Kad kredit memang ada banyak kelebihan kepada di pemiliknya. Namun ramai yang terperangkap dengan penggunaan kad kredit sehingga diistiharkan muflis. Ini kerana mereka yang tersalah gunakan kad kredit ini kurang mengambil tahu akan apakah kegunaan sebenar kad kredit dicipta. Saya pasti jika ramai dari pemilik kad kredit faham akan kegunaan utama kad kredit, maka mereka akan gunakan kelebihan kad kredit itu untuk memberikan kebaikkan kepada diri sendiri. Tahukah anda yang kad kredit sangat bagus kepada anda yang mahu membeli produk dan barang secara hutang? Kedengaran pelik? Mari saya jelaskan kepada anda.
Kalau anda membuat semakan di laman website perbandingan kad kredit. Anda akan dapati kebanyakkan kelebihan kad kredit yang ditawarkan adalah ketika anda berbelanja. Ianya menggalakkan anda mengisi minyak petrol, tempah hotel, makan di restoran, shopping di pasaraya dengan menggunakan kad kredit. Akan ada “rebate” yang akan di berikan selepas itu. Malah anda akan dapati banyak penjimatan yang diberikan. Pelik bukan? Guna kad kredit malah lebih jimat wang anda.
Antara Kelebihan Kad Kredit Ketika Berbelanja
Dan salah satu kelebihan kad kredit yang menarik bagi pengguna kad kredit adalah kebolehan membeli barang secara hutang ansuran (instalment). Kenapa beli produk/barang guna kad kredit suatu kelebihan pula? Ini kerana ada kedai atau tempat yang boleh anda miliki barang tersebut secara hutang tetapi dengan ZERO INTEREST iaitu 0% kadar faedah. Wow bukan? Sudahlah anda beli barang secara hutang, lepas habis bayar pun jumlah bayaran keseluruhan sama seperti anda beli secara cash tunai. Menarik!!!
Kebanyakkan kedai kalau anda beli barang secara hutang, anda sendiri tahulah akan kadar interest faedah yang mereka kenakan. Silap silap selepas habis bayar, anda akan dapati anda telah membayar sebanyak 1.5x @ 2.0x atau lebih dari harga asal. Memang anda banyak rugi kalau beli secara hutang. Kepada anda yang pernah berhutang pasti akan setuju dengan kata kata saya ini.
Ada atau tidak kedai yang menjual barang dan mengenakan kadar faedah walaupun guna kad kredit untuk membeli secara hutang. Memang ada. Malah banyak juga. TETAPI kebanyakkan cas kadar faedah interest yang dikenakan adalah lebih kepada sekali kira dan terlalu kecil. Saya beri contoh begini. Anda mahu beli perabot dengan harga RM1000 dengan menggunakan kad kredit. Cas yang dikenakan mungkin dalam 4% sahaja. Jadi jumlah keseluruhan yang anda perlu bayar adalah RM1000 + (RM1000x4%) = RM1000 + RM40 = RM1040. Saya hendak tanya anda, RM1040 ini dikira mahal atau tidak berbanding anda beli secara hutang tanpa gunakan kad kredit?
Kad kredit sebenarnya dapat membantu anda memiliki apa apa produk dan barangan idaman anda yang “mungkin” berharga mahal tetapi dapat anda miliki secara berhutang dengan kadar zero interest atau cas yang terlalu murah. Tidak percaya? Saya berikan contoh. Gambar di atas ini adalah iklan smartphone di Lazada. Katakan anda mahu membeli Apple iPhone X yang sangat mahal ini. Ianya dijual dengan harga RM4349. Tetapi dengan menggunakan kad kredit dan buat pembelian secara ansurans installment, anda hanya perlu membayar RM362.42 sebulan selama 12 bulan.
Website Beli Barang Guna Kad Kredit Yang Bagus
- Lazada – setakat ini hanya kad kredit Maybank sahaja di benarkan
- 11Street – hanya kredit kad Maybank, Public Bank dan American Express di benarkan
- Shopee – setakat ini Shopee masih belum menawarkan fungsi instalment kredit kad
Cuba anda kirakan RM362.42 x 12 bulan = RM4349. Bukankah ianya sama sahaja harganya jika anda membeli secara cash tunai? Di sini terbukti yang kelebihan kad kredit itu memang membaca kebaikkan kepada pemiliknya asalkan ianya digunakan secara berhemah dan digunakan secara asal ianya diciptakan. Yang penting setelah guna, silalah buat bayaran secara tetap dan tepat masa supaya anda tidak dikenakan apa apa cas mahal yang tidak sepatutnya. Bye.