Soalan nampak mudah dan mungkin kelakar. Tetapi itu tidak menafikan ada individu yang tidak tahu tentang cara yang betul untuk mencari peluang pekerjaan. Tidak tahu itu tidak bermakna tidak tahu langsung tetapi terlalu “naif” dan hanya bergantung kepada satu teknik semata iaitu menghantar surat kepada syarikat dan kilang kilang melalui “guard”. Tidak salah bukan? Ini menyebabkan potensi untuk mendapatkan kerja agak terhad. Mungkin anda (yang berkenaan) ini boleh mencuba pelbagai cara melalui tips yang saya berikan ini.
Saya tidak tahu apakah latar belakang anda. Untuk tips mencari peluang pekerjaan ini saya akan bahagikan anda kepada 2 kumpulan utama iaitu pekerja sektor swasta dan juga awam kerajaan. Ini kerana permohonan kerja bagi dua jenis sektor ini memerlukan pendekatan yang berbeza. Ianya tidak sama. Ada saluran kaedah yang diperlukan bagi memohon kedua dua sektor ini. Ianya berbalik kepada latar belakang anda dan juga apa yang anda mahukan.
Panduan Mencari Peluang Pekerjaan
Saya hanya akan berikan tips atau teknik untuk mencari peluang pekerjaan ini berdasarkan apa yang selalu orang gunakan. Ianya bukanlah kaedah yang pelik tetapi mungkin ramai yang masih tidak mengetahuinya. Apa yang saya ingin kongsikan adalah kerana dari pengalaman sendiri. Saya juga dahulu “hijau” akan cara mencari peluang pekerjaan ini. Apabila ada yang menggunakan internet mencari kerja, saya jadi bingung apakah ada majikan yang mengiklankan kekosongan jawatan di tempat mereka melalui online. Tapi kini saya sudah tahu. Jadi saya ingin kongsikan dengan anda.
Untuk Pekerja Swasta
Pos Kawalan – Ini cara yang paling asas sekali. Iaitu dengan menghantar “resume kerja” kepada Guard yang berada di pos kawalan setiap syarikat/kilang. Serahkan resume anda kepada mereka. Dan tahulah mereka nanti untuk menghantarkannya kepada Human Resource (HR) iaitu bahagian pengambilan pekerja
Melalui Kenalan – Kadang kadang, apabila ada kekosongan jawatan. Rakan anda yang telah bekerja di dalam syarikat/kilang tersebut akan lebih ketahui dahulu akan kekosongan tersebut. Maka adalah baik sekiranya anda boleh memberikan resume anda kepada rakan anda untuk terus dihantar kepada majikan/manager/bos atau terus kepada HR. Selalunya ini lebih mudah untuk mendapat kerja
Jobstreet – Ini adalah laman web carian kerja secara online yang PALING BESAR dan PALING POPULAR. Bagi syarikat/kilang besar, selalunya pihak mereka akan mengiklankan kekosongan jawatan di laman Jobstreet Malaysia ini. Adalah satu perkara yang baik jika anda register, upload resume anda dan membuat carian kerja di laman ini. Jika ada syarikat yang berminat dengan resume anda, mereka akan menelefon/email kepada anda untuk memaklumkan anda dipanggil termuduga kerja
CareerJet – Sebenarnya bukan satu sahaja laman carian kerja online yang ada di Malaysia ini selain Jobstreet. Ada beratus ratus. Akan tetapi laman CareetJet ini membuat carian berdasarkan “keyword” anda dan menyenaraikan laman web seluruh Malaysia yang menawarkan kerja yang anda cari. Selepas jumpa, sila telefon atau email kepada mereka.
Untuk Pekerja Awam Kerajaan
SPA – Ini adalah laman memohon kerja yag paling utama untuk memasuki kerja dalam sektor awam kerajaan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Lawat laman SPA, daftar maklumat anda. Anda akan di panggil untuk menduduki peperiksaan untuk jawatan tertentu dalam sektor kerajaan
Agensi Kerajaan – Ada cara lain selain SPA semata mata iaitu terus memohon melalui agensi kerajaan negeri seperti perpustakaan, pejabat agama daerah, majlis daerah, jabatan wakaf, jakim, agensi dadah, jabatan kehakiman, jabatan kebajikan dan lain lain. Untuk memohon anda boleh membaca artikel ini [ Apply Kerja Kerajaan ]
Inilah dia panduan ringkas tentang cara mencari peluang pekerjaan yang boleh anda praktikkan. Saya tahu diluar sana ramai yang tahu akan cara ini. Namun begitu saya percara masih juga ramai yang tidak tahu. Selagi ada yang baru lepasan universiti atau tamat sekolah pasti akan ada yang tidak tahu cara yan betul untuk mencari peluang pekerjaan seperti ini. Selamat berjaya
4 Comments
time menganggur dulu memang pening nak mencari kerja yang bagus..
skrg mesti dah ok kan
Kerja pertama memang agak susah nak cari… tapi dulu aku try melalui jobstreet. Alhamdulilah, berhasil
saya melalui jobstreet dan juga agensi cari kerja