Dulu dulu orang tua seperti mak ayah kita memang akan tidak bagi anak mereka makan gula gula keterlaluan. Sebab utama takut gigi rosak. Selepas itu kalau sebelum tidur akan suruh anak menggosok gigi. Sebabnya mahu menjaga kesihatan gigi. Bagi kita yang sudah dewasa dan pernah melalui zaman kanak kanak, memang ada betul dan benarnya kata kata orang tua dulu dulu. Nampak macam remeh, tetapi boleh bawa sampai ke besar kalau tidak jaga gigi sejak kecil. Sekarang kita sudah ada anak sendiri, apa yang patut kita buat?
Pernah tengok rancangan tv? Orang orang yang tinggal dalam hutan, gigi mereka sangat kuat. Malah ada yang sanggup mengoyak kelapa dengan gigi mereka. Kita, mahu koyak plastik keropok makanan ringan pun tidak yakin takut kalau kalau gigi akan patah. Itu maknanya pemakanan kita sangat jarang menitik beratkan kesihatan gigi. Janji sedap dan kenyang. Soal sihat atau tidak tolak tepi.

Sila jaga gigi anda dengan selalu ke klinik pergigian
Kepentingan Jaga Gigi Dari Kecil
Rasanya anda pun pasti bersetuju dengan saya kalau gigi kita apabila mencapai umur remaja atau dewasa akan menjadi gigi kekal. Apa maksud gigi kekal? Iaitu gigi yang hanya tumbuh sekali dan akan hidup sehingga kita mati. Kalau gigi kekal tersebut patah atau terpaksa dicabut, memang tidak akan ada gigi baru yang akan tumbuh selepas itu. Maknanya kena pakai gigi palsulah jawabnya kalau anda mahu.
Apabila kita dewasa dan mempunyai gigi kekal. Biasanya orang ramai akan perasan yang gigi mereka samada cantik, senget, mempunyai taring, tidak tersusun, tidak sekata dan sebagainya. Semua ini dibentuk ketika corak pemakanan anda sejak dari kecil. Yang sudah lepas itu sudahlah. Sekarang kita ada anak, jadi kita fahamlah bagaimana pentingnya kena jaga gigi sejak kecil betul?

Beli produk pembilas mulut mouthwash di Watson
Bukan anak kecil tidak boleh makan gula gula, keropok dan sebagainya ketika mereka kecil. Boleh sahaja. Cuma kita sebagai ibu bapa kena pandai kawal. Setiap malam sebelum tidur kena gosok gigi.
Website Untuk Beli Produk Penjagaan Kesihatan Gigi
- Lazada – anda boleh membeli ubat gigi, gosok gigi, ubat kumuh kuman dan lain lain di sini
- 11Street – anda boleh membeli ubat gigi, gosok gigi, ubat kumuh kuman dan lain lain di sini
- Shopee – anda boleh membeli ubat gigi, gosok gigi, ubat kumuh kuman dan lain lain di sini
Masalah gigi orang dewasa adalah seperti masalah berlubang, mulut berbau, kena cabut gigi, kena tampal gigi, masalah gigi jongang dan sebagainya. Saya pasti ramai dari kita tidak pernah pun pergi ke klinik gigi untuk mencuci gigi betul? Semua ini adalah kerana kekurangan maklumat. Bila gigi kita sakit barulah kita ke klinik betul?
Baru baru ini gigi saya sakit berdenyut denyut. Biasanya akan hilang rasa sakit dalam beberapa minit. Namun kali ini ianya agak lama dan menyebabkan saya tidak boleh fokus membuat kerja lain. Mahu tidak mahu terpaksa ke farmasi untuk membeli ubat sakit gigi dalam bentuk pil. Selepas makan pil tersebut barulah rasa sakit hilang. Ini membuatkan saya terfikir tentang pentingnya untuk kita semua jaga gigi dari kecil sehingga dewasa. Kerana gigi kita mahu pakai lama. Bila teringat tentang iklan “kalsium” untuk menguatkan gigi terasa dulu dulu kita mengabaikan saranan tersebut. Jadi jagalah kesihatan gigi kita dari sekarang. Bye.
Leave a Reply