Salam kepada pembaca. Kalau ada mengikuti perkembangan blog ini, saya pasti anda akan perasan dengan beberapa artikel yang saya tulis mengenai matawang digital iaitu cryptocurrency dan kenapa anda mesti membuat pelaburan dengannya. Yang selalu saya ceritakan adalah berkenaan Bitcoin. Dan kemudian saya menceritakan tentang Deuscoin. Dan pada kali ini, izinkan saya bercerita mengenai Dogecoin Malaysia pula. Anda berminat? Jika ya, sila teruskan bacaan anda. Dan selepas membaca, kalau anda mempunyai wang, anda boleh mulakan langkah pertama anda untuk menjadi jutawan.
Dari dulu lagi semua orang mahu kaya. Dan pelbagai cara orang mencari cara bagaimana untuk menambah pendapatan diri samada untuk diri sendiri atau untuk keluarga. Masing masing ada caranya masing masing. Dan setiap zaman ada fokus dan kehendakkanya juga. Dan pada zaman kini, apakah trend atau corak buat duit yang anda dapat lihat boleh memberikan peluang dan menjadikan anda kaya dengan lebih cepat? Caranya adalah anda kuasai ilmu pelaburan saham dan juga ilmu matawang digital. Pernah dengar tentang Dogecoin Malaysia?
Peluang Buat Duit Cryptocurrency Dengan Dogecoin Malaysia
Tahukah anda, trend masa hadapan adalah trend jual beli secara digital. Sedikit demi sedikit satu dunia akan mula beralih kepada sistem jual beli berasaskan pembayaran secara digital. Wang kertas sedikit demi sedikit akan dikurangkan penggunaannya. Lebih banyak kad kad debit akan digunakan. Dan salah satu matawang yang diperkenalkan yang bukan berdasarkan wang kertas adalah matawang digital.
Dan matawang digital yang paling popular kini adalah Bitcoin. Sifat hampir sama macam emas. Harga terus naik dari tahun ke tahun. Cumanya ianya tidak boleh dipegang kerana ianya dalam bentuk digital. Dulu harga 1 bitcoin baru RM100, kemudian naik menjadi RM1000, kemudian menjadi RM3000 dan KINI sudah menjadi RM11K (Ogos 2017). Kita sudah terlepas sangat lama akan matawang digital cryptocurrency yang boleh membuatkan anda kaya dengan segera. Namun ada matawang lain yang boleh anda cuba dan masih murah iaitu Deuscoin dan Dogecoin Malaysia.
Website Untuk Beli DogeCoin
- C-Cex – anda boleh beli Dogecoin di sini
- Luno – website untuk beli Bitcoin sahaja
- 20Doge – sertai pelaburan Dogecoin di sini
Website Untuk Beli Deuscoin
- C-Cex – anda boleh beli Deuscoin di sini
- Luno – website untuk beli Bitcoin sahaja
- SVD – sertai pelaburan Deuscoin di sini
Di Malaysia, saya lihat komuniti Dogecoin Malaysia agak besar dan ramai juga. Dengan harga pasaran 1 Dogecoin yang masih sangat rendah iaitu di bawah harga 10 sen untuk 1 Dogecoin. Maka tidak hairan ramai berebut rebut untuk membeli matawang digital Dogecoin ini. Samada harga Dogecoin akan berjaya naik atau tidak sangat bergantung kepada permintaan. Jika banyak permintaan, maka naiklah harganya. Jika tidak. Faham faham sahajalah. Tidak salah mencuba tatkala harga Dogecoin Malaysia yang masih sangat rendah. Kalau matawang ini menjadi popular dan meningkat naik harganya, anda yang beli ketika ianya masih sangat rendah berpeluang untuk menjadi kaya atau jutawan. Berminat? Daftar sekarang juga. Bye
7 Comments
benda-benda macam ni, aku malas nak join.
haha
jom join yg Malaysia punya
Banyak pula cryptocurrency yang muncul. Risau juga kalau benda ni cuma untuk sementara je.
Ermm, itu mungkin juga, tp banyak negara dah mula apply FINTECH ni Sabree, kalau tgk trend akan jadi arus perdana, tp x tau lah
Okay faham.
Dogecoin ni under Malaysia ya ?
Wah lagi menarik ni ..
bukan, dogecoin ni luar negara punya, tp kita kat Malaysia ada ramai yang beli
Sape ada dogecoin nk jual