Sehingga kini rakyat Malaysia masih lagi selesa membuat bayaran secara cash tunai apabila sedang mengisi minyak petrol ke dalam tangki kenderaan. Sedangkan sudah agak lama juga fungsi pembayaran secara elektronik menggunakan kad debit mahupun kad kredit pada mesin pam petrol tersebut. Saya sendiri pada awalnya memang ada terfikir juga. Kenapa ada sistem boleh bayar guna kad, tetapi jarang atau tidak nampak orang guna. Sejak ada kad kredit dan ada kelebihan rebat apabila mengisi petrol baru tahu guna kad untuk isi petrol pada kereta.
Kali pertama saya isi petrol dan bayar terus melalui mesin kad pada pam petrol adalah ketika membayar menggunakan kad kredit. Setelah beberapa kali guna, perasan juga ada fungsi kad debit dituliskan di situ. Lepas tu saya tanya pada kaunter bayaran, apakah boleh isi minyak petrol dan bayar gunakan kad debit terus pada pam minyak. Jawapannya adalah boleh. Jadi terfikir juga, kenapa rakyat Malaysia tidak ramai yang gunakan fungsi ini. Apakah ada dikenakan apa apa cas tambahan ketika membuat bayaran gunakan kad atm berbanding bayar cash tunai di kaunter.
Pengalaman Isi Petrol Guna Kad Debit/Kredit
Dan saya telah mencuba sendiri buat bayaran guna kad debit dan juga kad kredit ketika isi petrol pada kereta. Memang boleh. Jadi tidak payah hendak susah susah jalan kaki ke kaunter semata mata hendak buat bayaran. Bukan majoriti rakyat Malaysia memang ada kad debit bank. Jadi boleh guna tanpa masalah. CUMA!!! Apabila anda gunakan kad untuk buat bayaran pada pam petrol, pihak bank akan ambil RM200 sementara sebagai cagaran. Dalam masa 2 hari mereka akan pulangkan balik.
Jangan risau dengan cagaran RM200. Ini kerana pihak bank mahu memastikan kad bank anda mempunyai duit untuk mengisi minyak kereta. Jadi anda jangan terkejut pula kalau lihat akaun bank anda kurang RM200 secara tiba tiba. Biasanya selepas 2-3 hari akan masuk balik duit cagaran tersebut. Setakat pengalaman saya isi petrol kereta berkali kali menggunakan kad debit/kredit memang tidak pernah menghadapi keadaan duit cagaran tidak masuk balik. Semuanya selamat. Mudah dan cepat.
Penggunaan Kredit Kad Di Mesin Petrol Pam
- Di mesin kad di pam petrol, sila pilih mod pembayaran guna kad.
- Masukkan kad kredit anda.
- Pilih tetapan bahasa.
- Masukkan nombor password kad kredit anda dan klik “OK”
- Tunggu hingga selesai sehingga keluar notis “Berjaya/Success”
- Masukkan kad point rewards @ klik ok sahaja.
- Angkat gagang (nozzles) pengisi minyak dan isi minyak
- Selepas siap, sila letak balik gagang (nozzles)
- Ada pilihan mahu cetak (print) slip bayaran atau tidak
- Siap
Cuma kalau baki akaun bank anda cuma ada RM200 atau RM250 sahaja, jangalah anda bayar minyak petrol kereta anda di pam layan diri menggunakan kad. Itu anda mencari masalah sahaja. Buatnya anda terdesak hendak pakai duit, dan duit tiada atau tidak cukup, anda juga yang susah nanti. Anda gunakanlah kelebihan dan kemudian pembayaran menggunakan kad di pam petrol layan diri apabila anda mempunyai baki wang yang agak baik dan mencukupi untuk 2-3 hari akan datang. Jelas?
Kepada anda yang mempunyai kad kredit dan ada kelebihan rebat mengisi minyak petrol kereta, maka anda gunakanlah kad kredit anda itu. Boleh berjimat. Dan kalau anda tiada kad kredit, maka anda ada pilihan untuk gunakan kad debit anda juga. Dua dua boleh pakai tanpa masalah. Tidak ada dikenakan apa apa cas tambahan ketika anda isi petrol menggunakan kad debit/kredit anda. Malah anda akan merasakan ianya memudahkan dan mempercepatkan urusan anda. Selamat mencuba.