Kepada anda yang mahu membeli rumah. Ada beberapa perkara yang perlu anda lihat sebelum memilih untuk bersetuju dengan jenis pinjaman rumah dan kadar bayaran bulanan yang dikenakan kepada anda nanti. Ini adalah bagi memastikan anda mendapatkan kadar interest pinjaman rumah yang paling bagus dan seterusnya merendahkan komitment bayaran ansuran bulanan loan rumah anda. Kebanyakkan dari anda yang pertama kali membeli rumah pasti hanya bersetuju sahaja dengan apa apa cadangan dari pihak penjual rumah. Sebenarnya anda boleh menentukan sendiri jenis loan rumah anda dari bank yang mana.
Jika anda seorang muslim, sila pastikan yang pembiayaan loan rumah anda adalah dari jenis islamik. Ada 2 jenis pinjaman rumah yang ditawarkan. Satu adalah jenis konvensional dan satu lagi jenis islamik. Jadi silalah buat ketetapan untuk memilih pinjaman rumah jenis islamik terlebih dahulu. Hidup hendak berkat, bayar rumah nanti mahu bayar sampai berpuluh tahun. Jadi eloklah memilih yang patuh syariah dari awal. Setuju. Dan sekarang kita beralih kepada step seterusnya iaitu mencari tawaran interest pinjaman rumah paling rendah dari semua bank.
Banding Kadar Interest Pinjaman Rumah Rendah Setiap Bank
Pertama sekali, perlu diingatkan yang interest pinjaman rumah yang rendah bukanlah bermaksud ianya paling terbaik. Ada kriteria pembelian rumah yang lain yang perlu anda lihat dahulu sebelum memilih mana mana loan rumah. Namun ianya tidaklah salah kalau anda memilih mana mana kadar interest loan rumah yang rendah sebagai pilihan anda. Setiap bank menawarkan kadar interest (profit rate) yang berbeza dan sudah tentu akan mempengaruhi jumlah ansuran bayaran rumah yang perlu anda bayar nanti.
Kalau tanya pada mana mana orang pun, antara RM700 dengan RM750, mana yang anda pilih untuk ambil. Sudah tentu anda memilih bayaran rumah serendah RM700 berbanding RM750 betul? Dengan kata lain, kalau anda mahukan bayaran bulanan anda adalah serendah mungkin, maka anda perlulah mencari mana mana bank yang menawarkan pinjaman pembiayaan rumah dengan kadar interest yang rendah. Maka itulah pilihan anda.
Senarai Website Perbandingan Kadar Interest Loan Rumah
- BolehCompare – menawarkan servis banding broadband, housing loan, personal loan dan credit card
- iMoney – menawarkan servis banding broadband, housing loan, personal loan dan credit card
- Loanstreet – menawarkan servis banding broadband, housing loan, personal loan dan credit card
- RinggitPlus -menawarkan servis banding broadband, housing loan, personal loan dan credit card
Tidak perlu bersusah payah hendak ke setiap bank semata mata untuk bertanya apakah kadar interest rate yang bank tersebut kenakan untuk loan pinjaman rumah. Anda boleh semak interest pinjaman rumah secara mudah dan cepat terus melalui internet secara online. Di atas ini saya kongsikan dengan anda akan beberapa senarai website yang menyediakan servis perkhidmatan memohon loan pembelian rumah secara online terus. Dan website tersebut juga akan memaparkan kadar interest rate semata bagi setiap pinjaman rumah yang setiap bank tawarkan. Mudah bukan? Selamat mencuba.