Ada sangat banyak syarikat atau kilang kilang dengan gaji yang tinggi di Pulau Pinang. Dari pengalaman saya mendapatkan kerja, saya ada perasan beberapa perkara yang menyebabkan perubahan kepada gaji pokok anda. Apabila anda kerja kilang, maka akan ada 2 perkara yang perlu anda lakukan dan dari 2 perkara inilah yang menjadi penyumbang utama kepada gaji anda. Adakah anda mahu kerja kilang gaji mahal? Bolehkah? Jawapannya adalah boleh. Tapi biar kena dengan cara dan sah. Boleh dikatakan kalau anda tidak lakukan ini, anda tidak boleh mengharap dan berharap kenaikkan gaji yang tinggi. Cukup dengan anda “redha” dengan kenaikkan gaji tahunan yang anda terima. Mahu?
Pertama sekali. Apakah benar kerja kilang anda boleh dapat gaji yang tinggi dan mahal? Jawapannya mungkin boleh dan juga mungkin tidak boleh. Kenapa begitu? Ini kerana, dalam mana mana sektor pekerjaan, gaji yang tinggi dan mahal ini ditentukan oleh sijil yang anda ada. Tidak kisah samada anda kerja kerajaan mahupun swasta. Rasanya semua orang pasti setuju dengan saya bahawa gaji yang tinggi dan mahal biasanya sangat bergantung kepada sijil yang anda punyai seperti sijil SPM, Diploma, Ijazah dan juga lebih atas. Jelas!

Antara Kilang Gaji Mahal Yang Ada Di Pulau Pinang – image credit to http://www.mida.gov.my/
Kerja Di Kilang Gaji Mahal Pulau Pinang
Oleh kerana saya kerja kilang di Pulau Pinang. Dan saya bekerja dalam sektor dan berpangkat juruteknik (technician). Saya akan ceritakan kepada anda yang masih baru bekerja dan berhasrat untuk kerja lama dalam industri perkilangan tentang apa yang perlu anda lakukan untuk menerima gaji yang tinggi dan mahal ketika zaman anda bekerja. Kenapa saya cerita tentang perkara ini? Ini penting bagi memastikan gaji yang anda terima setiap bulan mampu menyara anda setiap bulan tanpa anda perlu terlalu terbeban dengan kenaikkan kos sara hidup. Anda rasa cukupkah gaji RM2000 sebulan sebagai ketua keluarga lagi lagi kalau isteri anda tidak bekerja?
Apabila anda berkeluarga. Ada beberapa perkara yang perlu anda sediakan sebagai ketua keluarga iaitu sebagai suami. Anda kena sediakan tempat tinggal iaitu rumah kediaman, kenderaan iaitu kereta, wang bekalan belanja anak sekolah dan juga wang bulanan untuk sara keluarga dalam sebulan.
Jenis Kilang – biasanya syarikat atau perkilangan yang mahu anda kerja itu mestilah dari kategori kilang high tech iaitu teknologi tinggi. Mudah cerita kilang luar negara seperti dari Singapore, Western dan juga United States (US). Kalau ada company dari negeri lain yang juga berteknologi tinggi dan bergaji mahal, maka anda kerjalah di sana. Anda tidak boleh mengharap kenaikkan gaji yang tinggi untuk company/syarikat/kilang yang biasa biasa

Pemberitahuan kenaikkan gaji tahunan kilang dari semasa kepada yang baharu
Counter Offer – anda perlu mendapatkan tawaran kerja dari syarikat atau kilang yang lain. Biasanya syarikat kilang lain yang mahu ambil anda bekerja akan menawarkan kadar gaji asas yang lebih tinggi dari tempat yang anda kerja sekarang. Mereka akan berikan surat tawaran. Anda pun berikanlah surat tawaran offer dari majikan baru kepada bos tempat anda kerja sekarang. Kalau bos tempat kerja sekarang “masih” mahukan anda, biasanya beliau akan berikan tawaran kenaikkan gaji baharu supaya anda tidak jadi pindah kerja dan terus bekerja dengan bos lama.
Pindah Kerja – mana mana majikan pun tahu akan perkara ini. Ini adalah amalan yang biasa dan juga normal. Iaitu kalau anda pindah kerja, biasanya anda memang mahukan kenaikkan gaji. Apabila anda pindah ke tempat kerja baru, majikan yang baru akan tawaran gaji yang lebih tinggi dari tempat lama. Kalau anda masih muda, saya memang sarankan anda lakukan perkara ini dari awal supaya cepat naik gaji.
Kalau anda kerja kilang, biasanya inilah 3 amalan yang biasa dilakukan oleh mana mana pekerja kilang. Ini adalah pandangan peribadi saya. Biasanya orang masuk kerja kilang dengan sijil diploma akan mendapatkan gaji asas permulaan sebanyak RM1500. Ini adalah gaji asas. Ada kerja lebih masa (overtime = OT), maka anda akan mendapat gaji yang lebih tinggi setiap bulan. Namun, bukan semua kilang akan ada OT sampai bila bila. Dan umur anda pun akan meningkat dan sudah tentu anda tidak akan rajin untuk kerja lebih masa. Ketika inilah anda perlukan gaji asas yang lebih tinggi. Jadi tidak perlu bergantung dengan kerja OT untuk mendapatkan gaji yang tinggi dan juga mahal.
Rasanya umum pun tahu. Gaji semasa rakyat Malaysia yang minima dan dianggap cukup cukup makan adalah sebanyak RM2500. Kalau gaji asas anda masih di bawah RM2500, maka anda memang perlu lakukan 3 perkara di atas ini sebelum umur anda 30 an. Bagi saya, anda perlu pastikan gaji asas (basic salary) anda menjadi minima RM2500 apabila anda sudah berumur 30 an dan ke atas. Sampai bila mahu kerja lebih masa setiap hari.
Saya tidak katakan RM2500 ini cukup makan. Tetapi cukup cukup sahaja. Cukuplah anda bergaji asas minima RM2500 dan buat OT sikit sikit pun sudah dapat RM3000 dan ke atas, maka cukuplah akan keperluan anda itu betul? Kalau sudah umur 30 tahun dan ke atas masih belum RM2000, rasanya agak sukar untuk anda mencukupkan keperluan bulanan anda nanti. Ini adalah beberapa cara untuk anda cepat naik gaji ketika anda bekerja di kilang gaji mahal Pulau Pinang. Pendapat saya sahaja. Mungkin anda setuju dan mungkin tidak. Apa apa pun selamat mencuba ya. Bye.
Leave a Reply