Saya telah pun berkongsi tentang tips asas meningkatkan Earning Google Adsense Part 1 pada artikel sebelum ini. Jika anda belum membaca, ada boleh membacanya dahulu. Ok dan pada kali ini seperti yang dijanjikan akan saya kongsikan akan teknik yang menurut saya menarik untuk dilakukan dan boleh meningkatkan Earning Google Adsense dengan lebih tinggi lagi. Dan sekali lagi saya ingatkan, maaf saya pinta jika kaedah ini juga sudah diketahui ramai blogger. Cumanya pada saya, ianya perkara baru buat saya kerana saya sendiri yang nampak akan kepentingan ini tanpa merujuk kepada mana mana blog atau bahan bacaan. Ok kita teruskan.
Kalau artikel dari Part 1, saya mengajak anda untuk melihat cara tingkatkan Earning Google Adsense terus pada “performance Reports” yang terdapat pada dashboard akaun Google Adsense anda dengan kaedah kiraan asas iaitu Number of Click (Clicks) X Cost Per Click (CPC). Tetapi kali ini saya mengajak anda melihat prestasi revenue Adsense melalui akaun Google Analytics anda. Jadi sebelum kita melihat prestasi adsense anda di Analytics, soalan saya, adakah anda telah integrasi akaun adsense anda kedalam Analytics? Jika belum sila baca artikel ini [ Link Adsense Account To Google Analytics ]. Lakukan ini dahulu sehingga berjaya.
Selepas memasang adsense kepada analytics, sila biarkan ianya berfungsi selama sebulan untuk mengumpul maklumat revenue adsense anda di Google Analytics. Kita perlukan maklumat itu. Kepada yang sudah integrasi sebelum ini boleh terus membaca dibawah untuk maklumat lanjut.
Klik Gambar Untuk Besarkan Gambar di Bawah Ini
Earning Google Adsense Di Google Analytics
Buka akaun Google Analytics anda. Pergi kepada sidebar kiri dan cari Behaviour > Adsense > Adsense Pages. Saya perlukan anda untuk membuka bahagian “Adsense Pages”. Anda akan dibekalkan dengan data yang terdapat disini. Data tersebut adalah seperti gambar diatas. Sila lihat gambar diatas. Seperti didalam gambar, data tersebut menunjukkan data dari Adsense yang telah dimasukkan kedalam akaun Analytics Google. Tujuan penyatuan dua akaun ini adalah untuk memberikan anda maklumat tentang dari manakah sumber pendapatan revenue adsense anda.
Maklumat dari akaun Adsense hanya menunjukkan maklumat anda mendapat revenue dari “JENIS IKLAN” sahaja. Tetapi maklumat dari Google Analytics pula dapat menunjukkan kepada anda “PAGE” atau “ARTIKEL” manakah yang menyumbang kepada pendapatan adsense anda. Bukankah ini lebih spesifik dan berguna buat anda?
Gambar diatas saya akan ringkaskan dan menerangkan maklumat yang telah ditandai dengan nombor;
1. Adsense Pages
2. Artikel Blog Anda Yang Menyumbang Pendapatan Dari Tertinggi Kepada Rendah (1-10)
3. Adsense Revenue – Pendapatan yang anda dapat menerusi artikel tersebut
4. Adsense eCPM – Cost Per Miles @ Cost Per Mille = Bayaran setiap 1000 impression (view)
5. Adsense Page Impressions – Nilai/jumlah impressions view artikel anda
Anda hanya perlu ketahui cara Revenue dikira disini iaitu;
Adsense eCPM X Adsense Page Impressions = Adsense Revenue
Sila klik pada gambar diatas untuk besarkan gambar. Sekarang kita akan buat kiraan berdasarkan contoh pada gambar supaya anda belajar dan memahami terus akan bagaimana hasil pendapatan terjadi.
Pada gambar dan kita ambil maklumat (artikel no 1) teratas sekali iaitu (Adsense eCPM=USD1.51) dan (Adsense Page Impressions=5919). Biarkan saya terangkan secara teori dahulu. Maksud Adsense eCPM adalah pendapatan yang anda perolehi didalam setiap 1000 view. Dari data menunjukkan artikel no.1 anda menghasilkan USD1.51 untuk setiap 1000 view. Jadi soalan saya kepada anda adalah, berapakah yang anda bakal dapat jika artikel anda menghasil kan 5000 view? Jawapan mudah adalah USD1.51 X 5 betul?
Tetapi dari data anda mendapat 5919 view. Jadi cara kiraan yang betul adalah;
Adsense eCPM X Adsense Page Impressions = Adsense Revenue
(USD1.51/1000) x 5919 = USD8.9
Saya harap disini anda sudah faham bagaimana kiraan Earning Google Adsense di Google Analytics. Dari gambar ada ditunjukkan 10 artikel terbaik yang menyumbang pendapatan anda dengan Adsense. Cuba perhatikan Adsense eCPM dan Adsense Page Impressions untuk ke semua artikel. Dari maklumat tersebut tidakkan anda mendapat “IDEA” akan bagaimana untuk anda boleh menggunakan artikel tersebut untuk membantu lagi meningkatkan Earning Google Adsense anda. Dapat tangkap? Tidak?
Tips Dan Tricks Disebalik Earning Google Adsense di Analytics
Cuba perhatikan Adsense eCPM yang terdapat didalam gambar dari 10 artikel. Bukankah ada memaparkan USD1.51, ada yang USD21.18, ada yang USD5.49 dan ada yang USD154.70 dan lain lain. Semua yang dipaparkan ini adalah nilai yang diberi kepada anda menerusi artikel anda untuk 1000 view. Jadi kepada artikel yang tidak sampai 1000 view, maka apa yang perlu anda buat? Saya rasa anda sudah dapat mengagaknya bukan?
YA, tidak dapat tidak anda sebenarnya perlu untuk meningkatkan “VIEW” artikel anda yang membawa keuntungan kepada anda. 10 artikel yang dipaparkan adalah 10 artikel yang membawa hasil kepada anda. Perhatikan artikel yang tidak mencapai 1000 view dan buatlah sesuatu agar artikel itu mendapat pelawat visitor yang dapat meningkatkan view dan seterusnya meningkatkan hasil Earning Google Adsense.
Rahsia Earning Google Adsense disini adalah, jika anda berhajat untuk meningkatkan revenue adsense, maka anda perlu beri perhatian lebih kepada 10 artikel top anda itu untuk ditingkatkan view nya melalui trafik yang masuk kedalam blog. Buat apa tingkatkan view artikel yang kurang memberi hasil bukan? Setuju? Tetapi tidaklah salah untuk mempromosikan artikel lain kerana anda berblogging dengan pelbagai tujuan seperti untuk kebaikkan pembaca dan pelbagai lagi. Cumanya untuk dapat duit dari adsense, maka anda perlulah bijak didalam menggunakan sasaran yang betul. Tips mudah dari saya adalah, sila beri perhatian kepada Anchor Text untuk membantu meningkatkan Earning Google Adsense anda. Sekian.
10 Comments
Menarik! Saya dah dapat tangkap sikit2. Terima kasih atas perkongsian ini.
dah dapat tangkap? good, so boleh dah untuk try nanti ya
Wah… otai ni. Boleh ajar x? Sy ada akaun adsense tapi yang tu hosted punya. tak boleh letak kat blog domain sendiri. cmne ek?
Kepada Ammar, cuba baca artikel ini dan apply untuk kes macam kamu ni
http://allbloggingtips.com/2013/08/19/upgrade-adsense-hosted-account-to-normal-account/
Emm kalau tak ada akaun adsense ni tak leh tengok kan dalam anlytic tu..
yep, memang x leh tgk
terbaik . Sangat bermanfaat
terima kasih