Salam kepada pembaca. Pada kali ini saya ingin membuat perkongsian ringkas akan kenapa blog anda kurang mendapat trafik. Saya rasa semua orang pun tahu. Namun begitu, sebenarnya masih ramai lagi di luar sana terutamanya blogger baru yang masih bingung tentang trafik dan akhir sekali menjadi patah semangat mahu terus berblogging kerana merasa tidak mencapai tujuan yang dikehendaki. Ini memang berlaku dan saya sendiri mendapat pertanyaan ini dari blogger newbie.
Soalan yang dilemparkan adalah kenapa website anda kurang mendapat trafik? Sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata kita cerita serba ringkas dari mana trafik itu datang? Untuk pengetahuan anda, apabila anda menulis artikel, ianya akan muncul di engin carian Google. Ini kena faham dahulu. Ianya akan muncul di Google. Dengan kata lain, trafik yang anda bakal terima ini akan datang dari engin carian Google kerana pembaca membaca blog anda disebabkan mereka terjumpa blog anda di Google apabila mereka menaipkan “keyword” tertentu. Adakah sampai di sini anda faham dan jelas?
Punca Website Anda Kurang Mendapat Trafik
Soalan saya yang kedua pula adalah, artikel yang anda hasilkan adakah terpapar di halaman pertama Google? Contoh mudah begini, apabila anda membuat carian di Google, rasa rasanya berapa kali anda melihat halaman ke-2, ke-3 dan seterusnya? Pasti jarang bukan? Kalau begitulah keadaannya, bagaimana dengan artikel anda di Google? Apakah dengan menaip keyword tertentu artikel anda berada di halaman PERTAMA Google? Kalau tidak berada di halaman pertama Google, bagaimana anda hendak mendapat trafik, betul? Mari baca Tips SEO Mudah di sini.
Soalan yang ketiga adalah, apakah artikel anda adalah artikel yang paling ramai cari dan popular? Sebenarnya tidak salah anda mahu tuliskan apa sahaja. Asalkan yang bermanfaat. Pasti ada guna. Namun kita sedang bercakap soal kenapa blog anda kurang mendapat trafik. Jadi ianya pasti ada kaitan dengan populariti artikel tersebut. Artikel anda berada di halaman pertama Google tetapi malangnya ianya satu artikel yang jarang orang cari untuk di baca. Contoh artikel adalah bertajuk “Hari ini saya beli baju baru”. Siapa yang mahu taip di Google untuk baca artikel sebegini, betul?
Soalan yang ke-empat pula adalah tentang bilangan artikel. Seperti yang saya katakan tadi, anda bebas untuk hasilkan artikel asalkan bermanfaat. Sesetengah artikel memang kurang mendapat trafik. Tetapi tidak mengapa asalkan ianya tetap memberikan anda trafik walaupun kecil. Anda sudah tahu yang blog anda kurang mendapat trafik. Maka anda haruslah menghasilkan lebih banyak artikel. Jangan patah semangat, walaupun artikel yang anda hasilkan hanya bawa sedikit trafik, tetapi dengan banyaknya artikel, ianya tetap akan berikan peningkatan trafik betul?
Soalan yang ke-5 adalah, adakah anda sudah membuat backlink? Backlink adalah pautan luar laman web anda terhadap blog lain. Contoh mudah adalah anda komen di blog orang lain. Dengan begitu anda sebenarnya sudah meninggalkan jejak laman web anda di blog lain. Itulah dia backlink. Ianya semacam rangkaian. Dengan banyaknya pautan backlink sebenarnya dapat meningkatkan rank artikel anda yang mana sudah tentu memberi kesan langsung kepada trafik anda. Jadi masalah kurang mendapat trafik pasti dapat diselesaikan. Harap sedikit ringkasan ini dapat memahamkan anda tentang trafik. Selamat berblogging..
4 Comments
blog saya memang kurang trafik tetapi saya tetap menulis kerana pembaca setia…mereka tak ramai tetapi sumber kekuatan untuk saya terus menulis..
itulah dia pembaca sejati
pening membaca, do my best
good info bro.. semua tips sdh saya buat. tapi masi kurang traffik. mungkin buntukan waktu untuk traffik datang.
http://iekmal.com