU – Hisilicon Kirin 970 (10 nm)
  • GPU – Mali-G72 MP12
  • Rear Camera – 20 MP + 16 MP + 2 MP
  • Front Camera – 25 MP
  • Batttery – 3750 mAh
  • Kelebihan – USB type-c dan Fast battery charging 18W
  • Harga (Price) –  RM1849 (8GB RAM)

Kalau tidak silap saya, Huawei Nova 4 dijual dalam versi 6GB dan juga 8GB RAM. Tetapi entah kenapa kedai Huawei tersebut hanya menjual versi 8GB sahaja. Oleh kerana saya memang terlibat menghasilkan video di YouTube, fungsi Gyro-EIS memang saya suka pada telefon pintar ini. Ianya boleh menghasilkan rakaman video yang stabil.

Website Untuk Membeli Pelbagai Smartphone Termasuk Huawei

  • Lazada – ini adalah website rasmi (official) yang menjual smartphone Huawei
  • 11Street – ada banyak pilihan telefon pintar yang dijual termasuk model Huawei
  • Shopee – ada banyak pilihan telefon pintar yang dijual termasuk model Huawei

Saya sendiri menggunakan telefon pintar dari Xiaomi sehingga kini iaitu Xiaomi Mi 8 Lite. Sebab utama kerana spesifikasi yang hebat dengan harga yang mampu milik. Tetapi dengan penghasilan smartphone dari siri “Nova” ini memang mencabar Xiaomi. Anda boleh dapatkan telefon pintar dengan spesifikasi tinggi iaitu flagship dengan harga bawah RM2000.

Untuk tahun 2019 ini, trend smartphone adalah skrin bersaiz 6 inch ke atas. RAM minima 4GB, trend kamera hadapan iaitu kamera selfie hanya bersaiz lubang kecil, kamera belakang minima 2-3 kamera dan juga trend pengesan cap jari iaitu fingerprint di atas skrin smartphone untuk smartphone high-end. Kalau anda tanya saya, dengan harga mendekati RM2000, anda sudahpun mampu untuk mendapatkan telefon pintar dengan spesifikasi tinggi seperti Huawei Nova 4 ini. Bye.

Related posts:

Paparan hadapan GoPro Hero 7 Black EditionGoPro Hero 7 Black Edition Versi Malaysia Unboxing smartphone Xiaomi Redmi Note 5Smartphone Xiaomi Redmi Note 5 Malaysia Set Smartphone Xiaomi Mi 8 Lite versi MalaysiaKenapa Saya Memilih Xiaomi Mi 8 Lite Malaysia

Beli Huawei Nova 4 Harga Huawei Nova 4 Huawei Nova 4 Huawei Nova 4 8GB RAM Huawei Nova 4 Malaysia Spesifikasi Huawei Nova 4

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in