Menurut rekod statisik dari SPA, Kerja Kosong Terkini kerajaan yang diiklankan selalunya akan terpenuhi dan bilangan calon yang gagal untuk ditempatkan kerja didalam sektor kerajaan adalah sebanyak 95%. Terkejut bukan. 95% yang gagal ditempatkan atau dipilih untuk mendapatkan kerja kerajaan bukanlah tidak layak tetapi kekosongan jawatan yang ada dengan jumlah calon yang memohon membuatkan 95% gagal mendapatkan tempat adalah perkara biasa. Jadi apa yang boleh kita simpulkan dengan Kerja Kosong Terkini kerajaan yang terhad, apakah ada peluang lain yang boleh dicuba oleh calon untuk mendapatkan kerja tanpa melalui SPA?
Untuk memohon Kerja Kosong Terkini kerajaan secara terus sebenarnya memang boleh. Tidak ramai yang tahu dan sedar akan peluang sebegini. Terus terang saya sampaikan kepada anda. Tahukah anda di setiap negeri di Malaysia mempunyai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dibawah kementerian kerajaan dinegeri yang mana terdapat laman laman web sektor kerajaan negeri yang “SELALUNYA” akan mengiklankan kekosongan jawatan kosong. Ada yang tahu dan ada yang tidak tahu. Malah peluang anda memohon kerja kerajaan secara terus sebegini tanpa melalui SPA selalunya akan lebih cerah sebab kurangnya persaingan. Anda sudah nampak?
Kerja Kosong Terkini Kerajaan Saluran Terus
Cuba lihat gambar diatas. Saya mengambil “print screen” iklan “Kerja Kosong Terkini” di laman web rasmi Perbadanan Perlustakaan Awam Selangor (PPAS). Iklan kekosongan jawatan seperti Akauntan (W41), Pembantu Perpustakaan (S17), Pembantu Awam (H11) dan juga Pembantu Operasi (N1) dan tarikh tutup permohonan adalah sebelum pada 31 Januati 2014. Nak tahu bagaimana cara memohon? Senang sahaja iaitu dengan memuat turun borang permohonan, isi maklumat dan hantar kepada alamat yang diberikan. Ada juga yang memudahkan urusan dengan menghantar secara online. Ianya bergantung kepada kehendak dilaman web tersebut. Buatlah panggilan telefon untuk menunjukkan minat dan juga mengetahui status terkini permohonan anda (hanya cadangan sahaja).
Anda pasti tertanya tanya bagaimana untuk mengetahui laman laman agensi kerajaan negeri yang menawarkan iklan Kerja Kosong Terkini bukan. Mahu mencari secara manual pasti sukar. Saya setuju. TETAPI kini ada pihak yang sudi membantu dan telah berjaya menyusun kesemua senarai agensi kerajaan negeri di seluruh Malaysia untuk memudahkan calon pencari kerja untuk membuat semakkan disetiap negeri samada terdapat kekosongan jawatan kerajaan yang boleh dipohon. Saya harap anda boleh dapatkannya untuk membantu diri anda sendiri mencari kerja kerajaan.