Menu
×
  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy

MyRujukan

Rujukan, Panduan, Kerjaya, Bisnes, Buat Duit Online Dan Review

  • Home
  • About Me
  • Contact Me
  • Privacy Policy
Home › Panduan › Kad Debit Maybank Hilang dan Buat Kad Debit Baru

Kad Debit Maybank Hilang dan Buat Kad Debit Baru

Review By admin / 8 years ago — Panduan, Tips

Sebenarnya sudah hampir 4 bulan tidak menjumpai kad debit maybank milik saya. Ianya sama seperti kes kad pengenalan hilang dahulu. Betul betul memang tidak tahu bagaimana boleh hilang. Tiada idea langsung akan bagaimana ianya terjadi. Kad debit maybank ini sebenarnya hanya digunakan untuk memasukkan duit ke dalam akaun simpanan untuk digunakan membayar premium insurans bsn prudential takaful. Tetapi entah mengapa 3 bulan ini pihak bsn prudential langsung tidak dapat mengambil duit dari akaun maybank. Tidak tahu masalah dari mana. Samada dari maybank atau dari prudential sendiri.

Sejak kad debit maybank hilang 4 bulan lalu. Saya sebenarnya memang tidak tahu langsung akan jumlah wang yang ada dalam akaun simpanan maybank. Tertanya tanya apakah kegagalan pihak bsn prudential takaful untuk “deduct” wang dari akaun simpanan maybank saya sebenarnya berpunca kerana wang di dalam akaun simpanan maybank telah kosong. Ianya boleh terjadi bukan. Tetapi sepanjang 3 bulan ini, di sebabkan kad maybank hilang, memang saya tiada langsung akses untuk mengeluarkan wang dalam akaun maybank.

Kad Debit Maybank Terbaru

Kad Debit Maybank Terbaru

Buat Kad Debit Maybank Baru

Hari ini saya pergi ke Maybank untuk membuat kad debit yang baru sambil melihat baki wang di dalam akaun simpanan. Setelah di check, ternyata, wang untuk membayar insuran peribadi selama 3 bulan masih ada. Dengan ini, masalah tidak dapat deduct dari maybank adalah dari pihak bsn prudential. Takut juga kalau pelan perlindungan akan tidak aktif kerana pihak bsn prudential tidak mendapat bayaran. Sedangkan sudah membuat bayaran sejak awal lagi. Ada rakan yang menghadapi masalah sama? Minta pandangan.

Harga Gantian Kad Debit Maybank Baru

Bayaran bagi menggantikan dan mendapatkan kad debit maybank yang baru adalah berharga RM15 sahaja. Satu proses yang mudah sebenarnya. Tidak memerlukan apa apa dokumen. Kecuali perlu membawakan kad pengenalan sahaja. Itupun hanya untuk tujukan verifikasi pengesahan sahaja.

Perlu diingatkan, kad debit maybank yang hilang sepatutnya anda perlu cepat cepat menghubungi pihak bank atau terus ke bank untuk proses “deactivate” bagi memastikan kad bank yang hilang tersebut tidak berfungsi untuk digunakan. Ini perlu bagi memastikan tiada yang menyalah gunakan kad ATM anda. Sebelum saya terlupa, perlu untuk anda ketahui yang kad ATM biasa tidak sama dengan kad “DEBIT”. Kelebihan kad debit adalah anda boleh menggunakan kad tersebut untuk belian secara online bagi menggantikan kad kredit. Terbaik bukan..

Related posts:

Buat Kad Debit CIMB, Maybank, RHBCara Buat Kad Debit CIMB, Maybank, RHB Auto Debit Prudential BSN MaybankMasalah Auto Debit Pembayaran Insuran Prudential BSN Takaful Paparan Maybank ewallet MAECara Daftar Dan Aktifkan Maybank E-Wallet

Kad Debit Maybank Kad Debit Maybank baru Kad Debit Maybank hilang kelebihan Kad Debit Maybank Maybank Malaysia

admin

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Pinterest
  • LinkedIn
  • YouTube

Blog MyRujukan Dot Com ini adalah sebuah blog ke-2 selepas blog (wanwidget.com). Penulisan saya kini memberi tumpuan sepenuhnya 100% di MyRujukan.com sahaja. Blog ini berkongsi tentang rujukan, panduan, kerjaya, cara buat duit melalui blog dan juga bisnes online. Banyak juga tips berblogging yang saya kongsikan di sini. Pengalaman berblogging hampir 5 tahun. Sila email segala pertanyaan di "moham29577@yahoo.com". Sekian

User Reviews and Comments

  1. Fazli says
    08/12/2016 at 6:52 am

    Nak tanye sikit nie,dah tukar kad baru,lepas tu kad tu rosak,kene bayar xkalau nk tukar kad lagi,

    Reply
  2. Omar says
    18/06/2017 at 9:04 pm

    Boleh di buat di mana2 cawangan maybank?

    Reply
    • admin says
      19/06/2017 at 12:17 am

      ya boleh Omar

      Reply
  3. Eyda. says
    16/08/2017 at 7:45 pm

    Kalau kad bank hilang , umur owner kad bank tu baru 17 . Memang kena bawak 18+ ?

    Reply
    • admin says
      21/08/2017 at 5:18 pm

      saya x pasti Eyda

      Reply
  4. Rizal says
    01/10/2017 at 3:24 pm

    Kad debit maybank saya hilang, masa bukan akaun hari tu dkt dataran maybank kl. Boleh buat baru dkt mana2 maybank ke?

    Reply
    • admin says
      02/10/2017 at 11:06 am

      ya boleh Rizal, xda masalah

      Reply
  5. Amirul says
    19/12/2017 at 7:56 pm

    Salam . kad atm saya hilang . saya dah block kad atm yang hilang tu .. dah buat kad baru pun . tapi duit tiba2 ada orang buat keluar guna mesin atm . padahal kad atm baru sentiasa ada dengan saya .. macam mana tu?

    Reply
  6. mael says
    14/03/2018 at 5:24 pm

    nak tanya sikit, bayaran Rm15 untuk buat kad baru tu kena bayar cash atau potong melalui akaun ye?

    Reply
  7. Zel says
    25/08/2019 at 1:54 pm

    Nak tanya kalau hilang kad debit perlu buat laporan polis ke atau terus prgi ke bank?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · Reviewer Theme by SomoThemes · WordPress · Log in