Adakah anda terfikir dan bimbang dengan jumlah simpanan kwsp samada mencukupi ataupun tidak selepas anda berhenti, bersara atau pencen pada umur 55 nanti. Apakah ini yang menjadi kebimbangan anda. Anda tidak pasti berapakah jumlah yang layak atau dikira cukup untuk anda gunakan ketika sudah tua? Tahukah anda, mengikut maklumat kwsp, mereka menetapkan yang simpanan asas iaitu akaun 1 anda mestilah mempunyai sekurang kurangnya sebanyak RM228k ketika anda bersara pada umur 55 nanti. Adakah anda tahu samada caruman simpanan anda di kwsp akan mencapai sasaran jumlah tersebut?
Perlu diingatkan yang tetapan simpanan asas kwsp itu adalah untuk sasaran minima. Mereka menentukan jumlah tersebut berdasarkan gaji minima iaitu RM950 dan juga statistik rakyat Malaysia akan terus hidup selama 20 tahun lagi selepas bersara pada umur 55 tahun. Ini bermakna, kalau anda mempunyai RM228K pada umur 55 tahun, dan di bahagikan pula untuk tempoh 20 tahun penggunaan. Ini bermakna, dalam sebulan anda hanya layak menggunakan RM228K / 20 tahun = RM950 sebulan untuk wang tersebut cukup sehingga anda berumur 75 tahun.

Panduan kira kira untuk ketahui jumlah simpanan kwsp anda pada masa hadapan
Cara Mudah Mengira Jumlah Simpanan KWSP
Soalan yang perlu anda tanyakan pada diri anda sekarang adalah, apakah anda yakin anda akan hidup sampai 75 tahun? Apakah anda yakin anda akan mati pada umur 75 tahun? Apakah anda yakin yang simpanan anda akan mencapai sasaran minima RM228K? Dan apakah anda yakin yang anda boleh hidup dengan belanja sebanyak RM950 sahaja sebulan pada 20 tahun akan datang? Pernah anda terfikir tentang isu ini? Itu tentang diri anda. Bagaimana dengan keluarga anda?
Kita bercakap tentang isu jumlah simpanan kwsp anda ketika anda berumur 55 tahun nanti. Kita bercakap tentang kos sara hidup ketika 20 – 30 tahun akan datang. Dengan beranggapan anda masih sihat, masih boleh terus bekerja dan ingin terus bekerja dengan syarikat tempat anda sampai anda pencen nanti. Tahukah anda yang sekarang ini anda sebenarnya boleh membuat kira kira sendiri akan potensi jumlah simpanan kwsp anda akan datang.
Jom kita buat contoh kira kira. Katakan anda bekerja dengan majikan dan bergaji RM2500 sebulan. Katakan anda membuat potongan caruman kwsp sebanyak 11% dari gaji anda. Dan majikan pula juga mencarum dan memberikan 12% dari gaji anda. Katakan anda kini berumur 25 tahun dan dividen kwsp kita anggap ianya kekal sama setiap tahun iaitu 6% setahun. Jadi berapakah jumlah simpanan kwsp anda ketika anda berumur 55 tahun?
Kiraan Jumlah Simpanan KWSP Akan Datang
- Kalkulator KWSP – klik link ini untuk menggunakan epf calculator
- Umur = 25 tahun
- Gaji = RM2500
- Potongan Kwsp dari anda = RM2500 x 11% = RM275
- Potongan Kwsp dari majikan = RM2500 x 12% = RM300
- Dividen kwsp (epf) = 6% setahun
- Jumlah simpanan kwsp pada umur 55 tahun = RM578231
Berdasarkan jumlah simpanan kwsp tersebut, jika anda bahagikan dengan 20 tahun, maka anda akan mendapat jumlah potensi wang sara hidup bulanan yang sepatutnya anda gunakan dan tidak boleh lebih dari itu. RM578231 / 20 tahun = RM2409 sebulan. Jika ini adalah jumlah sebenar simpanan anda, maka anda perlu dan boleh gunakan sebanyak RM2409 sebulan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara. Dari kira kira seperti inilah akan dapat membantu anda membuat perancangan untuk hari tua anda selepas anda bersara nanti. Sudah buat kira kira simpanan kwsp anda? Sebelumk itu, sudahkah anda menukar akaun kwsp semasa anda kepada akaun kwsp patuh syariah. Kalau belum, sila pergi buat cepat cepat ya untuk keberkatan simpanan wang anda. Bye
Leave a Reply