Ramai yang bertanya tentang bagaimanakah cara untuk membuat semakan kemaskini akaun buku penyata terkini asb mereka secara online. Sebenarnya memang sebelum sebelum ini tidak boleh. Akan tetapi sejak Julai 2017, pihak ASNB telah melancarkan portal khas ASNB mereka untuk membolehkan pemilik akaun simpanan pelaburan ASNB untuk melihat penyata kini pelaburan unit amanah melalui internet. Akan tetapi sebelum anda boleh terus register di website berkenaan. Anda perlu untuk memohon kemaskini maklumat anda di mana mana cawangan asnb atau ejen asb seperti di mana mana bank yang mempunyai kaunter asb. Selepas itu baru anda boleh mula register website untuk membuka akaun asb online ini.
Proses kemaskini untuk memohon membuka asb online tersebut akan memberikan anda nombor akaun ahli asb yang baharu sepanjang 12 digit nombor. Dan proses tersebut juga membuatkan nombor telefon anda diregister dalam sistem asnb untuk membolehkan permohonan nombor TAC. Dan kedua dua info maklumat ini akan digunakan ketika anda mahu register di website untuk membuka akaun asb online. Mudah cerita, anda selesaikan dahulu proses di atas ini barulah anda boleh regsiter website asnb untuk semak akaun asb anda secara online melalui internet. Harap anda jelas dan tidak terkeliru ya.
Cara Mendaftar Akaun ASB Online Untuk Penyata Terkini Pelaburan ASB
Dari pertanyaan saya kepada staff asnb di Maybank sebentar tadi menyatakan buat masa ini, anda hanya boleh melihat dan menyemak penyata terkini simpanan pelaburan asb anda itu. Anda tidak boleh menjalankan urusan pembelian unit amanah dan juga penjualan balik unit amanah secara online. Namun begitu, ianya hanya buat masa ini sahaja. Insyaallah nanti semua proses pembelian dan penjualan akan dibenarkan dilakukan secara online melalui website tersebut sedikit masa nanti. Saya pasti ramai di antara anda pasti tidak sabar untuk register dan membuka akaun asb online betul?
Step Langkah Register ASB Online
- Lawat website ini – [ MyASNB ]
- Klik pada “Mari daftar portal MyASNB sekarang”. Klik teruskan
- Tandakan “tick” untuk terma & syarat dan klik SETUJU
- Masukkan semua info di minta dan klik SETERUSNYA
- Klik “Permintaan Tac” dan masukkan no tac yang diterima dari sms dan klik SETERUSNYA
- Masukkan semua info yang diminta dan klik SETERUSNYA dan akhir sekali klik TAMAT
- Simpan kata laluan sementara yang diberi
- Klik pada “Log Masuk Kali Pertama”, masukkan ID dan klik TERUSKAN
- Teruskan masuk info maklumat diminta sehingga anda berjaya menukar password yang baharu.
- Selepas siap anda boleh klik pada “Log Masuk MyASNB” dan lihat penyata terkini asb anda
Kalau anda sudah biasa register website di sana sini sebenarnya proses ini mudah. Kalau anda masih tidak faham dan tidak jelas, saya juga ada merakamkan video bagaimana saya register pertama kali akaun asb online di MyASBN tersebut. Harap anda dapat ikuti dengan lebih mudah. Yang penting selepas daftar, jangan lupa simpan elok elok “user id” dengan “password” anda baik baik supaya anda tidak terlupa. Apa apa pun selamat semak dan kemaskini penyata pelaburan asb anda melalui website di internet. Selamat mencuba.
JANGAN TAMATKAN LOAN ASB ANDA!!! Mari gunakan TEKNIK ASB untuk bayar ptptn dan beli rumah dengan mudah dan pantas dengan klik link di bawah ini. Cepat!!!
8 Comments
Semua sudah dihujung jari sekarang. Perkongsian yang menarik tuan. Senang rupanya nak kemaskini akaun asb ni
ya, kalau Amirul ada akaun asb boleh buat sekarang
saya buku asb hilang .. bila pergi bank cakap kalau hilang xpe.sekarang semua pakai ic keluar masuk ..bagaimana saya nak check baki saya sedangkan no ahli pon saya tak ingat
Salam fira, xpa, ok ja, just bawa ic dan mereka boleh check. maksud saya mereka boleh check dengan no ic pun cukup
blh ke tlg cek kan acc asb tuk saya
Cek baki
yep
Kalau nk kemaskini ic perlu pergi ke pnb ke