Memang teringin sangat kalau dapat membina sumber pendapatan dari blog yang kekal dan lebih dari gaji kerja sebenar. Ini kerana dalam keadaan sekarang yang kos sara hidup itu tinggi, mempunyai pendapatan tambahan adalah sangat membantu. Dan niat untuk melangsaikan hutang yang ada menjadi tujuan utama supaya hidup tidak dibebani hutang dan terasa yang komitmen bulanan sedikit lebih rendah. Itu sebenarnya idaman sesiapa sahaja dan bukan saya seorang setuju?
Salah satu cari untuk dapat wang tambahan adalah melalui internet. Kepada yang memang kurang suka internet, kurang bermain internet memang akan mengabaikan peluang sumber pendapatan dari blog sebegini. Majoriti pasti akan mengatakan ianya adalah “scam” iaitu program buat duit yang menipu. Kepada yang telah mencuba dan merasai hasil dari internet akan mengatakan amatlah rugi kepada mereka yang tidak tahu.
Bentuk Sumber Pendapatan Dari Blog Yang Di Percayai
Atas sebab itu, di artikel ini saya cuba dan ingin berkongsi dengan anda diluar sana terutamanya untuk tahu apakah bentuk dan konsep sumber pendapatan dari blog yang boleh dipercayai dan boleh diikuti. Saya akan terangkan kepada anda dan seterusnya membuang segala ke salah fahaman anda tentang buat duit secara online ini. Dan selepas ini paling kurang anda pasti nampak yang di internet ini memang anda boleh buat duit. Cuma mahu atau tidak mahu sahaja.
Di bawah ini adalah senarai contoh sumber pendapatan dari blog yang sebenar
Menjual Produk Digital – Tahukah anda yang anda boleh mempromosikan produk digital seperti ebook dan juga software dan anda akan dapat komisen darinya.
Menjual Produk Fizikal – Tahukah anda yang anda boleh dapat duit dalam bentuk komisen dengan menjual produk fizikal. Contohnya anda jual produk seperti iPhone 5 yang ada di Lazada dan anda dapat komisen
Pasang Iklan Di Blog – Mungkin anda perasan kebanyakkan blog sekarang pasti ada iklan. Dan iklan yang dipapar di blog bukan saja saja pasang untuk cantik. Tetapi ianya sebenarnya memberikan pendapatan kepada pemilik blog. Contohnya “Iklan Nuffnang“
Servis/Perkhidmatan – Sebenarnya anda boleh menawarkan servis perkhidmatan secara online. Contohnya servis menulis artikel, menterjemah bahasa, tolong buat blog/website dan sebagainya dan anda mengenakan upah cas atas bantuan anda itu.
Apa yang saya kongsikan adalah senarai sumber pendapatan dari blog yang ada dan terpercaya. Untuk maklumat detail dan penjelasan lanjut untuk anda lebih faham, saya nasihatkan anda Google di internet akan tajuk buat duit yang saya kongsikan di atas ini tadi. Akan ada banyak blog/website yang menulis tentang tajuk tersebut. Saya percaya anda akan faham dan selepas ini mengambil peluang untuk menjana pendapatan dari blog. Bye