Kalau dulu dulu saya biasa untuk bersenam dan berjogging di Mengkuang Dam dan juga Cherok Tok Kun iaitu sebuah kawasan yang memang di khaskan untuk orang awam melakukan aktiviti riadah di Penang ini. Saya selalu pergi pada sebelah pagi dan juga petang. Ianya sebuah kawasan empangan yang sangat cantik. Dan sejak 2 tahun lalu, kawasan ini ditutup untuk dinaik taraf menjadi empangan yang lebih besar. Sehingga kini ianya masih lagi ditutup sehingga projek selesai. Jadi saya tiada tempat untuk melakukan aktiviti seperti biasa kecuali di Cherok Tok Kun. Dan isteri mencadangkan saya untuk pergi ke Botanical Garden Pulau Pinang. Saya tidak pernah pergi. Jadi saya bersetuju.
Sejujurnya saya agak keberatan untuk ke Botanical Garden Pulau Pinang ini. Kami tinggal di Seberang Jaya dan kawasan Botanical Garden ini pula terletak di dalam Pulau Pinang. Ianya menjadi kurang praktikal untuk memandu agak jauh semata mata untuk bersenam. Rugi kos minyak kereta dan toll sahaja. Oleh kerana belum pernah pergi melihat sendiri kawasan riadah senam tersebut, saya bersetuju untuk pergi ke sana bersama isteri.

Pintu masuk ke kawasan Botanical Garden Penang
Review Botanical Garden Pulau Pinang
Rupanya perkataan yang selalu orang sebut “Taman Kebun Bunga” itu adalah merujuk kepada kawasan Botanical Garden ini. Dan kawasan ini terletak di daerah George Town Pulau Pinang. Walaupun ianya terkenal sebagai Penang Botanic Garden iaitu sebagai taman kebun bunga. Memang ada banyak bunya pun. Akan tetapi kawasan ini telah menjadi satu kawasan yang sangat sesuai untuk aktiviti jogging.
- Ramai orang berjogging pagi pagi di taman kebun bunga Pulau Pinang ini
- Baru masuk ke kawasan Botanical Garden Penang untuk jogging
Sejak saya pertama kali sampai ke Botanical Garden ini. Saya sudah beberapa kali berjogging di sini walaupun saya tahu ianya jauh. Buat masa ini saya belum berkesempatan untuk datang pada hari biasa. Saya hanya datang pada hari sabtu atau ahad sahaja. Memang ada sangat ramai orang berjogging di sini. Kalau anda baru hendak bersenam, rasanya tempat ini memang sangat sesuai untuk anda mendapatkan semangat untuk mula mengamalkan kehidupan yang sihat dan suka kepada aktiviti seperti ini.
- Laluan trek jogging menaiki bukit yang selesa di Botanical Gardens Pulau Pinang
- Permandangan mendamaikan di Botanical Garden Penang
- Santai dan rehat setelah berpenat jogging di Taman Kebun Bunga Botanical Gardens
- Tandas awam di Taman Kebun Bunga Penang yang bersih
Dari pengalaman saya, saya nasihatkan anda untuk datang awal awal pagi sekiranya anda datang pada hari sabtu dan hari minggu iaitu ahad. Sangat ramai orang, banyak kereta, parking susah untuk anda dapatkan. Jadi jangan lewat datang ke sini kalau anda menaiki kereta. Dan sudah tentu kalau anda lewat datang, matahari yang mula panas pasti akan membuatkan anda kurang gemar untuk berjogging jauh dan lama lama.
Apa yang ada di Botanical Garden Penang ini? Sebuah kawasan jogging yang besar, ada taman kebun bunga yang cantik, ada haiwan seperti monyet, permandangan sekeliling yang sangat nyaman dan aman dan ada toilet tandas yang bersih. Kawasan Botanical Garden ini memang sangat dijaga rapi. Memang bersih. Permandangan hutan, bukit, kawasan lapang, hijau hijauan pasti akan membuatkan semangat anda untuk berjogging akan bertambah kuat. Kalau anda sedang mencari tempat untuk jogging di Penang ini, saya mencadangkan anda melawat Botanical Garden Pulau Pinang ini. Bye
Leave a Reply