Sebelum ini saya pernah menyiarkan artikel tentang kos upah tukang paip yang boleh dikatakan mahal menurut saya sebagai “orang awam” yang baru pertama kali menggunakan khidmat plumber berbayar. Ada yang bersimpati kerana kos upah yang dikenakan keterlaluan dan ada yang mempertahankan harga tersebut kerana itulah kos sebenar yang perlu dibayar. Saya tidak “kondem” akan kes tersebut. Ianya cumalah luahan saya sahaja sebagai orang biasa. Dan kalau itulah kos upahnya, maka saya terima. Cuma terasa ralat kerana merasakan ianya agak mahal. Itu sahaja.
Selepas masalah air bocor dalam dinding dibaiki sebelum ini. Saya mendapat aduan sekali lagi yang menyatakan dinding syiling jiran rumah bawah saya MASIH BASAH. Saya yang berasa pelik terus turun ke bawah dan bertanya langsung kepada jiran bawah saya itu. Rupa rupanya maklumat yang diberikan kepada saya adalah silap. Sangkaan saya syiling jiran yang basah adalah syiling di bilik air mereka. Rupa rupanya syiling yang basah adalah syiling di depan rumah bahagian pejalan kaki iaitu “coridor”.
Kisah Paip Bocor Dalam Dinding
Kali ini saya memanggil tukang paip yang kedua pula. Apabila plumber tersebut sampai. Beliau telah terjumpa punca masalah tersebut iaitu kebocoran bukan berlaku di bilik air tetapi di bilik tandas. Dan masalah tersebut adalah kerana paip bocor dalam dinding. Yang menghairankan tukang paip kedua ini bertanya kepada saya berapakah kos upah yang saya kena dari tukang paip pertama? Jawab saya, saya kena RM280 (upah sahaja). Hendak tahu apa plumber kedua ini kata? Beliau kata “sah sah kena mark up harga gila gila. Kalau saya yang buat, saya buat lagi cantik dari ni, siap saya kasi tampal mozek baru. Terus nampak macam baru. Upah saya ambil paling tinggi pun hanya RM150 sahaja”.
Terkejut juga saya dengar. Rumah yang saya duduk adalah rumah sewa. Jadi saya menghubungi tuan rumah minta pendapat. Hasil rundingan dengan beliau, tuan rumah mencadangkan tukang paip dari pihak beliau sendiri iaitu plumber yang ketiga. Jadi plumber kedua tidak dipilih oleh tuan rumah. Alkisah pada hari dijanjikan, plumber ketiga dari pihak pemilik tuan rumah tempat saya sewa ini datang.
Hasil siasatan beliau, memang kes syiling rumah jiran bawah basah kerana paip bocor dalam dinding di bahagian tandas rumah saya. Plumber ketiga ini pun bertanya juga kepada saya tentang kos upah yang dibuat oleh tukang paip pertama di bilik mandi tersebut. Dan jawapan beliau sama dengan plumber kedua. Kos upah yang saya kena terlalu mahal. Beliau juga mengatakan beliau hanya mengenakan kos sebanyak RM150 maksimum termasuk mozek. Adakah saya tertipu?
Saya tidak menganggap saya di tipu. Saya beranggapan kos upah betulkan paip bocor dalam dinding di bilik air tidaklah sama di antara tukang paip. Ini kerana tiada ketetapan tertentu berapa bayaran upah perlu dikenakan kepada pemilik rumah. Mungkin mereka hendak cas lebih, saya terpaksa bayar lebih. Tetapi kalau ada pilihan dan “pengalaman” sudah tentu saya memilih plumber yang sudah terbukti pandai buat kerja dan tidak mengenakan kos yang keterlaluan kepada pemilik rumah paip bocor ini tadi. Nasihat saya, bertanya kepada jiran atau orang yang pernah menggunakan khidmat tukang paip adalah jalan paling baik dalam memilih tukang paip berkelayakkan. Apa kata anda?
Untuk pengetahuan anda, kos upah baiki paip bocor dalam dinding seperti dalam gambar di atas hanyalah RM140 sahaja termasuk simen dan siap cantik. Maaf saya tiada gambar dinding yang sudah siap simen.
8 Comments
mahal atau murah bergantung kepada kepakaran seseorang..kita beli kepakaran mereka kerana kita tidak memilikinya
Kerja-kerja paip ni memang mahal… tu yang aku lebih suka upah ahli keluarga aku je yang buatkan. Mahal pun tak apa, kira macam tolong famili sendiri
kalau upah mahal setanding dengan quality kerja sy pun sanggup bayar..tp kalau kurang memuaskan tu yg masalah
kualiti x memuaskan tp harga mahal, itu yang masalah
saya menghadapi masalah paip bocor di bilik air yg kurang menyenangkan..sedang mencari plumber yg bkualiti kerjanya..sblum ni pernah dibaiki, caj mahal tapi bocor lg. tuan ada simpan lg tak number plumber kedua dan ketiga tu?
encik, masih ada lagi no contact tukang paip ni? Boleh share?
Saya harga ..sya buat kerja d sebuah sekolah…kerja2 membuka dan menganti semula semua paip di dalam bilik tandas…4tandas 3bilik mandi 3 singki..paip pvc ..brapa dan mcm mne nk kira kos upah sahaja
Bagi mereka yg memerlukan perkhidmatan plumber di kawasan Shah Alam/Subang Jaya, boleh hubungi saya, Firdaous Baharom di talian 0192787534 . Terima kasih.
#TerimaKasih Admin.