aS
f
a
a
IKHLAS DariKu Takaful
Apakah perlindungan yang ditawarkan? IKHLAS Dariku Takaful menawarkan manfaat perlindungan kematian iaitu fokus utamanya adalah pampasan kematian sahaja. Bolehlah kita klasifikasikan sebagai khairat kematian. Lebih kurang tetapi tidak sama. IKHLAS Dariku Takaful juga boleh di faham sebagai HIBAH iaitu hadiah buat keluarga yang tersayang.
5 Kelebihan IKHLAS DariKu Takaful
- Had perlindungan yang tinggi
- Insentif untuk 5 peristiwa kehidupan
- Bonus menunaikan fardu haji
- Bayaran kematian secara segera tanpa sebarang pertanyaan sebanyak 10% dari jumlah perlindungan asas untuk kes ADE (Accelerated Death Expense). Maksimum 10% adalah RM20K sahaja.
- Hadiah buat yang tersayang
Manfaat perlindungan kematian. Sekiranya berlaku kematian kepada orang yang dilindungi, 10% dari jumlah perlindungan asas akan dibayar kepada waris berdasarkan jenis kematian.
4 Jenis Manfaat Kematian IKHLAS DariKu Takaful
- Kematian akibat semua sebab : 10% X 100% jumlah perlindungan asas
- Kematian akibat kanser : 10% X 200% jumlah perlindungan asas
- Kematian akibat kemalangan : 10% X 300% jumlah perlindungan asas
- Kematian akibat menunaikan haji/umrah : 10% X 400% jumlah perlindungan asas
Contoh. Jumlah perlindungan asas yang anda langgan di IKHLAS Dariku Takaful adalah sebanyak RM200K. Jika anda sebagai orang yang dilindungi meninggal dunia akibat apa apa sebab, maka waris anda layak mendapat pampasan kematian sebanyak 10% X RM200K = RM20K.
Jika anda sebagai orang yang dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan, maka waris anda layak mendapat pampasan kematian akibat kemalangan sebanyak 10% X RM200K X 300% = RM60K. Jelas? Faham?
Produk IKHLAS DariKu Takaful juga ada menawarkan jenis ganjaran tunai seperti di bawah ini untuk 5 peristiwa besar dalam kehidupan kita. Sebab itulah produk ini dikenal sebagai produk yang menawarkan pampasan kematian dan juga hadiah buat yang tersayang.
5 Ganjaran Tunai Dari IKHLAS DariKu Takaful
- Berkahwin
- Kelahiran anak
- Membeli rumah
- Menunaikan haji
- Travel 5 buah negara
Bila Boleh Claim Ganjatan Tunai Dari 5 Peristiwa Kehidupan?
- Tuntutan Pertama : Sijil takaful mestilah telah berkuat kuasa selama 3 tahun
- Tuntutan Seterusnya : Berselang 2 tahun setiap ulang tahun sijil takaful
- Tuntutan hendaklah dibuat tidak lebih dari 1 tahun dari tarikh peristiwa hidup
- Jumlah setiap tuntutan adalah 10% dari jumlah sumbangan tahunan dan tidak lebih dari RM200
- Jumlah keseluruhan yang boleh dituntut adalah sebanyak RM2000 sepanjang tempoh sijil takaful
- Ganjaran tunai untuk menunaikan haji tidak ada tempoh menunggu. Hari ini daftar, terus boleh claim.
sdg
Produk IKHLAS DariKu Takaful ini menawarkan tempoh pelindungan maksimum selama 30 tahun ATAU sampai pada umur matang 70/80 tahun. Anda boleh pilih. Jumlah minima perlindungan adalah RM10K dan maksimum pula berdasarkan apa yang anda persetujui dari perlindungan asas yang telah saya kongsikan di atas tadi.
Cash Value Dari IKHLAS DariKu Takaful (Tabung)
- Dana Individu Perserta / Participant’s Individu Fund (PIF)
- Boleh ambil duit dari tabung saving anda
- Minima pengeluaran adalah RM1000
- Maksimum pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah baki minima sebanyak RM1000 dalam tabung PIF
- Cas pengeluaran adalah RM50
Manfaat dari pelan IKHLAS Dariku Takaful juga menawarkan KESEMUA sumbangan akan datang akan diberikan pengecualian (waiver) iaitu sumbangan yang akan datang akan terus dibayar sekaligus ke dalam akaun Dana Individu Perserta (PIF) dengan syarat sijil takaful mestilah berkuat kuasa jika orang yang dilindungi disahkan hilang upaya menyeluruh/kekal (HUMK) atau menghidap dari salah satu 35 penyakit kritikal. Dengan kata lain, pemegang polisi hilang upaya kekal atau menghidap penyakit kritikal, maka orang yang dilindungi tidak perlu lagi membayar sumbangan bulanan sehingga tamat tempoh polisi.
Umur kemasukkan untuk pelan IKHLAS Dariku Takaful ini adalah dari 17 tahun – 60 tahun. Tempoh perlindungan minimum adalah 5 tahun sehingga 70 tahun (maksimum).
sag
Hubungi Ejen Takaful IKHLAS
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta baru dan submit dokumen untuk loan bank.
Sebelum kita pergi lebih jauh, pertama sekali anda kena faham APA ITU HIBAH. Hibah merupakan manfaat takaful. Ianya adalah pampasan kepada waris yang diberikan hibah ketika pemegang polisi meninggal dunia. Hibah bermaksud juga bermaksud “HADIAH” atau “PEMBERIAN. Dengan kata lain, jika anda mahu berikan hadiah dalam bentuk pampasan kepada sesiapa sahaja samada waris atau bukan waris jika anda meninggal dunia, maka anda wajib kena pilih pelan hibah!!!. Dan salah satu pelan hibah takaful yang terbaik di Malaysia adalah dari Takaful Ikhlas.
Kenapa kena langgan pelan hibah takaful? Yang pertama ianya adalah wajib kena pilih pelan “takaful” kalau anda adalah seorang muslim Islam. Yang kedua ianya adalah sebagai usaha anda bagi memastikan jaminan perlindungan kewangan kepada waris atau bukan waris yang anda letakkan sebagai penerima. Ianya jelas bukan semua orang ada simpanan kewangan yang mencukupi jika berlaku apa apa musibah. Paling tidak, dengan melanggan hibah takaful, anda telah sediakan payung sebelum hujan kepada waris anda untuk mempunyai sumber kewangan ketika anda sudah tiada jika penerima hibah anda adalah waris anda sendiri.
Maksud Hibah dalam konteks Islam adalah, pemberian sukarela oleh seseorang individu kepada orang lain semasa hidupnya. Dalam konteks pengurusan harta, hibah sering digunakan sebagai cara untuk mengagihkan harta seseorang kepada waris atau orang lain yang diingini sebelum kematiannya. Dengan kata lain Hibah adalah berbeza dengan wasiat dan sudah tentu berbeza dengan pembahagian harta seperti faraid. Ramai yang keliru dengan 3 terma ini. Tidak mengapa. Saya akan jelaskan secara ringkas.
Ciri & Kriteria Hibah
- WAKTU PEMBERIAN : Semasa hidup
- HARI PEMBAHAGIAN : Tiada had bila hibah berlaku
- PENERIMA : Waris atau bukan waris
- PERSETUJUAN WARIS : Tidak perlu
Manfaat Hibah
- Pemberi hibah mendapat pahala. Hibah adalah pemberian hadiah kepada penerima
- Memudahkan urusan pembahagian harta sekiranya pemberi hibah meninggal dunia
- Membantu mengelakkan perselisihan tuntutan harta sesama waris
Perbezaan Hibah & Wasiat
Sebab Kenapa Langgan Hibah
- Penggantian pendapatan kepada waris sekiranya pemegang polisi hibah meninggal dunia
- Penyelesaian hutang oleh pemegang polisi jika meninggal dunia
- Penerima manfaat hibah mendapat secara mutlak tanpa perlu menunggu pembahagian harta secara faraid
- Tiada kos pengurusan yang besar dan lambat seperti pengurusan harta dalam bentuk faraid
- Tuntutan hibah oleh penerima adalah sangat pantas
Manfaat hibah paling besar adalah waris (penerima) akan mendapat pampasan apabila orang yang dilindungi polisi meninggal dunia. Ianya adalah aset yang paling mudah cair iaitu mudah ditunaikan untuk mendapatkan duit. Hasil duit pampasan dari hibah boleh digunakan dengan segera untuk tujuan melangsaikan hutang si mati, menyara anak yang masih kecil, atau untuk suri rumah yang tidak bekerja.
fy
a
sf