Saya adalah pengguna internet streamyx sejak beberapa tahun lepas. Rasanya sudah lebih dari 5 tahun. Awal awal mula dahulu telah melanggan streamyx pada kelajuan 1 MB dan kemudian menaik taraf kepada 4MB. Kemudian sempat beralih sekejap kepada Webe Broadband dan kembali semula kepada streamyx 4MB. Dan tanpa perasan, pihak TM telah mengupgrade akaun saya kepada 8MB tetapi dengan mengekalkan bayaran yang sama iaitu RM140 sebulan. Terbaik. Dan oleh kerana internet streamyx saya sudah di naik taraf kepada 8MB, saya mencuba sendiri apakah kelajuan muat turun ketika menggunakan uTorrent. Adakah ianya berbaloi?
Sebenarnya saya sudah hampir setahun lebih tidak melakukan apa apa download menggunakan uTorrent ini. Ini kerana, sejak kelajuan internet menjadi semakin baik, dan lebih banyak pula tawaran tontonan video melalui YouTube, Iflix dan juga Netflix dengan yuran langganan yang murah dan juga rendah. Maka sudah tiada sebab kenapa saya perlu mendownload movie, filem atau drama secara tidak sah lagi melalui uTorrent.

Contoh paparan fail yang di download menggunakan uTorrent
Speed Download uTorrent Dengan Streamyx
Dulu kita tiada iFlix mahupun Netflix di Malaysia. Memang YouTube sudah ada lama. Tetapi kepada peminat filem movie dengan kelajuan internet yang perlahan memang akan menyebabkan majoriti pencinta filem movie akan memilih untuk memuat turun dahulu apa apa movie untuk menonton movie dengan lancar di komputer atau laptop. Tetapi sekarang kebanyakkan tontonan terus melalui internet iaitu “streaming” sudah semakin lancar. Jadi kenapa perlu mendownload lagi melalui uTorrent betul?
Namun saya pasti, masih ramai lagi orang yang menggunakan uTorrent di Malaysia ini. Dan mereka mungkin mahu tahu apakah talian internet yang bagus dan sesuai digunakan untuk mendownload apa sahaja melalui uTorrent tanpa di kenakan apa apa sekatan kelajuan (capped). Saya tidak boleh memberikan apa apa jawapan yang tepat sebab saya sendiri tidak tahu dan kurang pasti. Namun saya boleh kongsikan pengalaman saya dengan streamyx 8MB yang saya gunakan ini.
Semalam, buat pertama kali sejak setahun lebih saya mencuba mendownload movie filem menggunakan uTorrent. Dan di rumah saya, saya menggunakan streamyx dengan speed 8MB. Ingat ya, saya bukan hendak memuat turun movie tersebut pun. Ianya hanyalah percubaan sahaja untuk melihat prestasi streamyx yang saya gunakan ketika melakukan muat turun melalui uTorrent. Hasilnya kelajuan yang dipaparkan sangat menarik. Untuk streamyx 8MB, ianya berjaya melakukan muat turun dengan kelajuan antara 700kBps – 1000kBps. Kalau tidak percaya sila tonton video di atas ini. Untuk memuat turun apa apa video dengan saiz 1GB hanya memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja. Laju bukan? Streamyx terbaik…
Leave a Reply