Baru balik dari kampung dan tiba tiba ternampak kawasan perumahan yang saya menyewa sedang dalam keadaan disembur asap penghapus jentik jentik nyamuk aedes. Kemudian saya ternampak banner iklan yang menyatakan kawasan rumah tempat kami tinggal telah dinyatakan sebagai kawasan “wabak denggi”. Itu bermaksud, sudah ada orang yang terkena demam denggi. Dan itu bermaksud kawasan kejiranan saya adalah pusat pembiakan jentik jentik nyamik aedes. Siapalah yang gagal menjalankan peranan masing masing bagi membanteras pembiakan nyamuk aedes. Kesian kepada mangsa yang terkena wabak denggi tersebut.
Kalau anda perasan, mana mana kawasan perumahan yang ditandakan sebagai kawasan wabak denggi, pasti akan ada tindakan segera dari pegawai kesihatan kerajaan bagi melancarkan siasatan dan membuat semburan asap fogging. Dan pegawai kesihatan tersebut pernah masuk dan periksa keadaan di dalam rumah saya. Alhamdullillah tiada kawasan atau tempat yang berisiko menjadi sarang pembiakan jentik jentik. Tetapi mereka memberikan saya ubat jentik jentik bagi membunuh seterusnya menangani pembiakan nyamuk aedes.
Cara Jaga Kebersihan Ketika Wabak Denggi
Ingat ya!!! Penyakit dari wabak denggi boleh membunuh dan menyebabkan kematian. Ini sesuatu yang serius. Ini bukan masalah gigitan dari nyamuk biasa. Tetapi dari nyamuk Aedes. Tidak hairanlah kalau mana mana kawasan perumahan atau pemilik premis boleh dikenakan kompaun sekiranya terbukti menjadi sarang pembiakan jentik jentik nyamuk aedes. Sebagai tanggungjawab bersama, lakukanlah pemeriksaan kebersihan di rumah anda masing masing. Mana mana kawasan bertakung air sila bersihkan.
Masalah kepada berlakunya wabak denggi adalah kerana masalah sikap yang suka ambil mudah, mengharapkan orang lain dan kurang peka dengan amalan kebersihan. Bila dengar adanya orang terkena demam denggi, masih tidak ada rasa apa apa mahu semak periksa kawasan tempat sendiri. Mengharapkan orang lain atau pekerja maintenance kawasan rumah bersihkan untuk kita. Dan yang lebih teruk, langsung tidak tahu apakah punca kepada wabak denggi dan tidak tahu cara menanganinya.
Apa pandangan peribadi saya terhadap kawasan kejiranan tempat saya menyewa ini? Kawasan kejiranan perumahan di sini agak sempit. Maksud saya bangunan dengan bangunan yang lain agak rapat. Kawasan parking kereta sangat sesak dan penuh. Ada rumah “bawah” yang menjadikan kawasan tanah yang sedikit sebagai bengkel atau stor tempat simpan pelbagai barang barang lama. Jadi sedikit sebanyak memang ianya menjadi salah satu penyumbang kepada pusat pembiakan nyamuk aedes jika tidak dikawal selia dan dibersihkan dengan kerap.
Website Untuk Beli Ubat Pembunuh Jentik Jentik
- Lazada – anda boleh membeli Abate 1.1G (racun jentik jentik Aedes) di sini
- 11Street – anda boleh membeli Abate 1.1G (racun jentik jentik Aedes) di sini
- Shopee – anda boleh membeli Abate 1.1G (racun jentik jentik Aedes) di sini
Kawasan yang sempit memang sukar untuk dibersihkan. Dan kebetulan pula pada penghujung tahun di Malaysia memang sering mendapat taburan hujan yang tinggi. Sudah tentu keadaan yang senantiasa lembab, kurang panas dan banyak pula kawasan yang menjadi takungan air boleh menjadi penyebab kenapa berlakunya wabak denggi ini.
Apa yang kita sembangkan di atas ini adalah punca dan sebab kenapa berlakunya wabak denggi. Semua ini adalah alasan sebenarnya. Masalah wabak atau demam denggi ini pasti berjaya dikurangkan kalau kita semua sebagai orang awam memainkan peranan masing masing. Tidak perlu pergi jauh. Cukuplah kalau anda menjadi orang yang prihatin akan keselamatan dan kebersihan di tempat tinggal sendiri. Jika semua main peranan, saya pasti wabak denggi berjaya diselesaikan. Jom jadi individu yang peduli tentang kebersihan. Jom!!!